SCKLM sudah pun habis. Rata-rata geng larian saya ramai yang senyum dari yang sedih. Kecuali seseorang (nama dirahsiakan), beliau lambat 5 minit sebab terpaksa qada hajat besar. Kalau beliau ini tak qada hajat besar, mungkin catatan masa FM beliau SUB 4.
Sebelum saya menulis tentang race, saya habiskan dulu tentang training plan 10 hari saya sempena SCKLM 2017. Berikut adalah screenshot untuk training plan tersebut manakala ini adalah matlamat training plan tersebut secara detail.
Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 3 – 10 hari lagi
Basically daripada kena lari 6 hari, saya cuma mampu lari 4 hari sahaja. 2 hari saya ponteng pertama tu sebab mungkin body terlalu letih akibat lama berenti training, so tetiba dah lari 3 hari straight dan cuma rehat satu hari, saya rasa macam tak cukup sebenarnya. 3 hari sebelum tu dah merempit so satu hari rehat tak cukup.
Lepas 2 hari berehat, saya sambung lari, dan saya dapati saya tak boleh lari lebih laju dari hari pertama training plan ini. First day boleh buat 29 minit tapi bila dah hari ke 6 catatan masa tak improve, so saya decide untuk ponteng keesokkan harinya sebab saya rasa macam saya lari pun tak ada gunanya. Baik saya berehat straight 3 hari sebelum race day.
Dikala ini, saya fikir, adalah lebih baik berehat banyak dan bertenang menyiapkan minda (rohani) lebih penting dari menyiapkan fizikal (jasmani).
So total average untuk training plan ini bagi race estimation kelak, adalah 1 jam 5 minit 54 saat dengan average pace 6 minit 14 saat. Tapi calculation average pace ni cam tak betul sikit sebab daripada 4 hari lari tu ada satu hari saya lari cuma 3 km. Sepatutnya semua 5 km. Total masa larian yang saya spend adalah hampir 2 jam dengan jumlah distance 18 km.
Basically, untuk SCKLM 10K ini, boleh saya katakan, training saya tidak mencukupi dan saya kena ada strategi lain untuk hari race kelak. Overall percentage completion training plan cuma 66% sahaja so kalau kat sekolah dulu lepas exam dapat 66% ni malu. Esp. kalau subjek biologi, ada kena masuk kelas tahanan hari Sabtu time orang lain boleh lepak dekat dorm tidur, kita kena pergi kelas belajar dengan cikgu.
Bila usaha kita dah tak berapa nak mantap, tiba masanya kita menyerahkan apa yang bakal terjadi kepada yang empunya nasib dan takdir. Kalau mengambil kisah Nuh atau Noah The Ark, tuhan sifatnya tidak melihat kepada kuantiti, tapi sebaliknya melihat pada kualiti.
Ini adalah pemerhatian saya terhadap kisah – kisah dulukala. Nuh hidup hampir 1000 tahun tapi pengikutnya tak lebih 10 orang pun. So, dalam hidup ini mungkin ada part tertentu dimana bukan kekerapan yang kita cari, tapi kualiti yang kita mahu nikmati.