#30hariabiangcuba Day 10 – Ubah taktik

6 Aug 2016

Esok ada race SCKLM. Sepatutnya hari ini saya lari 15 KM. Long Run. Tapi saya fikir, kalau saya lari 15 KM hari ni, esok nak lari lagi 21 KM, ada yang tak sempat lari kemana pun dok atas katil. So saya decide untuk ubah tactic, instead of pi lari, saya pi berenang.

Di perumahan saya ini ada club house. Kat club house ni ada gym. Ada swimming pool. Saya pernah tanya kat office management berapa size swimming pool ni tapi haram depa tak tau. Saya pulak nak agak-agak tak reti. So at the end of the day, saya ukur pakai satelit. Alah. Pakai google map la. So, saya dapat tahu yang panjang dia 30 meter.

Kenapa saya beria nak tanya berapa panjang pool ni adalah sebab kalau pakai Suunto Ambit 2, kadang-kadang dapat trace GPS dia tapi biasanya haram. Saya ingat Suunto Ambit 2 tak berapa nak ON untuk swimming, atau saya yang tak reti setting. So bila saya tahu panjiang dia 30 meter, kalau 2 kali lap = 60 meter. Itulah ceritanya.

So dalam pukul 9 pagi gitu saya lari ke swimming pool, berenang, kemudian lari balik kerumah. Total distance larian adalah 1.5 KM dan berenang 10 x lap = 300 meter.

Screen Shot 2016-08-09 at 10.47.58 PM

Sampai kat rumah saya macam agak letih jugak. Tiba baru saya teringat. Dulu sebelum Nike Race pun saya ada buat camni. Lari, berenang, lari. End up race tu saya makan sayur. Race esok ni tengoklah macam mana. Training baru start seminggu kut, tu pun training untuk FM. Bukan HM.

Screen Shot 2016-08-09 at 10.40.54 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *