Acara : ASICS BADMINTON CHAMPIONSHIP 2017

IMG_0304Andy Neo, Penolong Pengurus untuk Pemasaran Sukan ASICS (mempamerkan edisi terhad ASICS GEL-BLADE 6) dan Sylvia Kumares, pemain badminton negara.

Last week saya balik kampung Raub sebab ada majlis sikit adik saya dapat baby. Tapi hari yang sama, ada jemputan ke Majlis Pelancaran ASICS BADMINTON CHAMPIONSHIP 2017. Sebabkan tak dapat pergi, saya minta bantuan staff saya Amalina dan Shafique untuk cover apa yang patut.

Basically Asics kembali dengan dua benda. Pertama pasal kejohanan badminton 2017. Kalau anda memang Rashid Sidek (zaman saya dulu la) so ini peluang anda untuk mencuba nasib. Kejohanan ini bakal berlansung dari 13 sehingga 15 Oktober 2017. Masih belum terlambat untuk mendaftar, tarikh pendaftaran adalah dari 22 Julai hingga 29 September 2017. Daftar online disini. Manakala untuk yuran penyertaan, boleh tgk jadual bawah ni saya screenshot dari web depa.

Screen Shot 2017-07-28 at 10.59.54 PM

Now, apa pulak hadiah dia? Sekali lagi saya screenshotkan agar anda tahu kategori mana nak masuk dan nak menang berapa banyak rm.

Screen Shot 2017-07-28 at 11.01.19 PM

Dalam pada waktu yang sama juga, Asics ada promo kasut baru khas untuk badminton. Nama kasut tersebut adalah Asics Gel Blade 6. Sekali tengok memang paling Malaysia kasut ni sebab warna-warna yang dia ada semua adalah warna Jalur Gemilang.

IMG_0282

OK. Now part 3. Kalau zaman ekonomi meleset tade job bagai bayar gst semua tapi badan nak bersukan namun jimat cermat mesti mau selalu dalam minda, anda boleh masuk kejohanan ni for free. Syarat dia, pi beli kasut Gel Blade 6 ni dan make sure anda antara top 10 yang pertama beli. So ticket masuk ke kejohanan anda Percuma gitew. So apa lagi, untuk details, boleh baca Press Release kat bawah ni.  Sebelum tu, ini gegambar sekitar acara pelancaran hari tersebut.

 IMG_0316IMG_0322Shafique, staff saya yang berazam untuk kurus total menggayakan Asics Gel Blade 6 dengan penuh keyakinan badminton.

IMG_0328
Tak tau apa yang ada dalam hati Shafique tapi saya rasa saat ini dia pasti rasa semangat dan azam dia untuk kurus bakal tercapai TN50.

IMG_0330Amalina dan Sylvia

*** 

ASICS BADMINTON CHAMPIONSHIP 2017 KEMBALI UNTUK TAHUN KETIGA DEMI MEMUPUK BAKAT DAN MENTRANSFORMASIKAN MALAYSIA MENJADI NEGARA BERSUKAN

ASICS Badminton Championship 2017 kembali dengan aksi lebih hebat di mana Pusingan Akhir akan berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Velocity

Para peminat sukan badminton di Malaysia akan teruja dengan berita baik bahawa acara tahunan ASICS Badminton Championship 2017 (ABC 2017) kini kembali berlangsung dari 13 sehingga 15 Oktober 2017. Kejohanan badminton berprestij yang dianjurkan oleh ASICS, jenama sukan berprestasi unggul,dijangka menarik 300 pemain-peman badminton amatur beraksi penuh debaran di gelanggang selama 3 hari. Didorong oleh sambutan tinggi yang konsisten pada tahun-tahun sebelumnya, pihak penganjur akan memperuntukkan slot tambahan pada edisi 2017 untuk menampung kategori-kategori tambahan.

“Sepanjang tiga tahun yang lepas, ASICS Badminton Championship telah berkembang menjadi salah satu kejohanan badminton amatur terbuka yang terbesar di Malaysia. Kami amat yakin pertandingan ini akan terus menjadi platform yang kritikal untuk mengilap bakat tempatan yang bakal menjadi juara badminton dengan harapan untuk memperkukuhkan dominasi Malaysia sebagai sebuah negara unggul dalam acara sukan badminton,” kata Kenji Oh, Pengarah Pemasaran untuk ASICS Asia PTE. LTD.

