#30hariabiangcuba Day 3

Semalamnya Jumaat adalah Rest Day atau RD. Hari ini adalah hari ketiga kalau ikut training plan. Saya berada di Port Dickson. Cuti hujung minggu, selain daripada bawa anak isteri saya juga bawa adik beradik dan mak pak untuk celebrate birthday pertama EL Lukh. Mak mertua saya tade sebab dia tak dapat datang adik ipar sibuk fokus on exam PT3 yang semakin menjelang.

Screen Shot 2016-07-31 at 11.47.51 PM
Google Map

So kami sampai Grand Lexis agak petang. Check in pukul 4 dan saya sampai pukul 5. Ikut highway Lekas, kereta tak berapa banyak pun. Seorang adik saya yang drive seorang ikut highway KL – Seremban – Johor, mengalami kesesakan lalulintas dan sampai malam. Tapi dia bertolak pun waktu dah senja. Sapa suruh lambat dan sapa suruh tak call.

IMG_0747
3 generasi

Sesampainya dan check in lepas naik buggy ramai-ramai, kami main air dulu. Swimming pool dalam bilik memang menyeronokkan. Pertama privacy. Kalau saya berdua dengan isteri memang saya mandi bogel. Tapi sebab ada adik beradik dan ipar duai, agak bukan budaya #muslimtojannah. Kedua pulak accessibility. Kira macam kalau nak mandi tu anytime la boleh terjun tiruk. Sangat sesuai untuk anda yang suka berendam atau yang sukakan hal aquatik.

IMG_0748
Suasana bilik
IMG_0749
Aki ngan wan tak sabar nak terjun kolam dengan cucu
IMG_0761
Air agak sejuk end up EL main air kejap je lepas tu terus menggeletar.

Swimming pool dia 4 kaki dalam. Panjang tu saya tak berapa nak ukur. Tapi baru berenang sikit dah cium tangga. Air dia sejuk gila. Adalah lebih baik kalau satu hari nanti anda ada nak buat swimming pool dekat rumah make sure ada toggle untuk control treshold suhu macam kereta-kereta zaman sekarang ni, ada sejuk panas. Sebelah swimming pool ada kerusi meja tempat lepak dan tempat nak lepak minum kopi.

Saya amik bilik bawah, bilik no 2129 dan 2128. Bilik dia besar juga, ada 2 katil king side by side. TV kecik. Ada sofa tempat lepak. Ada basikal senaman. Almari baju dalam bilik air dan dapur in case nak memasak. Kira oklah untuk rehat bersama keluarga. Semua bilik ini terapung atas air laut. Namun kawasan sini yang tidak ada adalah pantai. Saya amik 2 bilik, sebelah menyebelah dengan mak + abah, Yana adik perempuan saya dan Iwan adik lelaki bujang saya yang ntah bila nak menikah.

Ini gambar yang lebih detail dari website depa.
Screen Shot 2016-07-31 at 11.37.10 PM
Screen Shot 2016-07-31 at 11.37.37 PM Screen Shot 2016-07-31 at 11.37.19 PM Screen Shot 2016-07-31 at 11.25.38 PM
Layout bilik

Selesai mandi tu saya amik keputusan untuk keluar jogging. Saya memang dah plan dah so memang bawak kasut dan baju semua siap-siap. Masa nak amik kasut tu adik lelaki saya yang dah kawin Mat Oppajeli tanya saya nak pergi mana dengan kasut. Saya cakap nak jogging la. Tetiba dia kata cam apsal tak cakap kalau tak boleh ikut. Saya macam…errr ada can ni tak lama lagi ikut saya pi running race. Saya kata takpelah next time.

Memula saya jogging dan tawaf kawasan resort. Jalan dia agak kecik dan kena elak mengelak dengan guest lain. Dan juga kadang-kadang kena berenti sebab buggy lalu. Di sini, buggy digunakan untuk hantar dan ambil guest.

IMG_0768
IMG_0771

Ada satu spot dimana boleh berehat dan memandang ke laut merenung nasib dan mengimbau nostalgia atau bertafakur sendirian. Agak tenang juga setenang air di garis horizon antara langit dan laot.

Processed with VSCO with f2 preset
Saya teruskan larian dalam kawasan resort hingga membawa ke luar. Asalnya saya plan nak lari tepi pantai tapi haram sebutir pasir pun saya tak nampak. So saya main terjah keluar dari kawasan resort dan belok ke kiri. Lari punya lari rupanya saya sampai ke kawasan perumahan teres. Dan sebabkan waktu dah senja, ramai penghuni rumah yang rata-rata beragama hindu bersolat membunyikan loceng.

IMG_0772

Saya teruskan lari sampai saya terpaksa berhenti dan ambil keputusan untuk pusing sebab ada anjing menunggu tengah jalan. Tidak mahu berkonflik bersama binatang, saya undur dan balik, meneruskan semua larian hingga saya sampai semula ke kawasan resort.

Ini result larian training saya hari ketiga. Walaupun cuti, saya gagahkan juga untuk lari. Tapi tak jauh la. 2.2 KM je.

Screen Shot 2016-07-31 at 11.10.57 PM

Estimate time for FM, improve dari semalam tapi tak leh nak amik kira sangat sebab distance lebih pendek.

Screen Shot 2016-07-31 at 11.14.19 PM

Updated jadwal.

Screen Shot 2016-07-31 at 11.17.26 PM

Sesampainya di bilik, adik beradik saya sedang berehat bergelak ketawa apa yang kelakar ntah, saya kemudiannya masuk mandi dan bersiap untuk parti harijadi anak saya yang pertama.

Nanti saya update lagi.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *