999 KM Sejenak

Sehingga hari ini, saya sudah berlari sejauh 248.94 KM. Jika dibundarkan, ia akan jadi lebih kurang 250 KM kalau mahu dibundarkan. Boleh dikatakan ini adalah salah satu anjakan baik yang pernah berlaku dalam hidup saya selama ini. Berbeza dengan tahun lepas, saya hanya mula lari dengan serius pada bulan May dan cuba mengejar target 365 KM by the end of this year. Malangnya saya gagal. Kesuntukan masa adalah antara faktor terbesar selain daripada “terlewat sedar”.

Screen Shot 2015-04-19 at 12.06.23 AM

2014

250 KM adalah lebih kurang 25% daripada target 999 KM untuk tahun ini. Dalam erti kata lain,  dalam perkataan, saya sudah mencapai suku daripada target penuh.

Namun bagi saya bukanlah mudah untuk berlari secara konsisten. Bila saya lihat semula graph Runkeeper saya terkini, saya dapati saya sedang struggle untuk berlari dan ke-struggle-lan ini hanya memberikan saya kadar average. Jarak larian saya berkisar disekitar garis lurus average. Ini sudah berlaku selama 3 bulan lebih. Jan, Feb, March dan April separuh bulan.

unnamed

Apabila saya berfikir sejenak, ke-struggle-lan saya adalah kerana 3 faktor.

1. Masa – pekerjaan saya sebagai seorang ahli perniagaan menyebabkan saya harus memberikan masa dengan teliti dan disiplin. Masa untuk saya kejar duit, saya convert jadi masa untuk kejar target. Sebelum saya lari dulu, waktu petang saya habiskan dengan kerja di ofis, atau lepak dengan kawan-kawan minum petang. Namun kini, sisi yang lebih baik berlaku dimana saya akan habiskan kerja walau apa jua sekali pun, agar petang, saya bebas berlari. So, tidak cukup masa, bukan alasan sebenarnya.

2. Deploy Running Knowledge  – Ada macam-macam teknik dan tactic yang saya belajar selama ini. Ia memperbaiki cara saya larian. Ia memperbaiki, perspektif saya tentang larian. Dan di blog ini saya kumpul segala learning material saya tentang larian. Semakin banyak saya baca dan kaji, semakin improve larian saya, dan itu pun kalau saya amalkan / deploy ilmu itu kedalam larian saya. Masalahnya kadang-kadang, menjadi seorang lelaki, saya tend to mengambil sesetengah perkara remeh dan mudah. Sebagai contoh, saya tahu yang warm up sangat penting untuk saya lari lebih jauh tapi saya kadang-kadang malas untuk warm up. Akhirnya instead of boleh lari 7K, saya cuma bertahan hingga 5K.

3. Semangat – Ini subjektif. Semangat saya secara jangka panjang masih kuat dan tinggi. Namun, tidak dapat dinafikan ada hari-hari yang saya rasa malas gila untuk lari. Ada waktu-waktu yang saya rasa, “Apa yang aku nak buktikan ni?”. Tetapi setelah 25% mencapai target larian, banyak hal yang saya belajar tentang semangat. Pada ketika semangat kita lemah dan longsai, kita project atau visualkan balik dalam batin kita. Kenapa kita lari? Atau, lebih tepat lagi, kenapa kita “perlu” lari. Will power seseorang berbeza. Cara seseorang mengekalkan will power juga berbeza. Cara seseorang meningkatkan lagi will power juga berbeza. So, setakat ini, semangat bukanlah ancaman sangat kepada kegagalan misi 999 KM saya, tetapi, saya khuatir, jika semangat saya hilang pada satu hari nanti, ia akan menyebabkan saya terus gagal serta merta. 999 KM hanya tinggal mimpi.

Mungkin saya tidak pernah huraikan bagaimana cara untuk saya capai 999 KM ini. Dan mungkin saya juga tidak pernah huraikan secara specific, kenapa 999 KM. Hari ini saya cuma akan tulis, bagaimana plan saya untuk capai 999 KM ini.

999 KM, jika dibahagi 12, ia akan membawa kepada 83.25 KM sebulan. Makanya, seminggu saya kena lari paling tidak 20 KM. Ada 5 hari bekerja, dan cuma Jumaat saya memang tidak boleh lari kerana hal-hal tertentu. So, kalau saya lari straight 5K sehari x 4, ia sudah cukup tepat-tepat 20KM seminggu, dimana saya tak perlu pun lari pada weekends. Namun, sebagai seorang ahli perniagaan, ia memang sukar. Ada hari yang saya meeting dengan client sampai ke petang, so saya tidak ada pilihan sangat melainkan membatalkan larian saya pada hari itu. Dan kadang kala, lari straight 5K selama 4 hari agak meletihkan juga. Letih badan ok lagi, letih semangat, itu yang bahaya.

Satu  lagi faktor adalah bulan puasa dan hari raya kelak. So saya tak pasti sama ada saya boleh lari dalam bulan puasa atau tidak. Oleh itu, awal tahun lalu, ini adalah kiraan saya bagaimana nak capai 999 KM

999 KM, jika dibahagi 11, tolak cuti bulan puasa, ia akan membawa kepada 90.81. Bundar, jadi 91 KM. Tapi kena ingat, seminggu raya dan cuti itu ini, so saya target sebulan kena lari 92KM. Lagipun say alahir 29 Hb, so mempunyai target 92 KM ada macam signifikan juga. SO seminggu saya kena lari 23 KM at least untuk dapat 92 KM.

23 KM x 4 = 92 KM
92 KM x 11 = 1012 KM

Target 999 KM, so 1012 KM – 99 KM = 13 KM

Ada baki 13 KM kalau terlebih lari, tapi itu tak penting sebab target saya 999 KM. Bukan lebih dari 999 KM. Tapi kalau ikutkan target bulanan setakat ini, takde satu bulan pun yang saya berjaya achieve 92 KM. 😀 Dan kerana bulan Feb paling barai, saya kena lari lebih dari 92KM sebulan kalau nak capai jugak 999 KM.

Screen Shot 2015-04-19 at 1.06.39 AM

OK.

Now, berbalik pada point utama penulisan ini. Secara kasar, saya dapati, larian saya adalah konsisten secara graphical pada interface Runkeeper kerana tidak jauh sangat dari average target. Namun, perlu diingatkan, Runkeeper pukul rata 12 bulan, manakala saya kira cuma 11 bulan sahaja sebab tolak bulan puasa. So secara calculation untuk 11 bulan, saya kurang 91.05 KM secara total jika target saya 92K sebulan. Dalam erti kata lain, saya kurang 1 bulan larian!

Anyway, sesuatu harus dilakukan agar misi tercapai. Saya harus memikirkan bagaimana untuk tebus balik 91.05 KM yang hilang ini kalau tidak ada yang kena lari masa bulan puasa esok. Ini ok lagi, tapi kalau hari raya pun kena lari, memang agak melegakan!

Persoalannya, apa, dan bagaimana?

928884_715373871904289_1113633317_n



Kongsi di :