Abiang kembali

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Semoga anda sihat dan ceria serta happy di samping orang tershayang tu.

Fuh. Agak lama blog ni ditinggalkan gantung tanpa tali. Last update 2019…. tapi tu pun ntah mende2. Lama saya tak tulis blog ni bukan apa. Sebab lama tak lari. Tu yang tade idea nak tulis. Baru tau rupanya kalau kaki stop otak pun boleh stop.

Screenshot 2020-06-27 at 11.40.33 PM

Namun begitu, walaupun blog ni tak update berkurun lama, ditinggalkan tiba-tiba tanpa kasih sayang dan empathy, saya tengok masih ada yang baca blog ni. Jan 2020 hari tu hit 15k. Mungkin pembaca baru yang google pasal larian. Terima kasihlah. Mesti feeling dia macam datang rumah tapi tengok rumah tu kosong bersawang bersepah bagai lepas tu kat tingkat tiga ada hantu. BTW sejak saya stop update blog ni ntah kenapa direct url ke blog ni dia tak jumpa page ni. Page not found. Tapi kalau page lain jumpa. Ada rosak kat plugin wordpress. Ni saya dah betulkan.

Screenshot 2020-06-27 at 11.24.03 PM

Anyway, last lari kalau ikut yang saya ingat scklm 2018. Tarikh 8 April 2018 kalau ikut posting saya yang sebelum ni. So dari 2018 ke 2019 ke 2020, saya baru je start lari balik dengan kadar serius 27 May 2020 hari tu. Tu pun macam nak muntah lari 3K. Maknanya saya dah stop lari 780 hari. 2 tahun lebih berenti. Betul punya berehat.

Screenshot 2020-06-27 at 11.19.46 PM

Hmmmm…. rasa cukup-cukuplah berehatnya. Rasanya kali ni macam betul punya nak restart. Harap tak konon konon buat comeback. Hari tu ntah tahun bila macam ada nak buat comeback tapi haram berjaya. Rasa ni kali kedua kut….. tak pun kali ke lapan belas.

Imbas kembali sejarah lariansebuahkitab, kalau dulu mula mula lari race 5K Kidney Putrajaya 28.04.2013, then ending dia Tokyo Marathon 26.02.2017. Sela masa 1400 hari lamanya atau 3 tahun 9 bulan 29 hari. Maksudnya dari tak reti lari, lari anak sampai ke lari world major. 1400 tahun eh hari lamanya. Macam tahun hijrah pulak.

Screenshot 2020-06-27 at 11.28.13 PM

So…..saya akan cuba sambung balik tulis blog ini. Tapi mungkin tak sekerap dululah updatenya. Biasala konon busy. Nak ride la nak tulis novel la nak trade bitcoin la nak tanam durian la nak meditate la…. nak spend masa ngan family lagi…. macam-macam nak buat… harap pembahagian masa tu naik makam level adil dan saksama.

Tapi kali ni kisah lariansebuahkitab akan fokus kepada macam mana daripada pernah jadi runner, kemudian berenti, kemudian cuba nak aktif balik. Dan since umur saya pun dah masuk veteran, mungkin tulisan kali ini ada masuk bab-bab yang lagi deep sikit. Ye la orang tua… tulis mesti mau ada pengajaran. Kalau tak membazir tulis. Buang masa boh.

OK. Doakan saya berjaya buat comeback. Dan doakan semangat nak lari ni menten macam dulu. Kalau dulu lari dari depan rumah sampai ke Tokyo motivation dia lain. Kali ni motivation dia lain pulak. Saya tak decide lagi ending dia di mana, tapi harapnya dalam journey kali ini saya akan berjaya sampai dengan muka ada sinyum, sekali lagi.

Dalam apa-apa yang kita buat kita mesti mau ingat satu. Buat mesti sampai habis. Jangan separuh jalan lepas tu gibab. Sebab dia, bila kita buat satu benda sampai habis, baru kita rasa kemanisan wisdomnya. Takat buat kejap lepas tu berenti… insya allah kita tak akan kemana-mana dalam hidup kita ini. Dia akan translate keseluruh hidup kita. Tuhan tu kalau nak bagi something Dia tengok jugak. Agak tak berapa nak serius black, Dia bagi ke orang lain.

Ok hari dah malam, esok pagi saya nak pergi ride ngan member, tadi dah lari 5K, sampai bertemu lagi. Semoga apa yang kita plan dan cuba capai dalam hidup ini, akan membuahkan kejayaan berlipat gandakan wang anda.

Ikhlas,

Pernulis, lariansebuahkitab.com

 

signature_zizi 2

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *