#30hariabiangcuba Day 17 – Hari Pulun

13 Aug 2016

Hari ini dah hari yang ke 17 ##30hariabiangcuba. Selepas saya ponteng training kelmarin (khamis) dan rest day untuk Jumaat, saya rasa bertenaga semula. Ada faktor rupanya keletihan lepas race. Walau bagaimanapun, saya rasa saya belum betul-betul fully recover.

Hari ini saya kena lari Long Run 20K. Esok, 5K + Swim.

So sekarang saya nak hack sikit. Hari ni saya nak lari 10 K + Swim, besok 15K. Ubah sikit. So total untuk 2 hari masih 25 K. Ini adalah bertujuan untuk beri lebih masa recovery untuk otot kaki dan otot jari kaki. ( Ada kena mengena ke?)

***

Berikut adalah data hari ini.

Screen Shot 2016-08-14 at 12.33.25 AM

Ada perasaan yang mengatakan ini adalah training paling suffer sekali berdasarkan suffer score tersebut dah nak capai 100 markah. Kalau SPM, ini dikatakan A1. Sepatutnya saya lari 10K tapi saya terlari lebih 1 KM.

Hari ni juga route larian saya asal boleh dan agak eksplorasi. Saya keluar lari pukul 6 lebih dan balik rumah pukul 9 lebih. Ini route larian hari ini.

Screen Shot 2016-08-14 at 12.37.58 AM

Bila tengok route larian ni, ada rasa macam esok nak sambungkan bahagian hujung tu dengan bahagian hujung ekor tu. Alah, cam ni. Refer yang dah edit. Refer line hijau yang saya tambah yang penuh dan dot dot.

dot

Tapi yang bahagian dot dot tu hutan takleh nak jalan pulak. Jap saya tgk google map untuk kepastian. Macam tak boleh tembus.

dot2

Zoom sikit.

Screen Shot 2016-08-14 at 12.50.05 AM

Ini yang takde lain tapi X point itu adalah point yang nak kena sambung.

Screen Shot 2016-08-14 at 12.53.51 AM

Ini yang lebih clear. Agak macam takde jalan je nak sambung sebab different perumahan. Of course yang belah Kinrara Residence ni ada pagar.

Screen Shot 2016-08-14 at 12.55.22 AM

Takpe. Esok saya akan siasat. At least ada matlamat sikit nak lari 15 KM esok. BTW, lepas lari hari ni saya pergi swim 10 laps. Masa lap ke 8 tu tali jam suunto saya putus. Terbaiklah. Saya tengah fikir esok nak lari macam mana dengan jam ni. Isnin baru saya boleh pergi cari servis centre dia untuk tali baru.

Akhirnya putus. #lariansebuahkitab #suuntoambit2 #macammananakFMbalini

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Last sebelum tidur, updated jadwal.

Screen Shot 2016-08-14 at 1.06.35 AM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *