30.99 K LSD Pt 3

Nanti bila EL dah besar, satu perkara yang penting (antara perkara yang penting) yang saya akan bagitahu dan ajar dia adalah, “jangan menolak wahyu”.

Zaman dahulu, kalau ada cerita nabi, kata ganti diri bagi nabi didalam buku adalah “Baginda”. Jarang ada kata ganti diri bagi nabi “beliau” atau “dia”. Seakan adalah satu kesalahan besar masuk neraka jika kita menulis kata ganti diri bagi nabi “dia”, kerana antara “Baginda” dan “dia”, “Baginda” merujuk kepada ekslusiviti atau ke-rajaan. Ia melambangkan satu darjat yang lebih antara sekalian manusia.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak sedar, kata ganti diri bagi tuhan pula adalah “Dia”. Malah bahasa perantaraan kita dengan tuhan, adalah “Aku” dan “Engkau”. Jika mother tongue anda adalah english, tak kira apa agama anda anuti, bila berbicara dengan tuhan, anda akan menggunakan “I” and “You”.

Maksud saya begini. Sesama manusia, kita meletakkan darjat apabila berbicara. Tetapi dengan tuhan yang lebih MAHA SEGALA, kita kembali kepada basic atau fitrah.

Wahyu, Ilham atau Idea, bagi saya sama sahaja. Apa sahaja yang terdetik, buat pertama kali didalam diri, itu adalah “arahan” dari yang MAHA SEGALA. Manakala yang terdetik buat kali kedua pula, itu adalah “hasutan” dari anasir atau elemen yang menolak atau ingkar. Di dalam sejarah, kita diajar. Siapa yang pertama ingkar pada arahan tuhan?

***

Dulu telah datang wahyu kepada saya untuk membeli alat digital menghalau anjing. Alat ini telah saya jumpa di internet, tapi saya ingkar dan tidak beli. Selepas episod dikejar anjing di kawasan rumah hari itu, saya secara serius mencari penyelesaian bagi menjamin keselamatan di waktu akan datang.

Malangnya saya ingkar. Saya abaikan wahyu untuk beli alat digital yang mengeluarkan frekuensi bingit bagi makhluk anjing. Saya beri alasan macam-macam bagi diri saya. Tidak saya ketahui dan sedar, saya menjadi syaitan yang menghasut diri saya agar menolak kebenaran.

***

Jalan Genting Kelang itu memang menggentingkan. Selepas deretan kedai PV, selepas Petronas, dan elok sahaja selepas bangunan Courts Mammoth, kami sekali terserempak dengan sekumpulan anjing yang menggila.

Screen Shot 2017-05-01 at 2.18.28 PM

Kalau sebelum ini cuma beberapa ekor, kali ini dia datang dengan geng 24. Irfan yang nampak geng anjing ini dan Irfan menjerit, “Anjing”. Bila saya nampak anjing-anjing ini dari jauh berlari sambil menyalak ke arah kami, saya sudah tahu. Kalau masih lagi menunggu, jawabnya kami KFC  bagi anjing.

Tanpa membuang masa, sekilas saya memandang traffik kereta dihadapan. Ada satu kereta sedang laju, tapi saya agak, saya boleh lepas. Saya pecut selaju boleh dan sekelip mata saya sudah di divider tengah.

Anjing ini masih mengejar dan menyalak. Beberapa saat kemudian saya sedar yang saya dan Irfan sudah berada diseberang jalan. Anjing ini tidak lagi mengikut tetapi masih menyalak. Saya menjerit “HOI” kuat-kuat. Kasi anjing takut padahal saya yang sedang takut.

Kami keletihan selepas pecut tiba-tiba. Irfan kata dia nyaris nak kena langgar dengan kereta tadi. Saya bersyukur kerana tidak terjadi apa-apa. Kami menyumpah-nyumpah sambil berjalan dan memandang belakang secara awas, takut-takut dikejar anjing lagi.

Masa ini baru saya ingat. Kalau saya ada alat digital atau device penghalau anjing itu, mesti kejadian ini tak berlaku. Bahaya dia bukan sahaja digigit dan dilapah anjing, tapi bahaya dilanggar kereta kerana menyeberang secara tiba-tiba.

Ini adalah kali ketiga kami terserempak anjing sepanjang LSD 30.99 KM. Sebelum ini ada dua ekor anjing hitam tapi mereka macam lapar mencari makan. Kami hanya avoid mereka dengan masuk ke dalam jalan kedai. Tidak ada adegan kejar mengejar macam ini.

Menurut Irfan, anjing yang kenyang lagi bahaya dari yang lapar. Kalau anjing itu lapar, dia akan menunduk mencari makan. Anjing yang kenyang yang lebih gengster. Kalau ramai, lagi gengster anjing.

Keluar dari bulatan Pahang, kami sepatutnya masuk jalan kecil di HKL. Tapi kerana jalan kecil, saya cadangkan kepada Irfan adalah lebih baik ikut jalan besar. Jalan kecil mesti ada anjing. Kami ikut jalan besar lalu depan HKL.

Malangnya sekali lagi adegan kena kejar dengan anjing berlaku lagi. Kali ini bukan geng 24. Tapi saya ingat geng 300 macam movie. Punya bapak ramai anjing datang dari lorong sebelum HKL menyalak dan mengejar kami.

Sama juga. Sedar tak sedar saya dah ada di seberang jalan. Cuma bezanya kali ini Irfan lari kedepan instead of keseberang. Bila saya tanya kenapa dia tak seberang, dia kata dah tak sempat sebab ada kereta laju datang dari arah bertentangan.

Screen Shot 2017-05-01 at 2.25.56 PM

Mood LSD malam itu dah jadi kucar kacir. 3 kali terserempak anjing memang mendukacitakan bila 2 daripada 3 kali ini adalah pertembungan antara manusia dengan bukan manusia. Saya macam terfikir nak bela anjing yang boleh ikut lari saya. Untuk menjaga keselamatan saya ketika berlari, anjing ini akan saya hantar berguru di sekolah kungfu supaya dia boleh belasah semua anjing gengster yang kurang ajar tak reti bahasa itu.

Kami meneruskan larian. Ada masa lapang, kami berjalan. Nyata keletihan bukan sahaja sebab berlari tapi letih emosi dikejar anjing.

Masa masuk simpang dari Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang menuju Citibank, ada seorang homeless memakai ketayap melambai-lambai kepada kami. Beliau memberi salam dan menjerit membaca doa. Saya tak pasti doa apa yang dia baca tapi saya tau yang dia tujukan doa itu kepada kami. Saya membalas salam beberapa kali sebab dia memberi salam juga beberapa kali.

Kami sampai KLCC. Berhenti, amik gambar. Teruskan lari sampai ke Pavi. Lari lagi, sampai Bukit Bintang. Sampai nampak MCD bukit bintang. Belok kiri depan Sungai Wang. Terus lari sampai bulatan Kampung Pandan. Jamu mata tengok orang balik disco. Terus lagi sampai masuk simpang ke kiri masuk Jalan Kampung Pandan.

Dari situ masuk jalan belakang sampai keluar semula di Great Eastern Mall di Jalan Ampang. Masuk Jalan Jelatek dan belok kiri untuk masuk ke kawasan perumah AU. Ketika ini azan berkumandang dan orang mula sembahyang subuh diikuti dengan ceramah pagi yang tak berapa nak dengar apa khutbah dia.

Kami kemudian berhenti subuh di Petronas. Ketika ini cuma tinggal beberapa KM lagi nak habis. Sambung lari sampai roundabout keluar ke MRR2. Waktu ini dah cerah dan kami menghabiskan kilometer terakhir hingga kembali semula ke BP Taman Melawati dimana kami meninggalkan kereta. 

Terima kasih kepada Homeless ketayap tadi, nampaknya doa dia memang makbul sebab lepas dari dia doa sampai habis lari, tidak ada lagi insiden kena kejar anjing. Semoga hidup anda dirahmati GOD ALL UNIVERSE.

***

LSD 30.99 KM ini berjaya dihabiskan. Paling tidak itu adalah catatan di jam suunto saya. Kaki dan badan memang ada rasa sakit-sakit tapi LSD sempena isra-mikraj ini memang banyak dugaan dan halangan dia. Saya kira, ini adalah larian yang paling banyak encounter dengan anjing seumur saya menjadi runner.

Untuk LSD ini saya purposely pakai Asics Gel Nimbus 19 yang saya dapat untuk review itu. Saya kira posting akan datang adalah cerita detail bagaimana suasana dan perasaan memakai kasut ini untuk larian one shot 30 KM.

Done 30k LSD today. #lariansebuahkitab #suunto #ambit2 #run #runner #lifeofper

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *