16 Aug 2016
Sedar tak sedar hari ini dah hari ke 20 untuk #30hariabiangcuba. Maksudnya ada 10 hari lagi nak race FM. Kejap betul masa berlalu. Dan saya semakin seram.
So hari ini sepatutnya saya lari 5K tapi saya lajak sikit tambah 1 K lagi. Lepas tu saya pergi berenang. Lepas berenang saya lari speed balik rumah. Ada la dalam 0.6 KM. Sampai kat rumah saya rasa cam kaki nak cramp. So saya tunggu. Tapi tak cramp-cramp jugak. End up saya masuk rumah, mandi dan bersiap untuk makan malam.
Ini adalah aktiviti hari ini.
Ini pula updated jadual.
Lately saya tengah fikir macam mana nak tingkatkan phase anaerobic saya. Kalau phase ini lama dan panjang, so saya boleh speeding dalam kadar yang lebih laju. Saya nak cuba kalau boleh duduk dalam level anaerobi sampai 5 ke 6 minit. Maksudnya, paling tidak saya boleh lari 1 KM dalam phase ini.
Kebaikan dia adalah, bila race, so lagi satu kilometer terakhir tu saya dah boleh speed. So bukan lagi tunggu lagi 300 meter nak finishing baru nak speed. Setakat training saya untuk hari ini, tak sampai 300 – 400 meter dah penat.
Ini pula adalah pace distribution untuk lari masa balik lepas swim. Saya lari 0.6 KM lepas tu tak larat dah.
Untuk bacaan lebih lanjut tentang Anaerobic, boleh baca sini.