30.99 K LSD Pt 2

Malam yang dibelah tak jauh mana pun. Baru sahaja beberapa meter lari, rasanya kurang dari 1, di dalam gelap di Taman Melawati itu, dari jauh kedengaran anjing menyalak-nyalak. Bunyi salakan ini bukan bunyi salakan dalam movie hantu yang mendayu-dayu, tapi lebih kepada salakan yang beerti “Jangan datang sini, ini kawasan kami, kalau kau datang juga, kami kejar sampai kiamat”.

Mengelak konfrantasi, kami menyeberang jalan dan masuk kawasan rumah orang melarikan diri (bukan melarikan tapi menjalani diri sebab berjalan). Kumpulan anjing itu yang sudah berada diseberang, masih lagi menyalak-nyalak. Mujur antara kami, ada divider construction jalan yang disusun menjadi penghadang, membuatkan dalam sesuatu angle, anjing yang pendek tidak nampak kami yang lebih tinggi dari mereka. Ada dalam 2-3 ekor saya nampak dari jauh. Trauma kena kejar anjing macam tiba-tiba switch on secara auto.

Oleh kerana saya ada bawa lampu picit camping saya, maka menyelinap dalam kawasan rumah orang agak mudah. Irfan pula ada pakai head lamp. Feel macam pencuri pun ada.

Screen Shot 2017-05-01 at 12.32.51 PM
Detour masuk laman rumah orang

Agak dah selamat dan agak jauh, kami kemudian meneruskan larian sambil berbual-bual sampai jumpa roundbout. Jalan memang gelap tapi selang seli dengan lampu. Bila kawasan rumah, baru hati tenteram sikit. Teruskan lari, kami sekarang sudah sampai area kedai-kedai disebelah perumahan. Dari jauh, kelihatan seorang mamat menaiki motorsikal datang menuju ke arah kami.

Mulanya saya buat tak reti. Tetapi apabila mamat ini berhenti betul-betul depan kami, saya mula rasa curiga. Sosok wajahnya macam polis tapi bila dia mula bertanya kami buat apa, saya rasa macam ada yang tak kena.

Mamat ini ntah dari mana. Pakai baju dan seluar slack serba hitam, seorang diri melilau naik motor. Dia tanya kami buat apa. Kami kata tengah lari. Dia tiba-tiba menunjukkan minat nak join sama. Itu yang buat saya pelik. Saya biarkan dia berbual dengan Irfan sementara memerhati dari belakang. Kalau nak pukau atau pau duit pun, jarak dia lebih dekat dengan Irfan. Satu lawan dua susah dia nak makan 2 orang sekaligus, lagipun saya tak tenung mata dia. Sekadar memandang rupa wajah untuk elak dari sebarang kemungkinan jahat.

Bila mamat ini dah macam betul beria nak join, saya katakan kepada dia yang malam ini kami nak lari jauh dalam 30 KM. Dia kata tak apa dia OK. Dia terus tanya kami parking motor mana. Irfan kata kami naik kereta parking di BP sana. Dia tanya selamat ke kalau tinggal motor kat sini. Saya kata kami bukan orang sini so kami tak tau ok atau tak.

Screen Shot 2017-05-01 at 12.36.35 PM

Mamat ini macam dalam delima. Saya nampak muka dia memang macam nak join sekaki, tapi curiga keselamatan motor dia kalau dia tinggal nanti. Irfan tanya, ada bawa baju lari ke? Dia kata ada sambil menunjukkan dalam jeket.

Keadaan sangat mengelirukan. Sama ada bagi kedua belah pihak, atau hanya kami sahaja. Untuk menamatkan scene ini, saya terus potong. Next weeklah join. Kami memang tiap-tiap minggu lari sini. Nanti kalau tinggal motor sini hilang kena curi saja je. Saya mula menipu untuk melepaskan diri.

Terpaksa bersetuju, mamat ini mengalah. Setelah mengucapkan terima kasih dan berjanji akan jumpa minggu depan, mamat ini menghidupkan enjin motor dan berlalu pergi. Tanpa melengahkan masa kami sambung lari meninggalkan mamat ini dengan segera.

Mula-mula tadi anjing. Baru je lepas anjing tiba-tiba ada mamat pulak nak join lari sekali. Lepas ni ntah apa la pulak.

Elok selepas masuk dan keluar roundabout, saya toleh kebelakang untuk lihat kalau-kalau mamat tadi masih ada lagi. Dan ya, dari jauh, saya lihat dengan jelas, mamat tadi dah pun patah balik dan membawa motor menuju ke arah kami. Cahaya lampu motornya dari jauh semakin kuat, menyebabkan juga semakin kuat perasaan tidak sedap hati saya.

Mamat ini memanggil dari jauh. Kami menoleh dan berhenti. Sekali lagi saya membiarkan Irfan duduk dekat dengan dia bukan apa. Kalau jadi apa-apa kedudukan saya dengan dia lebih mudah untuk saya buat tendangan angin puyuh atau tendangan padu maut kesatria baja hitam. Yang penting boleh amik lajak.

Mamat ini berhenti dan bertanya kami dimana jalan untuk keluar dari sini. Dalam hati saya mamat ni nak apa sebenarnya dok pusing-pusing dari tadi. Memberanikan diri, saya menghampiri mamat ini dan mula menaikkan suara sedikit. Saya katakan dengan kuat dan nada arahan sambil mengangkat tangan menunjuk ke arah belakang. Jalan keluar adalah terus sahaja sampai jumpa jalan besar, kata saya tegas dan pendek. Tujuan dia adalah untuk tidak buka apa-apa ruang bagi dia untuk bertanya apa – apa lagi dan mengelak dari engagement yang lebih lama.

Mamat ini semacam blur kejap. Mungkin habis idea barangkali, dia lalu segera pusing meninggalkan kami. Suasana cemas, menjadi tenang kembali. Kami cepat-cepat sambung lari dan kali ini tukar lane semula lane bertentang arah trafik.

Kami teruskan berlari sampai jumpa kawasan kubur belah kiri. Saya tengok jam sekarang baru 3KM lebih. Ada lagi 27KM to go. Memandang batu-batu nesan yang tegak berdiri mengingatkan saya kepada arwah auntie saya yang dikebumikan disini beberapa tahun lama dulu.

Arwah auntie merupakan seorang arkitek dan banyak hal tentang hidup yang saya belajar dari dia, lebih-lebih lagi isteri saya, hal-hal dapur dan rumahtangga Auntie memang particular. Misalnya jangan tinggal pinggan mangkuk tak basuh dalam singki waktu malam atau kalau minum air, gelas itu mesti ada pelapik (coaster).

Screen Shot 2017-05-01 at 1.07.14 PM

Saya ingat lagi ada satu soalan saya tanya pada Auntie saya. Auntie saya ini adalah isteri ketiga kepada Uncle saya. Saya tanya dia rasanya dalam bahasa yang paling sopan sekali dalam dunia.

“Maaf Auntie, zizi nak tanya. What is your opinion on ADIL dalam poligami, macam…. zizi tengok Uncle kadang-kadang balik KL kejap je tapi di JB lama.”

Apa yang Auntie jawab kepada saya memang sangat surprise sekali dan nyata memang membuka mata saya tentang LIFE ini, malah memang saya ingat sampai mati.

“Do you think that GOD is unfair zizi? Didn’t you realise that everything that happened is always FAIR dan sememangnya ADIL bagi ALLAH TA’ALA?”

Saya terdiam.

“Kalau Uncle balik sini lama, atau kalau Uncle balik JB lama, mana-mana Uncle balik pun sudah sememangnya ADIL, sebab kalau itulah bahagian yang Auntie dapat yang ALLAH TA’ALA dah tulis, I will never complaint to GOD. Sebab kita ni manusia maka kita yang memandai-mandai cakap itu tak adil, ini tak adil, sedangkan ALLAH dah tulis semua ini dengan cantik sekali”

“Remember zizi. ALLAH is not just MAHA ADIL, He is MAHA MENGETAHUI dan MAHA BIJAKSANA. This 3 attributes kalau u fully understand, you will have a good life and sentiasa tenang walau apa pun ujian yang datang pada u”

***

Screen Shot 2017-05-01 at 1.24.17 PM

Kami sekarang sudah sampai dibawah highway, jalan besar MRR2. Selepas ini adalah stretch panjang Jalan Genting Kelang laluan ke PV10 hingga ke Hopital Tawakkal dan masuk bulatan Pahang. Dalam 7 KM rasanya. Sebaik sahaja melintas jalan MMR2, di sebelah kiri saya lihat ada sebuah van tersadai. Bonet depan terbuka menandakan van ini mungkin sedang rosak. Di sebelah van kelihatan 3 – 4 orang wanita. 2 dari mereka lebih muda dari yang lain dan didepan mereka ada 2 lelaki yang sedang membetulkan tayar.

Saya berlalu depan mereka sambil senyum. Mereka membalas senyuman saya. Saya doakan agar apa jua masalah yang menimpa mereka segera selesai. Untuk saya dan Irfan berhenti bantu, Irfan mungkin bersetuju dengan saya sebab ada 2 orang lelaki yang lebih hebat dari kami sedang menukar tayar van itu. Lengan mereka lagi perkasa berbanding lengan kami yang cikeding.

Setiap orang ada masalah masing-masing. Kalau boleh tolong kita tolong. Kalau tak boleh tolong, kita tak payah nak tolong sebab kita pun memang tak mampu nak tolong. Melainkan masalah itu sangat emergency dan tidak ada orang nak tolong, itu lain cerita.

Kami meneruskan larian. Kadang-kadang ada kereta yang membunyikan hon bila lalu sebelah kami. Begitu juga dengan yang membonceng motor. Ada yang menjerit-jerit memberi sokongan selain dari membunyikan hon motor yang lebih nipis bunyinya dari hon kereta.

Memasuki Jalan Genting Kelang yang panjang ini rupanya bakal menjamu saat genting yang takkan diterlupakan. Tidak kami ketahui yang didepan ini ada bala besar yang sedang menunggu.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *