#90hariabiangcuba – Finally

gavan

Agak 2 minggu saya cuba nak mula campaign #90hariabiangcuba ini. Berbeza dengan training #30hariabiangcuba yang dulu, ini adalah training yang saya akan buat pada waktu pagi, which is SANGAT challenging buat saya yang tidur lambat dan bangun pukul 10 pagi tiap-tiap hari.

Oleh kerana saya dah terbiasa dengan rutin bangun lewat ini sejak umur zaman MMU lagi, so untuk ubah rutin ini secara drastik memang gila menduga. Berapa tahun punya attitude tu nak ubah. Saya mengambil masa 2 minggu untuk adjust transition ini dan biasanya walaupun saya dah bangun jam 6 pagi, saya tewas dengan diri saya dengan tidur balik. Hari ini akhirnya, saya telah berjaya bangun pagi walaupun tidur balik dan berjaya bangun semula jam 7:30 pagi!

Bukan sahaja bangun pagi, malah, saya keluar untuk jogging. Kebiasaannya saya jogging pada petang hari tapi kali ini saya sudah ubah pagi hari.

#30hariabiangcuba adalah training saya untuk ke first virgin marathon saya di Bali. Boleh baca banyak artikel berkaitannya di dalam blog ini. Manakala #90hariabiangcuba pula adalah training saya untuk ke Tokyo Marathon. Which is 2nd FM saya.

Basically ada 96 hari to go. Hari ni hari first. Training plan saya dah draft dan tunggu nak refine sana sini sebelum betul-betul full swing. Minggu ini adalah minggu pemanasan badan. Saya target untuk lari at least 7K setiap pagi dan kalau ada masa lagi, tambah 3K pada malam hari. Semua ini pace slow gila punya slow sebab saya tak nak di pertengahan training dah barai dan lemau. So saya cuba lari habis slow gila untuk first week ini. Maknanya kalau dipecah-pecah,

a. Ada 96 hari lagi ke Tokyo Marathon. Kalau ikut web dia lagi 95 hari.

screen-shot-2016-11-22-at-10-30-55-am
b. atau 3 bulan 4 hari
c. atau 13 minggu 5 hari

Kalau #30hariabiangcuba dulu target saya untuk berjaya habiskan first FM dengan senyuman, so kali ini untuk #90hariabiangcuba adalah untuk buat PB 2nd FM ini paling tidak SUB 5.

Untuk rekod, catatan masa untuk first FM saya adalah 06:20:26. So saya kena buang 1 jam 20 minit 26 saat untuk capai SUB 5. Agak 15K – 16K dia punya timing yang nak kena buang tu. Hanjing punya banyak.

But anyway. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan merancang. Jika apa yang kita mahu tidak tercapai, pasti adalah kerana ada sesuatu yang lebih baik, akan menanti kita.

screen-shot-2016-11-22-at-10-38-59-am

Sekarang saya di ofis. Mata ada rasa macam suam-suam dan kalau dapat letak kepala kat bantal ni mesti best gila. ZZzzzzzzzzzz……..

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *