100K

Dulu masa mula-mula menceburkan diri dalam larian, ada satu cerita ni kawan saya bagitau dimana manusia zaman dulu pergi memburu binatang, depa tak sprint dan rejam tombak atau tackle binatang tu macam tackle bola ragbi.

Instead, depa beramai-ramai lari, follow binatang sampai binatang tu jantung dia pecah dan mati terkejut. Maksudnya, depa bawak tombak ramai-ramai, bukan nak tikam, tapi cuma nak bagi feel “fear” pada binatang itu lalu binatang itu meningkatkan treshold larian untuk cubaan escape.

Bab ni kalau minat nak tau boleh kaji dan baca sendiri di bawah tajuk, “Persistence hunting”.

Itu adalah sejarah endurance running dimana manusia mula lari jarak jauh, tempoh lebih lama, hanya semata untuk mendapatkan makanan bagi diri sendiri, dan keluarga.

Mencabar diri sendiri

Hari ini manusia lari jauh untuk mencabar kebolehan diri sendiri. Paling tidak, itu kesimpulan yang saya boleh buat apabila saya sendiri terjebak dalam bidang larian. Daripada baring atas sofa tengok tv, mula lari setempat, pergi ke 3K, kemudian 5K, kemudian 7K, kemudian 10K, kemudian 12K, kemudian 15K, kemudian 21K, dan akhirnya 42K, tidak dapat tidak, banyak yang saya belajar daripada episod larian saya.

Pernah isteri saya tanya, saya nak lari sampai bila. Saya terdiam, dan tak boleh jawab. Kalau ikut runner-runner yang dah boring main kat jalan raya, depa mula main dalam hutan. Ada satu kelompok lagi dah boring lari, depa tambah lagi berenang dan main basikal.

Kedua-dua ini, sama ada untuk menjadi ultra trail runner, atau pun menjadi iron man, pasti memerlukan disiplin training yang super ohsem lagi gila. Ia bukan hari ni baring, esok baring lagi dan tiba-tiba kawan ajak, jom masuk ultra trail dan kita dengan muka senyum, terus sahaja sign up.

Sejujurnya selepas 2 kali marathon, saya sudah mula berfikir kemana arah saya selepas ini. Sebabkan umur saya dah tua, saya tidak ada banyak masa lagi untuk berlengah-lengah kalau ingin terus setapak lagi.

Di dalam Al Quran, kalau kita check surah ke 100, tajuk dia adalah “Yang berlari kencang”. Ada 11 ayat yang mengisahkan perihal kuda perang yang berlari kencang, menyelinap masuk kedalam kumpulan musuh di waktu subuh. Itu rangkap pertama sebagai kias, dan rangkap seterusnya lebih mudah untuk faham. Boleh baca disini untuk revisi masa lapang. Mungkin satu hari kalau saya berjaya lari 100K, saya akan tulis maksud terpendam yang saya agak melalui kisah kuda perang ini. Tapi sebabkan belum lari 100K, cam nak tulis tu tak berapa nak feel dan ada mood sangat.

Tahniah kepada Kapten

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah kepada Pengurus Kelab, saudara Udiey kerana baru menghabiskan cabaran 100K last week di The Magnificent Merapoh Trail 2017. Beliau habis COT dan merangkul medal walaupun dalam keadaan yang mencabar bagai. Semangat beliau ini menjadi inspirasi buat saya. 100K tu bukannya 2 kali marathon tapi “2 kali marathon + sekali half marathon – 5k fun run”. Walaupun ada ayat fun run dalam description yang saya tulis ini tapi saya rasa kalau dah lari sampai 100K, dia punya fun tu mungkin level lain macam. Kalau mental lemah, manja, nak hidup susah sikit tak boleh, memang tak akan boleh lari 100K sampai kiamat. Yang pasti, Captain Conquer Running Team, telah membuktikan sesuatu. U memang rockstar!

Screen Shot 2017-08-09 at 1.32.47 PM

Kongsi di :

Comments 2

  1. Nani August 22, 2017

    Saya join TMMT2017 kategori 35km bersama rakan 2org..inkali pertama saya join trail running…dan sangattt menyeronokkan (padahal 10km terakhir saya menyumpah seranah kerana lapar..dan keep on saying nk mkn nasi kandar,samosa, the o ais,durian,tembikai selori, cendol durian,n etc2 kpd kwn sy yg lari dpn say 😅)..rindu nak lari trail..walhal lps abes lari jalan kengkang, blisters,melecet n sunburn.. x serikkkkkk 😬

    *saya nmpk brader ni mase lari
    *saya pengepaw asam diladang sawit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *