10 cara untuk terima kegagalan agar kita berjaya

Semalam saya share macam mana nak pastikan yang matlamat atau goal larian itu dapat dicapai. Itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk masa depan. Tetapi, bagaimana pula untuk melupakan masa silam? Dalam erti kata lain, bagaimana untuk menerima kegagalan?

#siri999 memang menghantui saya pagi dan petang. In fact, kalau jumpa hantu pun saya tak mental sangat berbanding gagal mencapai 999 KM dalam masa setahun. :p

Malah, ada juga kawan-kawan runners saya yang lain gagal mencapai matlamat larian mereka. Misalnya ada yang nak lari 3 marathon setahun juga gagal. Ada yang nak lari 12 race setahun, juga gagal. Ada yang nak lari kat oversea, juga gagal sebab tak bayar income tax.

Anyway, ini adalah 10 langkah bagaimana untuk menerima kegagalan, dan move on.

Hurdle Fall

1. Terima seadanya
Nampak macam lemah je terima seadanya. Namun itulah hakikat sebenar. Terima seadanya bermaksud, terima situasi itu dengan hati yang terbuka. Bukan terpaksa. Kita harus dan kena faham. Di dunia ini, ada sesuatu yang diluar kawalan kita. Dalam konteks larian misalnya. Memang nak target lari 999 KM setahun, tapi kadangkala ada waktu di mana tak boleh keluar lari sebab jerubu. Adakah kita boleh mengawal jerubu? Lebih cepat kita menerima hakikat itu lebih cepat kita boleh menjadikannya satu pelajaran.

2. Bukan kita seorang
Fahami yang bukan kita seorang gagal mencapai matlamat larian kita. Ada berjuta lagi runners lain yang set target larian mereka untuk tahun tertentu, namun di hujung tahun mereka gagal untuk mencapai target mereka. Ada yang nak lari 12 race setahun tapi tak dapat sebab tak cukup duit nak beli tiket. Ada yang nak lari 3 KM sehari tapi tak sempat sebab baru nak balik lari boss suh stay buat kerja. So, rileks. Bukan kita seorang.

3. Pergi la mampus
Ni macam kasar, tapi, yes. Pergi la mampus. Apa jua usaha kita untuk mereliasasikan matlamat larian kita, ada saja halangan yang akan menghalang. So jangan ter-carried away dengan halangan tersebut. Instead, cari masa untuk diri kita bertenang misalnya kalau dah tak achieve target, pergi tengok movie Star Wars atau pergi lepak dengan orang tersayang makan aiskrim. Kegagalan? Ahhh… Apa ada hal?

4. Bersedia untuk bangkit
Ok. Kali ini gagal nak achieve, it’s ok. Now kita kena prepare untuk episod seterusnya. Sekali tewas tidak bermakna tewas selamanya. Kalau dulu gagal nak achieve sebab something something, so this time around prepare betul-betul. Kalau dulu terhalang sebab sakit kaki atau lutut, so kali ini bersiap sedia dengan ubat sakit lutut sapu dan telan. Bila saya depressed, saya selalu dengar lagu ini.

5. Be Realistic
Agak-agaklah. Kalau matlamat larian kita itu sangat luar biasa, so be realistic. Sebagai contoh, kalau last year target nak lari 12 race setahun (means tiap-tiap bulan ada race) sedarlah diri sikit yang kita ni bukan professional runner. Kita cuma part time runner yang lari untuk kegembiraan. Bukan pertandingan.

6. Jangan jadikan ia personal
Jangan jadikan ia personal, walaupun ia personal. Asingkan kegagalan larian kita itu, dengan identiti kita. Sebagai contoh, gagal matlamat larian, cuma mengagalkan target tertentu kita sebagai runner. Itu bukan bermaksud mengagalkan kita sebagai manusia. Kita masih lagi ada fungsi lain dalam dunia misalnya sebagai boss, sebagai pekerja, sebagai ayah. Dan lain-lain lagilah.

7. Analisa kegagalan.
Cuba kita jadikan diri kita orang ketiga. Maksudnya, kita keluar dari diri kita, dan kita lihat diri kita yang gagal matlamat larian itu. Identify dan analisa apa punca sebenar kegagalan itu. Kenapa boleh jadi macam itu? Apa yang boleh dilakukan untuk improve tahun seterusnya. Perlu tak dapatkan bantuan runner lain yang lebih pakar? Ada tak jalan lain yang boleh dicuba in case nak ulang matlamat larian yang sama?

8. Berhenti berfikir kita gagal
Ini paling penting. Jangan semat dalam hati yang kita ini gagal. Instead, sematkan dalam hati, kegagalan kita hanya sementara. Kita memang tak boleh ubah masa lalu. Tapi kita boleh mengubah masa depan. Lebih cepat kita move on, lebih cepat kita menjadi positive dan bertenaga semula, untuk mencapai matlamat larian seterusnya. Tinggalkan episod kegagalan itu di belakang. Jangan lupakan terus sebab kalau lupa nanti kita tak learn the mistakes pulak. Maksud saya, jadikan ia satu kisah klasik untuk masa depan (bak kata Shiela On 7)

9. Lantak apa orang kata
Sesetengah kita hidup di bawah perspektif orang lain. Maksudnya, bila nak buat something, kena dapat bless orang lainlah, kena dapat approval itulah, kena tanya orang sanalah. So perangai sebegini sebenarnya menghalang kita dari maju ke hadapan. Dan, bila kita gagal pulak tu, mulahlah kita hidup dalam ketidak tenteraman kerana asyik fikir apa orang cakap tentang kita.

Sebenarnya, apa orang lain fikir tentang kita tidak penting pun. Apa yang penting adalah, apa yang kita fikir tentang kita? Orang lain tidak melalui pengalaman kita so – full stop. Orang ada mulut untuk berkata dan mengata, maka apa lagi yang kita perlu sibuk apa orang tu sibuk hal kita?

10. Upgrade sistem kepercayaan kita
Sistem kepercayaan atau Believe System adalah ibarat OS (Operating System) minda kita. So kita kena upgrade dan install believe system yang baru, yang lebih positif. Misalnya kalau dulu kita percaya :

“Aku fail nak achieve target sebab aku lembab dan malas. Nasib aku malang dan apa yang aku nak semua tak dapat.”

Tukar kepada

“Aku fail nak achieve target sebab lepas ini aku akan berjaya. Ini semua pengalaman yang aku kena lalui sebab lepas ini aku akan dapat apa yang aku nak “.

P/S Fuh. Tiba-tiba lepas tulis ni saya rasa lega. Rasa nak keluar lari semula (walhal tadi baru lari 3.19 KM)

Kongsi di :