#30hariabiangcuba Day 14 – Latihan menjadi Ninja

10 Aug 2016

Hari ini 3K Speed Run. Rasa macam nak marah diri sendiri pun tapi tengah confuse sama ada nak marah diri sendiri sebab masuk race SCKLM dan FM Bali, atau nak marah diri sendiri sebab buat training plan. Hmmm…. oklah. Tak jadi marah. Layan sahaja. Tapi sebelum tu, ini ada satu lagu yang saya rasa sangat sesuai untuk #30hariabiangcuba Day 14.

OK. Hari ni saya cuma kena lari 3K. So lari kawasan rumah sahaja. Tapi kena pusing almost 2 kali perumahan ini. Lari tak boleh pelan, kena laju sebab speed test. Masa saya mula-mula lari tu saya rasa macam saya seorang Ninja sebab lari langkah pendek dan tengah malam. Kenapa langkah pendek? Sebab kalau langkah macam biasa saya rasa kaki sangat sangat ketat dan mula ada sakit-sakit. Lalu, bila saya lari langkah pendek, keketatan kurang begitu juga dengan kesakitan. Saya agak ini adalah kerana otot masih lagi letih akibat race tempoh hari. HOI BILA NAK BAIK NI??????

Screen Shot 2016-08-14 at 12.03.08 AM

Berbanding dengan speed test minggu pertama, nampaknya speed test kali ini agak merosot. Last week 3KM 16:32 dengan suffer score 49 manakala kali ini 18:13 dengan suffer score 22. Ada kemerosotan disitu.

Kalau ikut hari per minggu based on target race day Bali, maka hari ini hari terakhir untuk training plan saya pada minggu kedua. Didapati, first week saya target lari 29 KM tapi cuma mampu lari 21.4 KM. Second week ni target lari 35 KM tapi terlebih pulak sampai 37.1 KM sebab faktor race.

So total jumlah KM sudah menjangkau 58.5KM untuk 2 minggu berbanding 64 KM target asal. 6K ghaib kena makan jin. Anyway, ini update jadual.

Screen Shot 2016-08-14 at 12.04.50 AM

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *