2016, kemana kita?

Januari sudah pun menutup tirai. Kini, Februari muncul kembali dengan kehangatan semalam. Itu kata Hattan dalam lagu err.. sorry lupa.

Pejam celik pejam celik kejap je dah habis Januari. Tinggal 11 bulan lagi untuk 2017 muncul. Banyak orang kata 2017 baru ekonomi pulih semula. #harapbenar. Namun dalam bidang larian, untuk tahun 2016, saya sudah letakkan beberapa target untuk improve diri saya agar 2016 bukan lagi tahun yang tewas. So target saya untuk 2016 adalah :

1. Lari 999KM + 134 KM – cubaan kali kedua #siri999 ditambah dengan 134 KM lagi sebagai tanda kesyukuran kelahiran EL LUKH (2015 hanya separuh dari 999 KM)
2. Cuba lari 99 KM dalam masa sebulan Aug 2016
3. Masuk 12 race (2015 hanya 8 race)
4. Sub 2 untuk 21K agar saya boleh naik 42K pada tahun 2017 (2014 10K, 2015 21K)
5. Start masuk race luar Malaysia  Tarutao Island, Thailand, Great Ocean Race Australia, Maybank Bali Marathon
6. Mula buat cross training seperti berenang
7. Meditation at least 3000 minit = 50 jam

Updated : 3 dari 7 telah selesai

Saya juga dah decide untuk hanya guna Suunto untuk rekod semua larian saya dan sync dengan Strava dimana lebih ramai pelari serius disana. Runkeeper hanya saya guna untuk meditation.

Harap 2016 ini memberi kesihatan dan kemudahan dalam hidup saya dan juga anda para pembaca. Good luck untuk semua.

Kongsi di :