A man must constantly exceed his level!

brucelee-2-

“Bruce menyebabkan saya lari 3 batu sehari dengan pace yang baik. Kami lari 3 batu dalam tempoh 21 atau 22 minit. Ia adalah bawah 8 minit sebatu. (Nota : kalau Bruce lari sendirian pada tahun 1968, catatan masa dia lebih cepat iaitu 6 1/2 minit sebatu)

Maka, pagi ini dia kata kepada saya. “Kita akan lari 5 batu kali ini”. Saya kata, “Bruce, saya tak boleh buat 5 batu. Saya lebih tua dari kamu, kerana itu saya tidak boleh buat 5 batu. Dia kata, “Bila kita sampai 3 batu, kita perlahankan sikit larian dan cuma akan tinggal lagi 2 batu dan kamu pasti boleh buat.”

Saya kata, “OK, saya cuba” Dan bila kami sampai ke batu 3, kami teruskan larian hingga ke batu 4 dan saya cuma dapat bertahan lagi 3 – 4 minit hinggalah saya kemudian mula putus asa. Saya letih, jantung saya bergerak laju, saya sudah tidak boleh pergi lagi maka saya katakan kepadanya sambil berlari,

“Bruce, kalau saya lari lagi saya mungkin akan kena serangan jantung dan saya mati”

Dia kata, “Kalau begitu matilah”. Ini membuatkan saya sangat marah dan saya teruskan juga larian hingga cukup 5 batu.

Selepas saya mandi membersihkan diri, saya ingin mengatakan sesuatu kepadanya tentang hal tadi. Saya kata, “Kenapa kamu kata begitu tadi?”

Dia kata, “Lebih baik kamu mati. Kalau kamu sentiasa meletakkan had atau sempadan pada apa yang kamu boleh buat, fizikal atau apa jua, ia akan merebak keseluruh hidup kamu. Ia akan merebak kepada kerja kamu, moral kamu, hingga kesemua yang berkaitan dengan kamu. Hakikatnya tidak ada had atau sempadan. Hanya ada peringkat atau fasa, tapi kamu jangan duduk disitu. Kamu mesti pergi lebih dari peringkat atau fasa itu. Jika ia membunuh kamu, ia membunuh kamu. A man must constantly exceed his level!

From The Art of Expressing the Human Body
By Bruce Lee, John Little
Original Article



Kongsi di :