3 hal lain tentang larian

Hari tu dah tulis 3 hal tapi rupanya baru faham. Itu 3 hal asas sahaja.. Sekarang saya tambah 3 hal lagi iaitu 3 hal intermediate tentang larian. 3 hal asas hari itu adalah bagaimana menghidupkan jiwa seorang pelari manakala 3 hal kali ini adalah bagaimana untuk jiwa pelari terus hidup.

Will Power
Bukan Will Smith, tapi Will Power. Dalam bahasa melayu boleh kita katakan, keazaman, atau kecekalan. Atau keinginan terkuat yang paling dalam, atau pun tekad. So Will Power seorang pelari akan menentukan sama ada dia BOLEH, atau TIDAK BOLEH. Sama ada dia MAMPU, atau TIDAK MAMPU. Adakah setiap orang diberikan Will Power yang sama? Saya rasa tidak. Will Power setiap orang berbeza, bergantung kepada apa yang dia mahu. Dan sejauh mana dia mahu, apa yang dia mahu. Lalu, jika dia benar-benar jujur dan tulus mahu, apa yang dia mahu, saya rasa alam ini akan membantu bagaimana untuk mencapai kemahuan ini. Itulah yang adilnya tentang tuhan. Keadilannya bukan memberikan semua orang Will Power yang sama, tetapi memberi peluang yang sama kepada semua orang untuk mencapai kemahuan terpendam.

Skill
SKill sangat perlu. Kalau lari salah teknik memang tak dapat lawan dengan orang yang lari dengan teknik yang betul. Orang yang bernafas dengan teknik yang betul boleh pergi lagi jauh daripada orang yang bernafas dengan teknik yang salah. Skill boleh dipelajari dan boleh diteliti. Bila dah belajar, boleh praktikkan. So sekali lagi tuhan adil dalam hal ini. Jika kita malas dan tak mahu kaji, main bantai lari ikut suka hati so kita takkan mampu bertahan lama. Kita akan putus asa, dan akhirnya kita menjadi orang yang sama sebelum kita mula lari dulu.

Strategy
Yang ini penting dan berkait dengan kebijaksanaan. Ada macam-macam strategy untuk menang dalam race. Ada orang tak pakai baju race yang dapat tu sebaliknya pakai baju sendiri agar nampak lebih hebat dan lebih yakin untuk kedepan. Ada orang tak makan 4 jam sebelum lari berbanding ada orang makan 15 minit sebelum lari. Ada orang dah lari dan cuba dulu route sebelum hari race berbanding dengan orang yang baru pertama kali cuba route itu. So strategy memainkan peranan dalam menentu kejayaan.

So 3 hal ini berkait rapat dengan runner untuk terus jiwa lariannya hidup. 3 hal ini boleh diasah dan boleh dipelajari dari masa ke semasa. Awalnya cabaran untuk berlari adalah segala hal di luar badan tetapi sekarang cabaran semakin mendalam dari dalam badan.




Kongsi di :