7 challenge larian yang anda boleh buat menjelang tahun baru – 2016

240_F_97919966_drnjj2Cyi26Cvbp2LQRdYRl0cHGUK52n

Saya terfikir challenge-challenge yang seorang runner boleh buat sempena tahun baru 2016. So inilah antara list dia.

1. #2tahunlaritakberhenti
Challenge ini adalah anda lari pada tengah malam 31 Disember 2015 dan berhenti lari pada 1 Januari 2016. Sebagai contoh, anda mula lari pukul 11:30 malam 31 Dec 2015 dan berhenti pada 12:30 pagi 1 Januari 2016. So ibaratnya anda lari selama 2 tahun tak berhenti. Kalau IG tu jangan lupa buat #2tahunlaritakberhenti. Gila lama.

2. #20.16KM  – Lari sejauh 20.16 KM pada 1 Januari 2016
Kalau anda pernah lari Half Marathon mungkin ada baiknya anda start 1 Januari dengan berlari sejauh 20.16 KM sebagai tanda menyambut kedatangan 2016. Challenge ini tiap-tiap tahun anda boleh buat dengan menambah 0.01 KM setiap tahun. So achievable walaupun lagi 100 tahun. Tapi kalau anda gila anda boleh cuba lari 201.6 KM. Kategori ultra hilang akal.

3. Lari kerumah girlfriend / boyfriend anda dan buat surprise kiss tahun baru
Yang ni kalau ustadz sekolah saya baca memang sah saya kena penampar sebab anjurkan challenge yang berunsurkan lagha lagi elemen barat illuminati. Untuk itu, saya ubah sikit challenge ini. Anda lari juga ke rumah orang tersayang anda, sesampainya disana, anda ajak dia lari ke masjid dan buat qiamulail. Kalau tak kawin lagi, malam tu buat solat hajat dan mintak doa agar dipermudahkan segala urusan dan diberi opportunity untuk dapat duit banyak sebagai buat belanja kahwin. Haaa… kalau nak double up pahala, lari la berjemah. Ajak 2 – 3 couple. Tak menimbulkan fitnah. AL maklumlah… banyak orang suka pandang negatif. Ramai orang suka sibuk jaga tepi kain orang tapi kalau anda runner yang pakai seluar burung, orang jaga tepi seluar burung anda.

4. Sign Up Race Event 1 Januari 2016
Macam dah terlambat nak sign up sebab New Year is just around the corner. Tapi boleh cuba. Siapa tahu ada slot lagi? Paling tidak pun try cheapskate sekali jadi ghost runner pun ok buat meriah sekali sekala tadak sapa nak marah aih. Kalau kat area kita ni ada a few races yang berlangsung pada 1 Januari 2016 iaitu :

a. KL New Year Run 2016 – Malaysia
b. Mileage New Year Run 2016 – Singapore
c. Thailand, Indonesia, Philippines, Brunei takde.

5. Midnight Run 2015
Saya tak pasti kat Malaysia ada race midnight hujung tahun atau tidak, tapi kat luar negara ada. Instead of celebrate new year dengan konsert dan lagu, runners celebrate new year dengan race midnight. Mungkin lagi best larian ini ending atau finishing dia tepat-tepat dengan fireworks atau bunga api. Kalau tak ada race pun takpe, boleh lari sendiri. Saya suggest boleh try lari area Putrajaya sebab mesti ada banyak bunga api punya.

6. 16 orang running buddy lari 20 kedai mamak sepanjang malam
Yang ni challenge gila sikit. Kalau anda bersifat serigala jadian dalam badan, suka lari beramai dalam satu pack, so, make sure ada 16 runner, then start lari petang dari satu kedai mamak ke satu kedai mamak yang lain, hingga cukup 20 semuanya. Setiap kedai mamak tu singgah la kejap  pekena teh ais ke refill 100 plus ke… at least lepak sejam then sambung balik. Challenge sebegini menguji ketahanan mental anda sebab nak habiskan 20 kedai mamak kut dalam satu malam so planning kena gila-gila. Kalau cari jauh-jauh memang lega la. Ending dia pilih kedai mamak paling grand atau paling significance dengan running buddy anda. Mana tau, start petang 31 Dec 2015 ending subuh 1 Januari 2016. Ini dah kira 2 challenge unlock terus #2tahunlaritakberhenti.

Eh, why kedai mamak? Of course la… air murah. Kalau pilih cafe hipster / starbucks mahal tu. Ekonomi teruk tak reti jimat ke?

7. Langsung tak lari tapi fikirkan, kemana anda akan lari pada tahun 2016 ini
Haaaa ini challenge paling last sekali. Semua challenge yang saya tulis atas tadi tu semua memerlukan anda guna 2 kaki anda tapi challenge terakhir ini guna 2 jugak tapi guna otak dan hati. Instead of keluar lari, anda tak payah lari, duduk rumah diam-diam, pejam mata dan tilik dalam hati tu kalau boleh masuk ke daerah hati yang paling dalam. Tanya hati anda. Tahun 2016 ini, kemana anda akan lari? Kemana hati anda akan bawa anda pergi.

Selamat meng-unlock challenges! May 2016 bring another best running chapter in your life.

Kongsi di :