30.99 K LSD Pt 4 – Pengajaran atau tips untuk lari malam

Selepas berbincang dengan isteri saya tentang pengalaman lari LSD 30.99 KM tempoh hari, saya kira ini adalah posting Post Mortem atau posting pengajaran untuk masa depan.

1. Lari malam, lebih ramai lebih bagus
Bila lari route malam-malam, sebenarnya lebih ramai lebih bagus. Jangan sekali-kali gatal nak lari seorang diri unless tempat tu memang anda dah familiar gila tak ingat. Ini kerana, ada banyak kemungkinan yang akan berlaku yang kita tak terduga. Boleh jadi kalau kita lari seorang diri di malam hari, ada orang berhenti sebelah kita dan pau kita. Kalau kita awek, mana tau ada orang berhenti dan cuba perkosa kita. Lagi malang kalau yang berenti tu 2 orang. Dah jadi 3some rogol. So tips dia, kalau lari malam, better berkumpulan.

2. Bawa senjata
Bukan bermaksud bawa pistol atau pedang samurai. Paling tidak pun bawa swiss army knife. Atau kalau awek, bawa pepper spray. Sebab dia kalau emergency orang nak pau ke apa, at least kita ada swiss army knife dan kalau pandai guna, paling tidak kita boleh pertahankan diri kita kalau orang yang nak pau kita tu tak ada senjata apa pun. Bila ada swiss army tu focus dan ingat dalam kepala, kalau emergency yang tak boleh nak elak dah dan terpaksa menumpahkan darah, tibai atau tikam kat peha pihak lawan. Pertama dia tak boleh nak kejar kita kalau peha dia luka kena cucuk. Dan bila cucuk kat peha tu, effect darah akan keluar banyak so dia akan gelabah lebih tinggi. Jangan tikam kat perut. Kang mati pulak dia sian. Dia mencuri atau nak pau pun tak tau sebab apa. Mana tau nak cari duit nak beli susu anak. Sekarang ekonomi dah la macam jilake.

So ini ada video bagaimana nak handle pisau kecik. Perhatikan betul-betul kedudukan tangan yang pegang pisau dan kedudukan tangan satu lagi yang tidak ada pisau.

3. Bawa torch light
Macam saya masa LSD tu memang saya ada bawa torchlight kecik. Dan lebih baik bawa torchlight yang lampu dia tu filamen tinggi. Sebab walaupun kecik, cahaya yang keluar dari torch light tu power gila dan sangat cerah. Kalau bawak torch light besar leceh. Berat. Macam yang saya pakai adalah flashlight pelican. Yang tu memang spec camping. Saya tak ingat model apa tapi kecik dan LED dia high lumen. Ini contoh salah satu model pelican yang lain. Make sure juga lampu picit anda ini ada klip. So senang nak klip dalam poket seluar kalau malas nak pegang. Bila klip dia lekat lebih kemas. Tak bergoncang macam telur tanpa spenda kuat. 

Pelican 2360 2AA LED Flashlight_1

4. Bawa air
Kalau lari lebih 10K atau dah tahap LSD lebih 21 K, air jangan lupa bawak. Yelah. Tengah malam mana ada kedai buka kecuali ada lalu 7-11. So better bawak air sendiri dan make sure banyak. Tapi banyak ni depends on orang. Saya hari tu habis 2 botol kecil revive.

5. Bawa duit
Bawa duit ni takyah banyak. Dalam RM50 pun ok. Selit dalam poket. Tujuan dia kalau emergency ke apa dan perlu tahan teksi, so at least ada duit nak bayar. Kalau bawak RM50 distance dia sure boleh balik sampai ke kereta sendiri.

Dan kalau kena pau pun at least kita bagi dia RM50. Sedekah jelah kalau takut nak lawan. Anggap rugi RM50. Kalau besar sangat RM50, bawak RM10. Yang RM50 tu sorok. So kalau kena pau bagi RM10 je. Bagi la alasan, saya lari mana bawak duit. Ini je yang saya ada sebab nak beli air.

6. Bawa powerbank
Kalau powerbank anda sekarang besar macam gajah, tiba masa anda invest sikit beli power bank kecik yang mudah bawa. Powerbank ni guna dia apa? Takkan nak cucuk dalam lubang idung lak.

7. Bawa device digital halau anjing
Yang ni paling penting sebenarnya. Nanti saya nak beli satu. Tak kira. Masuk gaji bulan ni saya beli. Tapi masalahnya gaji saya setiap 15 hb. So kena tunggu lagi 2 minggulah.

8. Lari di route yang familiar
LSD saya hari tu route baru. So kami agak terkial-kial dan agak buang masa tengok map. Untuk lari malam better pilih route yang biasa lalu so familiar mana kat mana. Kalau nak juga lari route tu cuba try lari waktu siang dulu. Atau kalau dah tak boleh sangat sebab tak ada peluang nak lari siang, make sure bawa map. Map tu kalau boleh screenshot je so tak bergantung pada map online. Kadang-kadang mana tau tempat yang kita lalu tu takda coverage tak leh masuk internet lak.

9. Bawa wisel
Satu lagi benda yang saya bawa masa camping adalah bawa wisel. Masuk hutan tujuan dia kalau sesat boleh tiup. Tapi kalau lari malam, in case ada mara bahaya yang melibatkan manusia, paling tidak anda boleh tiup wisel berulang kali so ini akan attract attention orang.

10. Bawa surah yassin
Ha yang ni saja kelakar. Kalau takut jumpa antu tak payah lari malam hari. Bawak quran lari pun hantu tak takutlah. Tak ada gunanya bawa surah yassin masa lari. Kalau jumpa hantu buat tak reti sudah.

11. Alert bahaya
Yang ini adalah yang paling penting antara semua. Anda kena alert setiap bahaya. Misalnya kalau anjing, so nampak dari jauh je dah kena prepare. Kalau anjing tu menyalak dan dari jauh dah lari so anda memang dah prepare untuk lari seberang jalan. Masa nak seberang tu tengok kereta jangan main seberang je kang ada yang kena tibai ngan keta. Tak payah nak tunggu kalau nampak anjing dari jauh dah lari ke arah kita sambil menyalak bawak geng.

Kalau encounter orang pulak, sentiasa alert yang orang tu ada cubaan nak buat sesuatu dengan anda. So basically ini akan membuatkan anda lebih berhati-hati. Dia nak tanya jalan ke, nak apa ke, alert dalam kepala yang orang ni MAYBE ada niat tak baik. Sebab tengah malam buta kut. Bukan nak bersangka buruk tapi keburukan dan malang jangan diundang.

So make sure distance dengan orang tu jauh dan jangan rapat. Kalau orang tu tanya apa jangan bagi maklumat yang tepat sangat misalnya dia tanya park keta / motor kat mana. Mungkin dia nak pergi curi keta moto kita. Misal dia tanya nak lari ke mana, mungkin dia nak patah balik bawak geng tunggu kita kat sana. So kena alert banyak. Kurangkan masa untuk berbual. Kalau boleh habis cepat dan blah terus.

12. Bagitau ahli keluarga yang anda nak pergi buat LSD kat mana
Ini penting. Make sure bagitau bini atau laki nak pergi LSD kat mana. In case tak balik, so orang boleh cari dan jumpa kita kat mana.

Saya ingat itu je pengajaran yang dapat saya fikirkan, so kalau nak LSD tengah malam buta, make sure anda prepare betul-betul. Apa pun, selamat berlari dan larilah dengan selamat. May the force be with you.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *