#10hariabiangcuba Day 3

Fasa pertama training plan #10hariabiangcuba dah pun settel. Untuk ringkasan, 3 hari ni saya lari 5K kecuali hari ni, hari ketiga, saya sangat barai dan hanya mampu lari 3K sahaja. Ini semua sebab tengah hari tadi makan lambat. Pergi makan makanan Sunda bawak mak mertua saya mother’s day. Makan punya banyak, balik rasa buncit.

Masa lari rasa ada gendang sunda bermain dalam perut. Pada KM 3, saya berenti. Tak larat.

So ini update training plan dia.

Screen Shot 2017-05-14 at 9.39.02 PM

Cubaan untuk masuk kedalam pace race 5:30 masih gagal. Paling cam harapan palsu tu 5:36…. Ini baru 5K. Masa race nak kena kali 2. Tua beno dah rasanya. Tapi yang best esok REST DAY. Harap hari ke 5 beri harapan yang sebenar.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *