Biasa kalau kita puasa (kalau puasa la), 30 hari, esok mesti macam gembirakan? Sebab raya. Feeling yang sama saya rasa bila dah 30 hari training (walaupun pun ada hari ponteng, alah… cam puasa la). So bila last day puasa tu biasanya masa berbuka tu kena grand la sikit. Kalau biasa berbuka makan murtabak dengan air sejuk, hari last kena la makan daging bakar cicah air asam campur air tembikai. Power sikit. So samalah juga dengan training plan saya ni.
Hari terakhir, saya berkesempatan untuk lari sejauh 5 KM di Seminyak Bali. Berbanding dengan hari lain yang asyik training dekat rumah, bila dapat training kat BALI rasa mengada dia agak tinggi jugak. Ini data dia.
Ini pula map larian. Basically macam pusing satu loop tapi bukan loop satu Seminyak. Seminyak lagi besar kut. Tapi saya tak tau apsal start dengan end tu macam tak cukup sambungan dia. Walhal saya lari mula dari hotel dan berhenti depan hotel.
Since saya lari waktu pagi, orang tak berapa nak ramai. Saya ingat orang kat Bali ni mula kerja lewat kut dalam pukul 10 pagi mungkin. So jalan tenang semuanya rilek. Ini gegambar yang saya tak upload dalam IG. Suasana Seminyak di pagi hari. Dimulakan dengan #sirijalanlurus.
Makcik buat kerja di pagi hari. Semoga Gusti Alloh beri makcik umur yang panjang dan rejeki yang banyak. AMIN.
Begitu juga dengan akak jual nasi lemak dan kuih apa ntah.
Antara bangunan yang saya rasa cam lawa. Eh tak. Ini logo dia lawa.
Yang ni ya lawa.
#sirijalanlurus lagi.
Tengah lari tu ada sekumpulan volunteer kutip sampah. Agak ramai jugak. Patutla bandar macam bersih. Hari-hari citizen kutip sampah. POWER.
Saya ada jumpa juga a few yang turut jogging. Maybe dalam 4 – 5 orang. Semuanya foreigner, tiada yang Bali asli.
Bandar kosong. Feel Will Smith I am legend.
Ini canang nama dia tak pun cenang. Lupa dah. Tapi depa punya alat solat pagi hari.
Singgah kedai buku sat kat Seminyak Square. Bajet nanti nak beli buku apa untuk isteri dan anak saya esok. PeriPlus memang my favourite kalau di Indonedia selain Gramedia. PeriPlus buku dia internasional sikit berbanding Gramedia yang banyak buku lokal.
Singgah kedai Nike sat tengok kasut ngan baju tapi takde yang baru.
So selain gegambar atas, masa saya lari tu cam ada pengajaran spiritual jugak. Rupanya selain daripada tempat special, dia punya #deep pun agak special jugak. Ini gegambar hasil larian hari itu. Tema cerpenins (Cerita Pendek Instagram) saya adalah “Satu dalam banyak, banyak dalam satu”.
A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on
12. Ada yang udah naik motor. Tapi ia tidur. #30hariabiangcuba #42yangsatukitab #lariansebuahkitab
A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on
A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on
Lepas lari tu saya mandi kolam sat saja nak tengok level stamina camna tapi nampak gayanya agak LCW vs CHENG LONG. Baraiiiiiii………..
A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on
Ini gegambar sekitar kolam di Hotel. Nice. Tapi air sejuk bakhang.