Pusingan awal untuk ABC 2017 dijadual berlangsung selama dua hari di arena badminton terkemuka Sports Affairs, manakala pusingan akhir akan berlangsung pada hari akhir ketiga di depan ribuan penonton dan peminat di pusat membeli-belah Sunway Velocity. Pertandingan ABC 2017 juga dianjurkan sempena ‘Hari Sukan Negara’ peringkat kebangsaan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sukan dan memupuk gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.

“ASICS amat komited dalam usaha memupuk semangat kecemerlangan sukan di peringkat dunia dan di Malaysia. Kami berharap ASICS Badminton Championship akan memberi motivasi kepada para pemain sukan badminton Malaysia untuk terus berusaha keras demi mencapai matlamat mereka,” kata Kenji.

Maklumat ASICS Badminton Championship 2017

Pendaftaran

Pendaftaran rasmi dibuka bermula 22 Julai sehingga 29 September 2017 di www.asicsbadmintonchampionship.com. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@hivelocity.com.sg, atau lawati laman rasmi Facebook @ASICSBadmintonChamp dan halaman rasmi Instagram @asicsbadmintonchampionship.

Kategori dan Yuran Pendaftaran

Terdapat 7 kategori dengan sepadan yuran pendaftaran, termasuk: Lelaki Perseorangan Terbuka (RM40), Lelaki Perseorangan U21 (RM35), Wanita Perseorangan Terbuka (RM35), Kumpulan Lelaki Beregu Terbuka (RM80), Kumpulan Lelaki Beregu U21 (RM70), Kumpulan Wanita Beregu Terbuka ( RM70) dan Kumpulan Beregu Veteran (RM70).

Kadar Promosi Pra-Pelancaran ABC 2017

Peserta boleh menikmati kadar promosi pra-pelancaran sekiranya mereka mendaftar bermula 22 Julai sehingga 23 Julai 2017. Yuran pendaftaran adalah mengikut setiap kategori, termasuk: Lelaki Perseorangan Terbuka (RM30), Lelaki Perseorangan U21 (RM25), Wanita Perseorangan Terbuka (RM25 ), Lelaki Beregu Terbuka (RM60), Lelaki Beregu  Terbuka U21 (RM50), Wanita Beregu Terbuka (RM50) dan Veteran Beregu (RM50).

Hadiah

Hadiah termasuk kasut ASICS, baucer produk ASICS bernilai RM 17,300 dan wang tunai bernilai RM 6,250 bagi setiap 7 kategori yang bakal dimenangi.

ASICS GEL-BLADE 6

ASICS GEL-BLADE 6 ialah kasut gelanggang berprestasi tinggi baharu yang merupakan kasut rasmi untuk ASICS Badminton Championship 2017. 10 peserta pertama yang membeli ASICS GEL-BLADE 6 dari 22 Julai hingga 20 Ogos 2017 di 3 butik ini: Al-Ikhsan Sunway Pyramid, Perfect Sports Pertama Complex G1, Perfect Sports Pertama Complex G67, akan menerima slot ABC 2017 percuma. Peserta berdaftar ABC 2017 akan menikmati 50% diskaun untuk  pembelian GEL-BLADE 6  di 3 butik ini: ASICS Sunway Pyramid, ASICS AEON Shah Alam, and ASICS Sunway Velocity; promosi sah dari 22 Julai hingga 29 September 2017.

Untuk maklumat acara, sila layari:

Laman web: www.asicsbadmintonchampionship.com
Facebook: @ASICSBadmintonChamp
Instagram: @ASICSBadmintonChampionship

Ikuti @ASICSMalaysia untuk kandungan eksklusif serta berita terbaharu mengenai produk, acara, dan atlit elit ASICS. Untuk maklumat lanjut mengenai ASICS, sila layari www.asics.com.sg

###

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Ken Phuah/Maisarah Azinuddin

AccentEdge Communications
T: +603 7728 0184
M: +6012 391 3006
E: kenbin.phuah@accent-edge.com

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *