30.99 K LSD

Apabila minggu lepas, saudara Irfan menelefon dan mengajak untuk LSD di Route 68, saya terus sahaja berkata OK, tanpa memikirkan apa consequence-nya. Ini kerana memang telah ada cita-cita didalam saya untuk lari disana, kerana seumur hidup, saya belum pernah pun.

Saudara Irfan beritahu yang ada seorang lagi runner kawan dia akan turut serta. Lalu saya mencari seorang dua lagi runner kawan saya. Saya msg Amrud Rockstar dari Kajang untuk turut serta. Amrud membalas, “Tempting, tapi kemungkinan besar tak dapat join ni. Kalau ada perubahan Last minit aku update”. Hakikatnya Amrud Rockstar dari Kajang kena ke JB untuk kenduri kahwin cousin dia.

Melalui saudara Irfan, dapatlah saya tahu bahawa route 68 adalah 17KM pergi balik dari Gombak ke Genting Sempah. Ini membawa total pelarian sejauh 34KM. Perancangan awal adalah untuk lari subuh hari namun apabila kawan Irfan juga turut tidak dapat turun, kesangsian mula bersarang di hati kami. Untuk 2 orang runner lari di sana dengan tak pernah tahu jalan bagai, lalu kami decide untuk tukar route. Memikirkan sama ada untuk lari di Shah Alam (dekat dengan rumah Irfan ) atau lari di Putrajaya (dekat dengan rumah saya) akhirnya kami berkeputusan sepakat untuk lari di Melawati.

Alasannya mudah, selepas lari nanti nak lepak dengan breakfast dengan seorang kawan kami yang bernama Azrai Fahmi dan Ikhwan Fadzli di sana nanti.

***

Saudara Irfan telah berlari selama 3 tahun lamanya. Tahun ini, dia akan membuat virgin FM di SCKLM. Berbeza dengan saya, saya mengambil masa 4 tahun untuk first virgin FM saya. Ini kerana saya menyusun matlamat dengan lebih santai. Tahun pertama 5K. Tahun kedua 10K. Tahun ketiga 21K, dan tahun keempat 42K. Saya mencapai semuanya dengan hati yang gembira walaupun ada suffer sikit yang orang kata, “adatlah”.

Melihat dan mengetahui ada kawan yang hendak melangkah lebih jauh dalam arena larian, ibarat mendengar orang mahu pergi buat Umrah. Lebih-lebih lagi 42K. Kalau kita tak dapat ikut pun paling tidak kita ikut dan hantar sampai airport. Dalam kes ini, saya terjebak sekali.

Saudara Irfan terus sahaja melakar route untuk lari, dan apabila saya tengok jumlah jarak adalah 30K dalam Kuala Lumpur, hati saya berkata begini :

“Agak dah lama tak lari sejak balik Tokyo. LSD 30K, boleh ke tidak nih?”

Screen Shot 2017-04-30 at 9.13.33 PM
Route oleh Irfan, boleh lihat sini

Sejujurnya LSD yang paling jauh saya buat pun rasanya bawah 25K. Rasanya untuk lebih specific, paling jauh LSD saya adalah 21K. Level HM sahaja. Makanya LSD 30K adalah sesuatu yang baru dalam hidup saya.

30K adalah benchmark yang semua runner tahu bahawa, kalau lepas lari 30K, maka anda boleh lari sampai habis untuk 42K. Atau, dalam konteks lain dengan angka yang sama pula adalah, ujian sebenar (the real test) untuk menghabiskan 42K adalah pada mark 30K.

Masa 30K-lah kaki anda akan memberontak. Masa itulah perut rasa sakit macam kena hunus pedang. Masa itulah rasa menyesal masuk 42K. Masa itulah rasa alangkah bodohnya keputusan aku ada hati nak jadi marathoner?

Bagi saya, syaitan menunggu runner di mark 30K. Kerana bagi mereka yang belum sampai 30K, syaitan berkata kepada syaitan-syaitan yang lain, “Jangan buang masa nak hasut depa ni depa bukan betul-betul nak jadi marathoner pun”.

Ini saya tidak tipu kerana sudah 2 kali saya bertemu syaitan di mark 30K. Pertama di Bali dimana syaitannya menyamar memakai baju serba putih dengan ikatan di kepala bagaikan holyman imam sebuah pura manakala yang kedua adalah di Tokyo. Syaitan betina yang mukanya copong dengan bedak, menyamar menyerupai Geisha.

Nasib saya sedikit baik kerana saya berjaya menembusi syaitan jantan dan syaitan betina ini bukan kerana saya banyak pahala atau faith kepada tuhan saya tinggi, tapi sebaliknya kerana saya pun kadangkala seperti syaitan juga.

***

Jam 8 malam saya sampai kerumah. Selepas makan nasi, saya naik atas tidur. Isteri saya kunci jam dan pada pukul 12:30, dia kejut saya bangun. Saya mandi, kemudian terus bersiap. Pada pukul 1:30 pagi saya sampai di BHP Taman Melawati. Saudara Irfan pun baru sampai seminit dua.

Di mulutnya keluar asap oleh vape yang dia hisap. Di mulut saya juga keluar asap oleh rokok sampoerna yang saya hisap. Setelah hembusan paling puas dihembus ke udara malam yang segar selepas hujan itu, kami berdua mula melangkah membelah malam.

 

Malam ni LSD, semesta + shahpekan #lariansebuahkitab

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *