#30hariabiangcuba Day 6 – Berapa maksimum kasut lari boleh pergi

2 Aug 2016.

Malam ini adalah malam terakhir saya lari dengan kasut saya yang satu ini : Nike, Pegasus 31. Kasut ini saya beli pada Januari 2015 melalui discount coupon #werunkl 2015 dan sehingga ke hari ini, umur kasut ini telah mencecah 18 bulan. Jarak yang kasut ini telah pergi, secara tepat adalah 572 KM.

Ini gambar malam tadi selepas lari.

Melalui rekod Strava, rupanya saya telah pakai kasut ini untuk 4 race sahaja (selebihnya training), dan salah satu daripada race yang saya masuk saya dapat buat PB. Ini adalah list race yang saya masuk dengan Pegasus 31. 

– 21K #werunkl 2016
– 15K Natura Run for Hope, Putrajaya 2016, PB for 15K
– 5K Merdeka Fun Run, Cyberjaya 2015
– 10K Kuantan Half Marathon 2015

Maksudnya secara kesimpulan, Nike Pegasus 31 telah teruji untuk short distance hingga ke long distance cuma belum teruji untuk 42K sahaja lagi oleh saya. Dan juga terbukti, boleh membantu kearah buat PB.

Personally, saya sebenarnya tak banyak pakai kasut brand lain. Kasut lari saya cuma NIKE dan untuk trail adalah Salomon. Untuk NIKE saya mula dengan Nike apantah beli dekat al ekhsan, Flyknit 3.0, Lunarglide 6, Pegasus 31, dan terbaru Lunartempo 2. Antara kesemua kasut NIKE ini, bila dah lama-lama pakai, saya rasa gembira dengan Pegasus dan Lunartempo. Paling fail dengan kaki saya adalah Lunarglide 6 sebab bila saya pakai untuk race, mesti confirm kaki cramp. Fail kedua pula adalah Flyknit 3.0, tak boleh bawak untuk long distance langsung dan permukaan atas kaki yang bawah tali kasut mesti sakit.

End up saya jarang pakai Lunarglide 6 dan Flyknit untuk pergi jalan-jalan kalau saya pakai short pant.

Akan datang saya target nak angkat itu Pegasus 33. Tapi untuk bagi tak mudah sangat, saya sematkan dalam hati mesti habis training plan #30hariabiangcuba. Kalau berjaya, saya akan cuba pakai Pegasus 33 untuk race 42K di Bali kelak.

Anyway, saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Pegasus 31 kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup saya untuk dikenang. Secara umumnya sebuah kasut lari boleh dipakai secara maksimum sejauh 300 – 500 batu atau dalam km, 500  – 800 KM. Untuk Pegasus 31 ini, saya telah lari dengannya sejauh 572 KM dan oleh kerana first time dalam sejarah hidup larian saya kaki saya melecet bila lari masa di PD hari itu, saya kira tibalah masa untuk Pegasus 31 berhenti berkhidmat untuk saya.

Bila kasut sudah gigit tuan dia, mungkin tiba masanya untuk kasut itu berehat. Ini adalah gambar pertama kali saya memakai kasut ini tahun lepas, dan gambar akhir itu adalah gambar profile kasut ini yang masih bau kedai. Jangan terpedaya dengan timing instagram sebab gambar bawah tu lambat post.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

BTW, berikut adalah catatan masa untuk larian malam tadi.  Route larian agak sperm pulak.

Screen Shot 2016-08-03 at 10.24.13 PM

Ini adalah estimation time untuk FM kelak berdasarkan latihan ini :
Screen Shot 2016-08-03 at 10.25.12 PM

Ini adalah updated jadwal.

Screen Shot 2016-08-03 at 9.41.30 PM

***

Screen Shot 2016-08-03 at 10.55.37 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *