#30hariabiangcuba Day 8 – Ekor, semakin panjiang

Saya baru tersedar rupanya. Yang, 30 hari ini adalah 30 days challenge. Hmmm… But anyway, ini update untuk hari ke… 8.

4 Aug 2016

Hari ni saya pilih untuk lari jauh sikit. Kalau ikut jadual, patutnya saya lari 7 KM je. Tapi bila teringat pesan En. Remin pelari muda dari Sungai Petani, dia kata kena biasakan latih diri kalau berlatih tu biaq lebih sikit distance lari. Sebabnya, nanti bila FM esok, mental kita tak lah mental sangat bila dah terbiasa lari lebih. So saya lari 10 KM.

Screen Shot 2016-08-06 at 2.28.19 AM

Saya dapati, memang prestasi saya sangat merosot. 10 KM hanya mampu habiskan dalam masa 1 jam 18 minit. Banyak berjalan jugak dari berlari. Ada satu part tu ada En. Cina berenti kereta dan tanya saya kat mana Balai Polis Serdang. So agak panjang explaination saya dan itu mungkin makan 2 – 3 minit.

Lepas tu saya perasan pulak bila tengok balik map strava, route larian saya yang berbentuk sperma itu dah makin panjang ekor dia. Saya listkan screenshot dari awal.

Screen Shot 2016-08-06 at 2.33.47 AM
Screen Shot 2016-08-06 at 2.32.46 AM
Screen Shot 2016-08-06 at 2.31.48 AM
Screen Shot 2016-08-06 at 2.31.07 AM

Saya rasa lepas ni saya nak cuba panjangkan lagi ekor sperma ni tapi makin panjang ekor dia, makin jauh pulak distance saya lari. Hmmm….

Anyway, malam ni saya berjaya lari sampai ke GIANT dekat rumah saya ni cumanya tak singgah sanalah. Maybe next time.

OK, ini adalah prediction FM. Masih bawah 6 jam.

Screen Shot 2016-08-06 at 2.36.11 AM

Ini pula updated 30 days challenge dalam bentuk google doc. Esok jumaat, Rest Day.

Screen Shot 2016-08-06 at 2.37.11 AM

Basically kalau ikut hari, saya dah berjaya habiskan 1st week punya training tanpa gagal. Ini adalah anjakan paradigma buat diri saya sendiri yang selalunya gagal untuk habiskan training plan. Nampak macam kali ni dah berubah.

Tapi mungkin untuk hari sabtu ni saya kena tweak sikit sebab hari ahad saya masuk race scklm. Maybe sabtu saya tak lari, instead, saya pergi berenang. Maintain fitness cuma kurang guna kaki. Dan hari Ahad, kena lari 21 K. Itu boleh cover balik milage untuk hari sabtu dan hari Ahad.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *