#30hariabiangcuba Day 18 – Hari Penyiasatan

14 Aug 2016

Matlamat saya hari ini adalah untuk menyiasat sama ada boleh tak buat crossing daripada kawasan rumah saya (Kinrara Residence) ke kawasan rumah sebelah (Persiaran Puncak Jalil). Kalau boleh buat crossing, so saya boleh balik rumah dengan lebih awal dan lebih cepat tapi distance lari lebih pendeklah. Tapi kalau tak boleh buat crossing, nampaknya saya nak balik rumah lagi jauh dan lagi lega.

Untuk recaps, ini adalah dua point dimana saya nak tengok sama ada boleh tembus atau tidak. X yang atas tu adalah kawasan Kinrara Residence, manakala X yang bawah adalah kawasan Persiaran Puncak Jalil.

Screen Shot 2016-08-14 at 12.55.22 AM

Maka saya pun memulakan penyiasatan pelarian.

***

Mula-mula lari ke belakang untuk ke point X yang pertama atas tu.

IMG_1108

Banyak rumah belakang ni cantik-cantik.

IMG_1109

So teruskan larian naik bukit.

IMG_1110

Sampai hujung tu jalan mati. Mentang-mentang jalan mati korang biar bersepah macam ni.

IMG_1112

So mara kedepan sikit tengok-tengok semak samun.

IMG_1114

Ini lebih depan sikit. Nampaknya kalau redah semak samun ni pun tak boleh nak crossing sebab ada rumah orang.

IMG_1115

So saya pun patah balik. Sambil turun bukit baru saya nampak. Selama saya lari ni hari ni baru saya terperasan rupanya boleh nampak KLCC dari sini.

IMG_1118

Ni saya zoom sikit. Nampak tak jagung 2 tu?

IMG_1119

Ok saya teruskan larian. Agak jauh juga, keluar dari Kinrara Residence dan akhirnya sampai jalan belakang ke Puncak Jalil. Ni sebelah flat Sri Enggang.

IMG_1121

Sampai kat stesen petron. Masa ni saya fikir kalau hari dah malam dan kalau tempat X kedua tu gelap memang saja-la. Nak repeat penyiasatan agak penat juga.

IMG_1124

So saya teruskan saja dengan redha. Lajak lagi sampai stesen Petronas.

IMG_1126

Lajak lagi saya ingat dulu last saya lari sampai sini je then patah balik. So hari ni sebabkan penyiasatan saya lari dah lebih dari spot yang saya pernah sampai.

IMG_1127

Ada tasik rupanya dekat traffic light simpang 3 kedai-kedai.

IMG_1128

Naik bukit lagi. #lega.

IMG_1129

Mata dah kabur. Rasa nak pingsan.

IMG_1130

Dah sampai kawasan X kedua.

IMG_1131

Ada pagar. Langsung tak boleh tembus.

IMG_1135

So kesimpulannya, sama ada belah sana atau belah sini, dua-dua tak boleh tembus. Ini saya letak balik picture 2 X tadi.

x2

Anyway, ini data untuk hari ini.

Screen Shot 2016-08-16 at 10.03.12 PM

Ini map dia.

Screen Shot 2016-08-16 at 10.03.19 PM

Ini updated jadwal. 2 hari hampir 25K. GILA LETIH!!!

Screen Shot 2016-08-16 at 10.05.11 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *