3 dalam 1

Saya tidak sangka yang satu hari nanti saya akan mengalami trinity. Trinity yang saya maksudkan bukan awek dalam cerita Matrix atau Trinity yang lebih keagamaan itu. Trinity yang saya maksudkan dan alami ini adalah begini :

Cubaan mencapai 3 hal melalui satu cara.

Pertama, setalah saya menelaah hasil, catatan, matlamat, apa yang saya tulis untuk tahun ini, saya dapati yang cubaan untuk capai 999KM dalam masa setahun agak masak lemak cili api ayam kampung abu hassan dimana KM semasa saya sejak semalam adalah masih jauh berbanding apa yang sepatutnya. Saya ketinggalan 305 KM daripada aras semasa. Sepatutnya kalau ikut Strava Estimate, sekarang saya dah lari 895 KM berbanding 590 KM.

Dalam erti kata lain, punyalah banyak saya ponteng training dalam tahun ni sampai last minute baru saya tersedar yang saya masih belum berada dalam zon selesa untuk menyambut 2017.

screen-shot-2016-11-22-at-10-15-32-pm

Untuk data, sejak semalam (22 Nov), ada 40 hari lagi menjelang new year. Maka kalau 999 – 590 = 409 KM. 409 ini bahagi 40 adalah bersamaan dengan 10.23 KM sehari kena lari. Maksudnya dari semalam sampai ujung tahun ini saya kena lari at lebih dari 10K sehari untuk achive 999 KM.

10K + 0.23KM tiap tiap hari?

najib

Keduanya pula adalah berkenaan race 2XU hujung tahun ini. Yang tu saya masuk 21K dan ada hati nak cuba PB SUB 2. Race seluar burung ini adalah pada 17 December 2016. Ada 26 hari to go. Kalau saya start training semalam, maksudnya saya sempat training 26 hari atau less than 4 weeks.

PB 21K saya setakat ini adalah 02:15:26, so saya kena buang 15:27 saat untuk dapatkan SUB 2.

Less than 4 week training to get SUB 2?

najib

Now yang terakhir ni macam lega sikit. Race Tokyo Marathon pada 26 February 2017. Yang ni ada lagi 96 hari dari semalam. Kira jauh lagi tu 3 bulan lebih. Maksudnya kalau saya start training semalam insya allah saya boleh buat FM kedua ini dengan hati yang tenang. 3 bulan means 12 minggu. Kalau tak ada aral melintang mesti boleh buat PB punya sebab first FM saya timing dia memang haram gila. Saya fikir kalau untuk first FM hari tu saya training 30 hari boleh dapat 6 jam 20 minit, kalau untuk second FM training 90 hari, takkan result dia lagi lebih dari 6 jam 20 minit? Usaha 3 kali ganda tu.

So that’s why semalam saya start campaign saya #90hariabiangcuba untuk make sure Tokyo Marathon ini saya finish strong, muka ada senyum dan PB lagi. Tak risau sangatlah yang lebih merisaukan adalah kos nak duduk jat Jepun tu. Well……………

najib2

MAKA,

Trinity. 3 hal cuba dicapai melalui satu cara. Dan cara ini adalah LARI.

Keluar lari setiap hari, atau setiap hari pagi dan petang, atau masa tidur roh keluar dan lari juga (macam Dr.Strange tu) tapi roh kena pakai jam juga la nak track distance.

Saya tak sure dari 3 target ini adakah boleh capai semuanya atau haram satu pun tak capai. No satu tu ujian dia adalah Frequency. Sejauh mana saya boleh maintain lari tiap-tiap hari dengan distance 10K. No dua pulak ujian dia Speed. Sejauh mana saya boleh push diri saya untuk capai speed yang bersesuaian untuk dapat SUB2. Dan no 3 adalah Persistance. Sejauh mana saya boleh sentiasa berdisiplin untuk habiskan 3 bulan punya training untuk FM.

Rasa macam sembelit pun ada sekarang ni.

najib3

Tengoklah macam mana. Tapi ini lagu yang saya ingat paling sesuai untuk menggambarkan moment ini. Lagu zaman MMU saya.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *