1000

Bagi yang mengikuti instagram saya yang ber#kan #lariansebuahkitab itu, anda akan dapati bahawa saya membahasakan diri saya “abiang”. Sebagai contoh, boleh tengok beberapa screenshot dibawah ini yang diambil secara randomtasi.

Screen Shot 2016-02-16 at 9.51.09 PM

Screen Shot 2016-02-16 at 9.51.54 PMScreen Shot 2016-02-16 at 9.52.28 PM

Saya macam tak ingat sebab apa saya membahasakan diri saya “abiang” dalam instagram itu namun apa yang pasti sebab isteri saya orang kedah. So mungkin idea itu timbul semasa saya makan ikan goreng pekasam mak mertua saya masakkan.

Kadangkala timbul perasaan ingin menubuhkan “Kelab Larian Abiang”. Namun bila saya fikirkan semula, nama “Kelab Larian Abiang” macam membawa satu maksud yang sangat ber-prospect gay-ish. Bayangkan kelab ini semuanya lelaki – lelaki belaka. Lebih parah, bila ada pelari jambu mula menyertai kelab ini dan pasti pengasas kelab ini akan difitnah. Malah juga, menamakan kelab larian sebegini nama sangat merugikan. Kaiza-kaiza (awek) takkan boleh join sebab nama pun “Kelab Larian Abiang”. Lainlah, “Kelab Larian Abiang dan Adik-adik”.

Namun bila difikirkan secara mendalam, saya membatalkan hasrat ini.

***
Hari ini, saya lari di Taman Bukit Jalil. Sejak meninggalkan Runkeeper dan beralih kepada Suunto, saya dengan tidak sengaja meninggalkan juga iPhone saya dalam kereta ketika berlari. Ini membuatkan larian saya lebih ringan 129 gram. Dan berlari tanpa iPhone di lengan, rasanya seperti Yuna menyanyikan lagu Febreze.

Ia juga telah membuatkan saya lebih fokus kepada larian instead of focus kepada iPhone. Dan apabila saya fokus kepada larian, saya dapat merasakan yang larian saya semakin improve walaupun mengikut catatan rekod dan masa semakin barai. Mungkin ini adalah apa yang orang kata, yang penting – “rasa”.

Dan apabila balik sampai ke rumah, rutin baru saya adalah membasuh jam dan HR Belt saya di singki dapur sebelum menjemur HR Belt di belakang dan meletakkan jam di atas coffee table. Bila saya selesai mandi, saya turun balik dan jam sudah kering. Lalu, inilah masanya saya synckan data dari jam ke Movescount dan Strava. Sebab itu kalau anda perasan yang rekod larian saya akan tiba-tiba muncul walaupun rekod larian orang lain dah bertimpa-timpa menindih rekod larian saya. Tak faham? Abaikan.

***

Hari ini lepas sync macam biasa saya buat-buat macam analisa segala rekod yang ada. Anak saya EL LUKH waktu ini sama ada baru nak tidur, atau tengah struggle ditidurkan, atau tak tidur lagi pun. Dan kalau dia tak tidur lagi, biasanya dia akan duduk sebelah saya.

Saya memang sengaja buat-buat analisa depan EL LUKH yang baru berusia 6 bulan itu agar dari kecil lagi dia tahu yang bapak dia seorang sangat fokus dalam kerjaya dan sukan. Bukan itu sahaja, malah ketika saya update blog ini, kadang-kadang EL LUKH masih ada ditepi memerhatikan gerak geri saya tanpa dia sedar yang saya juga turut memerhatikan gerak geri dia memerhatikan gerak geri saya. Selain daripada ahli sukan, saya mahu implant dalam pemikiran EL LUKH bahawa saya juga adalah seorang writer.

***

Hari ini, sedang saya sibuk analisa, baru saya perasan yang saya telah lari sejauh 1000 KM + +. Untuk lebih detail, saya telah lari sejauh 1003.6 sejak 2013 hingga ke hari ini. Ini screenshot dari Strava. Untuk lari sejauh ini, ia telah mengambil sebanyak 203 larian (termasuk race) dan masa sebanyak 128:29:43 (5.33 hari). Setakat jarak 1000 KM + + ini, average pace larian saya adalah 7:34.

Screen Shot 2016-02-16 at 8.56.51 PM
Jika saya mappingkan jarak 1000 KM ini dari rumah saya ke luar, saya dapati yang saya baru lari sampai ke sebuah pantai di Thailand yang bernama Praphat Beach dalam daerah Ranong. (lokasi paling hampir ke 1000 KM tapi lebih 9 KM).

Screen Shot 2016-02-16 at 10.35.27 PM

Dalam erti kata lain, kalau hari ini saya lari keluar rumah dengan average pace 7:34, lagi 5.33 hari lagi saya akan sampai situ (kalau mutant la lari tak berhenti). Tak jauh mana sebenarnya 1000 KM ni. Mungkin kalau nak lebih jauh kena lari lagi 10000 atau 20000 KM tengok later boleh sampai Rusia ke tidak. 😛

***

Seorang manusia boleh dipanggil macam-macam nama. Ada yang nama betul, ada nama masa sekolah, ada nama manja keluarga dan pelbagai seribu macam panggilan. Begitu juga dengan manusia itu membahasakan dirinya kepada orang lain. Ada yang pakai saya, ada abiang. Ada Anda. Boleh jadi sampai seribu juga kalau banyak.

Berlari, menyebabkan seorang manusia menambah rutin hidup yang baru, yang macam-macam. Ada yang rutinnya sudah sampai lari setiap hari. Ada yang rutin minum protein setiap kali lepas lari. Ada yang tulis blog setiap malam. Dan,  ada yang sampai, cuci jam dekat singki. Boleh jadi juga, sampai seribu rutin baru tercipta.

Saya baru sahaja sampai kepada 1000 KM saya yang pertama. Ia mengambil masa 3 tahun untuk sampai ke KM ke 1000 ini. Kesannya, ada seribu macam perasaan juga seribu macam pelajaran yang saya belajar sepanjang 3 tahun berkecimpung dalam alam larian. Tidak lupa juga 1000 macam kesakitan (esp. kaki dan lutut)

Namun bukanlah angka yang menjadi ukuran bagi sesebuah larian itu. Ini kerana, bagi saya, hanya ada 3 hal yang terpenting tentang larian. Garis mula, bab tengah lari dan garis tamat. Yang seronok dan perlu tabah, adalah yang tengah-tengah itu. Dan kerana itu, siapa yang lari, akan terus berlari, tidak kira berapa ribu KM pun, selagi, ia mampu.

1000 km 20131027

Kongsi di :