Jika anda juga seorang runner, anda pasti akan mengalami saat dimana anda malas gila nak mampos rasa nak baring je tapi kena keluar lari jugak sebab tak cukup milage. Ya, ini berlaku pada saya pada hari keempat training saya.
Sebelum bertolak balik dari PD
Sejujurnya ada banyak faktor. Hari ni saya drive balik dari PD ke KL. Oleh kerana konvoi dengan adik beradik, tak boleh nak drive laju sangat. Lagi pun, abah ngan mak naik sekali dengan saya. So bila meter tu pergi 160 – 170 abah mula berpolitik dengan berkata begini, “tepi highway ni ada camera ni haaaa tu camera punya tiang warna putih tu” maka seraya saya memperlahankan kenderaan semula.
Bukan apa. Kalau drive perlahan waktu tengah hari, saya mula nak tidur.
Sampai KL kami makan di Bangi dulu ada kedai Asam Pedas di depan McD. Dulu saya memang suka makan sini sebab gulai asam tempoyak dia memang power. Asam Pedas dia tak berapa nak power sangat. Namun lately gaya mutu keunggulan dia agak menurun. Tak pasti kenapa tapi kalau nak layan tu bolehlah.
Gulai asam tempoyak, biasa kalau made by Temerloh warna kuah oren sikit. Kuala Lipis punya kuning.
Tengah makan hujan lebat gila. Kami kena tunggu dalam setengah jam lagi dan baru memulakan pergerakan untuk balik rumah. Silap saya pergi beratur lama gila dekat exit nak masuk ke Equine Park dari highway Puchong tu patut saya terus je masuk tol puchong. Lama gila sebab banyak kereta dan banyak pula manusia yang potong que. Tak berhati perut langsung.
Dalam pukul 4 lebih sampai rumah dah abah dan mak bersiap-siap untuk balik Raub. Katanya hari selasa ada open house kawan-kawan pencen nak datang rumah sebelum start buat road trip ke Kuala Lipis dan kemudiannya ke Pekan melawat geng-geng pencen.
So, hari ni saya kena keluar lari at least 5 KM, punyala rasa malas, saya amik keputusan untuk tidrun dulu. Nak melelapkan mata kejap sambil mengumpul tenaga. Memang letih dan rasa tak bermaya. Malangnya bila saya buka mata semula hari dah gelap, dan saya memang lega.
Dari rumah ke Giant. One fine day
Nak tanak paksa juga kaki ni keluar untuk berlari dan dalam keadaan paling malas dalam dunia dan akhirat, saya berjaya juga habiskan 5 KM. Boring lari area rumah ni so hari ni saya lari keluar. Saya nak tengok satu hari nanti saya berjaya tak saya lari sampai ke Giant depan rumah ni. Distance tak berapa nak jauh sangat tapi nak lari ke Giant untuk training hmmmmm tiba rasa cam jauh gila.
Ini catatan hari ke 4.
Ini estimation for FM. Agak meningkat dari hari ke hari. Rasa nak senyum.
Updated jadwal. Esok Rest Day. Yahoo!