5 cara nak set goal secara SMART

Mungkin saya bermasalah dalam mencapai matlamat larian saya itu pasal saya tewas untuk fulfill #siri999 tahun lepas. Mungkin juga saya ada masalah dalam memahami apa itu matlamat. Hari itu dalam kereta saya dengar radio ada discussion yang baik tentang mencapai matlamat. Saya tuliskan semula disini agar kita semua mencapai matlamat / goal kita dengan baik.

Mengikut kata cik dalam radio itu, ada cara SMART nak capai matlamat. SMART ini (dengan bijak) juga membawa maksud tersendiri iaitu :

S – Specific
Clear, nampak jelas. Tak kabur. – Setiap matlamat yang kita setkan mestilah kita nampak dengan jelas apa matlamat itu. Jangan hanya bermatlamatkan secara surface atau permukaan sahaja. Sebagai contoh, lebih baik bermatlamat “Ingin lari sejauh 500 KM dalam tahun 2016” daripada “Ingin lari lebih jauh”.

M – Measurable
Boleh dikira berapa. Exact number. – Setiap matlamat mestilah boleh dikira sama ada secara nilai atau secara kuantiti. Jika matlamat tidak dapat dikira, ada kemungkinan kita tidak berjaya mencapainya kerana kita tidak tahu bagaimana untuk menentukan sama ada matlamat itu telah berjaya dicapai atau belum. Sebagai contoh, lebih baik bermatlamat “Ingin habiskan 6 race setahun” lebih baik dari “Ingin masuk banyak race”

A – Attainable 
Goal tu boleh capai. Kalau tak boleh capai, akan demoralised. – Pastikan matlamat itu boleh dicapai sebab kalau matlamat itu tidak boleh dicapai, ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi depressed dan demoralised.

Hmmmm… yang ini saya kurang setuju sebab pada saya kalau goal itu boleh dicapai, ia bukan goal atau matlamat bagi saya. What is the point melakukan sesuatu yang mudah kerana kalau boleh capai, tak perlu ia dijadikan matlamat pun.

Saya lebih kepada, letakkan matlamat, usaha sebaik mungkin, dan result itu, biarkan tuhan tentukan sama ada kita boleh dapat atau tidak boleh dapat. Lagipun, kita bukan tuhan nak menentukan capai atau tidak. Ntah-ntah, goal yang mudah capai pun boleh jadi tak tercapai kalau hati tak ikhlas.

Lagipun, kita sendiri tahu apa yang kita mahu dan kenapa kita mahukan itu. Unless kalau kita ni Pakar Confuse, so tak dapatlah den nak menolong.

R – Relevance
Align dengan apa yang kita nak. – Pastikan matlamat itu ada kena mengena dengan kita. Relevance dengan kemahuan kita. Sebagai contoh dalam konteks larian, lebih baik “ingin mula lari di luar negara seperti Singapura” instead of “ingin melancong ke luar negara seperti Singapura”. Pergi travel untuk lari dengan pergi travel untuk bersuka ria nampak macam sama tapi sebenarnya lain.

Dalam konteks larian, apa jua goal kena ada kena mengena dengan larian, dan larian menjadi keutamaan. Bukannya larian menjadi sampingan.

T – Time Bound
Mesti ada dateline. Bila nak habis. – Sebab bila ada dateline, ada sense of urgency. Baru nak buat. Kalau tak set dateline, bila nak habisnya? Bila nak rasa “last minute”? 😀 Sebagai contoh, “saya akan fulfillkan larian saya sejauh 500 KM sebelum 1 januari 2017” lebih baik dari “saya akan fullfillkan larian saya sejauh 500 KM”

Lain-lain
1. Make sure goal yang dibuat tu memberi motivasi kepada kita untuk terus berjaya. Kita tak perlu tiru goal orang lain sebab lain orang lain matlmat hidupnya.
2. Tulis matlamat tu supaya nampak jelas dan kenapa ia penting. Sebagai contoh, tulis besar-besar dan tampal di dinding supaya mudah lihat dan lihat setiap hari.
3. Kena ada action plan macam mana nak deploy. Mesti ada plan bagaimana nak capai, unless kita sudah level Jedi boleh kita main gerak.
4. Stick to the goal. Yang ini paling penting. Dah letak matlamat tu jangan pulak jadi munafik. Kejap tukar  itu kejap  tukar ini. Kalau macam ini sampai bila pun tak akan berjaya. Kejap nak lari 500 KM kejap nak lari 300 KM kejap nak lari 7000 KM. Tuhan pun boleh tension tau kalau perangai macam ni. 😛

Tambahan Saya :
Biasanya sebelum meletakkan matlamat, saya duduk diam-diam dalam bilik seroang diri dan saya tanya hati saya. Apa yang aku mahu?

Langkah seterusnya
Untuk mendengar dari mulut Cik dalam radio itu boleh click dibawah ini :
http://www.bfm.my/fff-5-golden-rules-of-setting-smart-goals.html

Kongsi di :