31.4



Minggu ini banyak yang saya belajar. Memilih dan berkeputusan untuk lari back to back dalam masa seminggu, adalah sesuatu yang tidak pernah saya terfikir sebelum ini. Ya, sel sel otak saya memang berhubung, tapi selalunya berhubung dengan bantal.

Lalu, 2x10k bulan ini membawa saya kepada total larian bulan may (dicampur dengan beberapa kali training) 31.4 km. Jika total ini dibandingkan dengan 4 bulan sebelum ini, ia adalah jumlah jarak yang paling sayur.

Tetapi walau sayur sekalipun, bila seseorang dapat melihat hikmah terpadan dengan sayur itu, sayur, memberi khasiat semulajadi kepada diri seseorang itu. Sayur, memberi manfaat yang berguna bukan setakat pada diri zahir kita, tetapi juga kepada diri batin kita.

Saya tergerak hati untuk merujuk quran malam ini, sebelum saya balik bertolak ke KL dari Kuantan. Surprisingly, didalam apa jua keadaan yang menimpa kita, suka, duka, senang, susah, hidup mesti diteruskan.

Ibarat berlari, letih, penat, tiba tiba sakit lutut dan akibatnya terhencut-hencut, larian, mesti dihabiskan. Apa jua yang kita alami, takkan dapat mematahkan semangat kita sebagai seorang pelari. Kata kunci di sini, buat yang terbaik. Dan segala kejayaan yang kita dapat, haruslah pula dikongsi kepada orang yang kita sayang, walaupun sekeping medal.

Selebihnya, kita serahkan kepercayaan kita kepada tuhan untuk membuat perhitungan.

  
  



Kongsi di :