Race : Larian Alam Sekitar Padang Merbok 2013 yang sepi

*Tulisan dipetik dari blog lama dan dipindahkan kesini. Tulisan ditulis pada 15.06.2013

Beberapa bulan lepas saya masuk larian kidney untuk bini saya. Kali ini, saya masuk larian alam sekitar sempena terima kasih saya kepada alam yang banyak mengajar bahasa rahsia.

Silap saya sebab bangun lambat sikit lepas ayam bangun. Saya tak salahkan bini saya sebab dia memang bangun awal. Dah siap dressing pelari bagai, bini saya sabar menunggu di meja dengan penuh harapan. Betul punya tinggi maqam sabar bini saya.

Maka bermulalah rempit CRV ke Padang Merbok dengan rakus sekali. Nasib baik bini saya dah reccee jalan masa amik baju. Nak harap saya? Biasa saya harapkan En.Hassan atau En.Mat O Pajeli… keh keh keh

Dan sampai satu corner maut, saya baringkan CRV cermat cium lantai jalan, hasilnya bunyi tup tup laju ketuk pintu. 3 kali saya berenti tepi jalan tengok apa hal ni bunyi bising bising? Masa tu dah 7:22 dah… dan tak silap saya, larian start 7:30 pagi. Saya baru sampai kat Muzium…

Last sekali baru saya perasan. Tayar kereta saya dicucuk besi. Oke. Patutla bunyi tup tup. Bila tayar berotasi, besi ni kena sisi CRV. Bunyi dia memang bestlah. Takpe, balik boleh tampal. Baru RM5.

Screen Shot 2013-06-15 at 4.18.55 PM

So saya tiba agak lewat di tempat kejadian. Saya tengok ramai lagi melayu yang baru terkial-kial sampai. Saya rasa selamat dan boleh jadi larian mula 7:45. Masa tu dah 7:40 gitu.

So saya lepak depan belon permulaan tunggu bila nak start. Ada jugak beberapa mamat dan gadis tunggu sekali mula nak lari tapi last sekali kamu tau apa jadi?

Hati saya mula kecewa bila saya nampak 2 – 3 orang mamat lari siap peluh angkat tangan bangga habis lari lalu depan saya. Dem… rupanya larian dah lama start dah… dah nak habis porn. Makin saya kecewa bila makin ramai yang berlari senyum riang, hilai ketawa senang-senang… Pundek la lu orang, lari tak tunggu gua.

Maka, saya punya hangin, saya cakap kat bini saya, kita dah sampai, kita tak peduli, kita nak lari jugak. Larian ini sangat bermakna buat kita. Sangat oke… Dah training bagai, siap dah google muka usain bolt iklan celcom tu. Maka saya dan bini saya mulakan larian solo. Kami mula berlari tanpa peduli…

Dan lari.. dan lari… dan…

Sepi.

Sepi…sepi…dan sendiri aku benci
(lihat sini puisi bosan rangga dari ada apa dengan cinta)

1e0b8dbad55711e2be5722000a1fac35_7

dc261018d55711e2969322000a1fc655_7

f4bbd590d55711e29aee22000a9f38e6_7
Kalau kamu tgk pic ni mesti kamu ingat saya no 1 kan, sebab depan saya tade orang.

2e158d54d55811e29b4022000a9f3c65_7

4a6ad57cd55811e2b12422000a1f901a_7

75495656d55811e2bdcf22000a1fbe62_7

…….

Saya habiskan juga larian saya yang gaya jalan tu. Saya tiba tanpa sorakan riang ria di garisan penamat. Saya tiba siap ada escort mamat quarter master jaga security. Saya siap tanya mamat tu kat belakang ada lagi tak? mamat tu senyum, abang yang terakhir…. saya lega.

ba8c7ac8d55711e2858a22000a1f9711_7

Hari ini memang hari yang paling gembira buat saya. Saya list kan supaya bila saya baca entry ni lain zaman, saya akan ketawa.

1. Bini saya dah kejut awal, tapi saya kalah jugak dengan ayam.
2. Kereta saya pancit, tayar kena cucuk besi. Saya hantar kedai, kena tukar dua tayar siap alignment. Apsal la diroang tak masukkan dalam manifesto pilihanraya nak turunkan harga tayar CRV?
3. Ada 17K orang join larian ni hari ini, dan saya dapat no terakhir. Chara.

799cea5ad55911e2ae2122000ae90612_7
Cabutan bertuah tapi no saya tak naik. Saya menang ditakdirkan kategori lain nih…

23ce8764d55911e293e222000a1fc7f0_7
Saya bertuah menjadi yang terakhir

Maafkan saya kalau larian ini mengecewakan. Tapi sebagai lelaki, saya tetap teruskan, walaupun saya menjadi yang terakhir. Memanglah takdir menjadi yang terakhir, tapi menjadi yang terakhir membuatkan saya terfikir…. hanya masa menentukan segalanya.

Apa yang saya belajar hari ini adalah, tuhan akan menguji kekuatan hati kita sama ada untuk meneruskan atau tidak. Biarkan apa orang kata dan pergi mampus semua, saya takkan berhenti berlari mengejar ke garisan penamat. Saya tau sebab niat saya berlari ini sedikit dalam untuk yang faham, maka kerana itu saya diuji bagai.

Saya balik dengan satu senyuman dalam hati walaupun jelas kekecewaan terpancar di raut wajah ini. Dualis… perasaan ini yang saya sangat benci kerana bila kamu nampak keadilan illahi, kamu hanya boleh berdiam diri.

Bertemu lagi di larian yang lain. Pesanan penaja, jangan lari jauh laju sangat. Nanti jatuh, luka parah. Lari-lari kecil ok, bagai Siti Hajar mencari air….

eb9d9300d56a11e29dc322000a1f9c8f_7
Damage RM1012.40. Makan dalam… pedih menusuk kalbu. Maafkan saya kalau kamu juga rasa begini

Screen Shot 2014-09-28 at 11.17.04 PM



Kongsi di :