999 KM Sejenak Pt 2

Hujung tahun lepas (2014), saya pernah berfikir ini. Apakah doa yang paling sesuai dan paling tepat untuk saya berjaya capai 999 KM hujung tahun ini.

1. Berikan aku peluang untuk capai 999 KM

2. Berikan aku kejayaan mencapai 999 KM

atau, cukup sekadar

3. Tunjukkan aku jalan kearah 999 KM?

Saya juga telah membayangkan bermacam-macam kemungkinan bagi memastikan saya sentiasa “in” dengan target ini. Mungkinkah saya akan tulis besar-besar 999 KM by end 2015 dan tampal dalam bilik air rumah saya. Mungkinkah, setiap kali selepas saya berlari, saya akan lihat 999 KM tertulis oleh awan di langit. Mungkinkah juga setiap malam sebelum tidur saya akan bayangkan saya sedang berlari esok hari menghampiri 999 KM.

……

– Apapun doa, bagaimanapun caranya, saya rasa hanya satu yang paling penting. Apabila tiba waktu petang, saya harus keluar untuk lari. Mungkin doa cukup hanya sekali, tapi usaha ke arah doa itu yang perlu setiap hari. Rasanya, tuhan tidak pekak. Dan as for today, saya telah lari sejauh 25% dan boleh jadi ini method yang paling berhasil.

***



Kongsi di :