#30hariabiangcuba – Summary & Final

#30hariabiangcuba sudah pun berakhir sebaik sahaja menjelang Bali Marathon. Makanya, ini adalah summary training 30 hari saya untuk FM pertama saya.

Screen Shot 2016-09-03 at 6.37.39 PM

Ini pula detail data yang saya screenshot dari google spreadsheet saya yang lebih detail, untuk kiraan.

Screen Shot 2016-09-03 at 6.40.00 PM

OK. Ini summary data yang saya buat untuk analisis.

1. Jumlah Jarak
Kalau ikut plan asal adalah untuk lari sejauh 168 KM (4 kali 42K / FM ). Namun, setelah 30 hari training, saya dapati yang saya cuma mampu berlari sejauh 106.1 KM sahaja. Ada balance lagi 61.9 KM tak lari, dimana ini adalah kerana saya telah ponteng training selama 7 hari. Agak seminggu jugak bersenang – lenang nampaknya.

Makanya untuk habis 4 kali FM (168 KM) semasa latihan tidak berjaya, tapi cuma berjaya menghabiskan lebih kurang 2 kali FM dan satu kali HM sahaja (105 KM).

So basically saya lari cuma 63% daripada training plan.

2. Average Pace
Average Pace untuk semua adalah 7:18 dengan jumlah masa 13:04:17. 13 jam je training?

3. Lokasi Training
Basically majoriti tempat larian saya adalah di sekitar rumah saya. Satu kejayaan yang saya rasa agak menggembirakan saya adalah biasanya saya lari dalam perumahan saya (radius 3 – 5 KM) tapi dengan training plan ini saya lari jauh keluar dari kawasan perumahan saya. Ini route 5K saya yang biasa,
Screen Shot 2016-09-03 at 7.04.09 PM
Manakala ini route paling jauh dalam training plan ini untuk kawasan rumah saya. Itu pun motivation dia sebab nak pergi menyiasat ( Baca sini dan sini ).
Screen Shot 2016-09-03 at 7.03.43 PM

Selain dari siri siasatan, ada juga siri ekor semakin panjiang dimana saya lari semakin hari semakin jauh untuk jalan yang sama. Yang ini saya rasa cam seronok juga sebab hari ni lari sampai sini. Esok lajak lagi. Esoknya lagi lajak lagi. Rasa macam semakin hari semakin jauh kita, pergi. Ouh should i happy or what for that feeling?

output_qhaay5

Selain dari lari sekitar rumah, saya juga berkesempatan untuk lari di Port Dickson dan di Seminyak Bali pada hari terakhir #30hariabiangcuba. Last day, kena la stylo sikit walaupun training… ye dak? Uja sikit diri tu….

4. Jumlah Race
Semasa training plan ini juga saya telah masuk 2 race iaitu 21K SCKLM dimana saya buat PB, dan satu lagi race 10K myBuddies Run tidak PB cuma SUB1.

Maksudnya, sebelum race FM, saya masuk race HM dan 10K.

5. Faktor kegagalan completion Training Plan
Sebenarnya pada saya bukan gagal complete training plan ini. Dengan kadar 63% completion saya rasa ok la. Acceptable. Tak la barai sangat. Lebih separuh tu. Separuh 50%. Tambah 13% lagi, 63%. Dulu kalau kat sekolah, kalau buat Add Math dapat 63% kira dah hampir genius dah tu. Tapi kalau Agama Islam 63% nampak macam nak jad atheis bila besar nanti.

But anyway, saya rasa ada a few faktor tak boleh nak score at least 80%. Antaranya adalah :

a. Ada termasuk 2 race. So bila dah masuk race, mulanya macam nak anggap race ni Long Run (21K) dan Progressive Run (10K) tapi masalahnya bila dah namanya race, terpulun-lah pulak. Bila dah pulun, terpaksa amik beberapa hari lebih untuk recovery esp. selepas race 10K. Memang saya letih gila dan malas betul nak sambung training.

b. Selain race, satu lagi faktor utama adalah design training plan saya ini ada sedikit salah. Saya tak ambil kira last week sebelum FM tu untuk minggu Taper. Taper ini adalah minggu di mana kena kurangkan distance larian secara berperingkat. Means, lagi dekat nak race, bukan lagi pulun lari, tapi lari semakin sikit. Cuma bezanya, instead of kurangkan KM larian by day, saya kurangkan terus secara banyak dengan ponteng terus 3 hari lepas race 10K.

c. And then sehari sebelum saya travel ke Bali tu saya sibuk gila dengan hal ofis. Maklumlah, nak tinggalkan banyak kerja. So banyak jumpa orang, banyak pula meetingnya. Itu yang tak dapat nak lari. Travelling day ke Bali dah memang saya tak lari sebab plan asal nak lari pagi. Tapinya malam sebelum tu seingat saya saya tidur lambat sebab packing. Bila bangun pagi kelam kabut nak pi Airport dah kul 9:30 am sebab nak antar isteri dan anak saya dulu flight balik Kedah. Sampai Bali pulak dah macam senja. So sampai hotel saya terus saja lepak.

6. Apa yang boleh improve untuk next Training Plan?

Pertama saya rasa kena design yang ada Taper Week. Menjelang race, patut dah kena kurangkan distance. Kurangkan frequency tu saya tak sure. Tapi nanti saya akan kaji mana yang betul.

Kedua pulak, saya rasa nak masukkan race sebagai salah satu training dalam plan agak macam tak berapa nak tepat. Sebab training berbeza dengan race. Training kita tak push 100% tapi race kita push 200%. Yang ni saya kaji jugak nanti sebenarnya ok ke tidak untuk ada race dalam training plan. Kalau untuk runner yang training dia memang push saya rasa OK lah. Tapi kalau runner sengal dan malas macam saya ni agak kureng sesuai. Apapun, untuk hal race dalam training plan ini kita KIV dulu.

Ketiga, gayanya adalah  2 minggu pertama agak cemerlang training ikut plan. Tapi 2 minggu terakhir barai warna merah. So kalau next training plan yang lebih panjang, kena masukkan hal ini dalam expectation. Namun ini saya rasa personal. Orang lain mungkin tak.

7. Reward Training Plan
Kalau ikut plan asal juga, kalau saya dapat habiskan training plan at least 80%, saya akan hadiahkan diri saya Nike Pegasus 33. Tapi tak sempat training plan habis lagi saya dah terbeli awal dan guna Pegasus 33 ni dalam kedua race. Nampaknya saya sangat cekap dalam membuat perhitungan dengan membeli awal-awal lagi sebab rupanya deep down in my heart, subconsciously saya dah tau yang saya takkan dapat habiskan training plan ini walaupun 80%.

Terima kasih kepada saya yang dulu tu kerana membuat keputusan yang tepat. Kalau tak, tak merasa kasut baru. Namun, adakah saya rasa bersalah kerana menipu diri sendiri sebab walaupun tak berjaya achieve completion training plan masih beli juga??

Processed with VSCO with f2 preset
Ya. Saya rasa bersalah. Namun saya tidak menyesal. Sebab dengan Pegasus 33 tu saya buat PB untuk HM. So walaupun bersalah tapi saya rasa gembira dan puas hati menipu diri sendiri. Padan muka kau kena tipu HA HA HA. AKU PUAS.

KESIMPULAN

Adakah 30 hari training untuk FM berjaya? Yang itu tunggu lepas Race Report Bali Marathon 2016 serta ulasan yang berkaitan.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *