3 Hal tentang larian

Ada 3 hal tentang larian. Masa, Jarak dan Tempat. 3 hal ini biasanya menjadi cabaran bagi setiap pelari. Dan 3 hal ini yang akan “menghidupkan” jiwa seorang pelari.

Masa
Of course, ini yang paling utama. Bagi setiap jarak yang sama, setiap pelari cuba untuk memperbaiki masa masing-masing. Sama ada cuba beat record orang lain atau beat record sendiri, semakin kurang masa yang diperlukan untuk satu jarak yang sama semakin menjadikan seorang pelari itu bahagia dan bertenaga.

Jarak
Jika seorang pelari sudah mencapai nirvana dalam mencapai masa terpantas, atau dalam erti kata lain, masa yang hak, atau dalam erti kata lain lagi, sudah tidak boleh beat masa terpantas, maka cabaran seterusnya adalah Jarak. Pelari tegar akan menambah jarak semakin lama semakin jauh. Kalau sudah lari 5K, mula nak cuba lari 7K. Kalau sudah cuba 7K, mula nak cuba 10K. Begitulah seterusnya hingga ke marathon 42K atau lagi hebat cubaan masuk ultra.

Tempat
Lari di tempat yang sama kadangkala membosankan lalu pelari akan cuba lari di tempat yang berbeza. Lain route lain cabarannya, lain bukitnya lain rasanya. Boleh jadi berubah tempat setiap kali larian atau boleh jadi juga selang seli tempat larian. Boleh jadi sudah mula cuba lari di luar kawasan bermastautin dengan cubaan lari di negeri lain. Dan cubaan akan diteruskan hingga lari ke luar negara.

Ketiga-tiga hal tentang larian ini adalah asas utama yang terus menerus memberikan cabaran kepada setiap pelari. Dan inilah keseronokan atau kepuasan yang dicari setiap pelari. Tanpa 3 hal ini pelari akan hilang taring dan hilang motivasi untuk terus hidup sebagai pelari. Lalu jika anda seorang pelari, pastikan anda tahu 3 hal ini agar anda terus lari dalam mencari erti.




Kongsi di :