Acara : KL New Year Run 2016 Pt 2

Biasanya saya tulis post run report race yang saya masuk. Tapi kali ini saya tulis pasal post running booth report.

Ceritanya begini. Alkisah….

FullSizeRender-4

Ntah macam mana last minute, saya terfikir, kalaulah ada peluang untuk buka booth pada race KL New Year 2016 untuk jual Poster Running Log saya mesti macam seronok. Makanya saya minta bantuan isteri saya untuk call organizer, kalau-kalau ada slot untuk buka booth dan tanya berapa sewanya. Tak silap saya masa tu hari Selasa minggu akhir disember, dimana Jumaat tu new year.

Nak dijadikan nasib baik, organiser bagitau booth memang ada slot tapi dengan syarat instead of bayar sewa, dia minta sponsor beberapa hamper untuk pemenang race hari itu. Semuanya pasal ada sesetengah sponsorship withdraw last minute ntah sebab apa.

So saya bagitau isteri saya yang saya setuju malah saya akan sponsor 30 poster untuk 30 pelari yang first sebagai hadiah tahun baru. Sembang punya sembang organiser pun ok, deal is on, so kami diberikan 2 buah meja dan 2 buah kerusi untuk hari event tersebut.

So pada hari Khamis itu isteri saya dan mak saya keluar pergi beli dan bungkus barangan hamper manakala lepas office hour bila dah siap print phamplet bagai, saya balik dan bungkus pulak dalam 200 keping poster (100 putih dan 100 hitam) untuk jualan esok harinya.

unnamed
Phamplet print kat office. Poster print kat kilang

Agak lenguh jugak tangan nak gulung poster satu persatu then siap balut dengan plastik, masukkan instruction dan tutup penutup poster tube yang agak ketat tu. Dalam pukul 4 pagi akhirnya semua ready packing.

Oleh kerana terlalu letih (dah lama tak stay up malam dan jarang buat kerja buruh kasar gamaknya) maka saya ambil sejam untuk tidur merehatkan badan. Dalam pukul 5 pagi staff saya Shafique dah call tanya boss kat mana sebab dia dah sampai office dan ready untuk bergerak ke Dataran Merdeka untuk setting booth.

unnamed-1
Nak tutup penutup putih dia masuk punyalah siksa

Saya kemudian bergegas siap dan membawa turun 3 bungkus beg plastik besar (bapak berat gila) dari tingkat 3 rumah saya ke tingkat bawah. Saat ini saya rasa betapa peritnya kalau kita ditakdirkan kerja buruh macam bangla dan indon. @Bersyukurlah dengan kerja yang kita ada sekarang….

Dalam 5:30 pagi saya sampai office saya Alam Sutera dan kami terus ke Dataran Merdeka. Seorang lagi staff saya Alya sudah berada disana dan dia bagitau yang hujan lebat gila. Nasib baik juga saya dah balut elok-elok dan bungkus dengan plastik serta cover pulak dengan canvas belakang Mat Fordy (Ranger) saya. Dan nasib baik juga sesampainya di sana, hujan dah berhenti.

So, dah parking semua kami angkut semua poster ini ke booth, selepas saya angkut semua hamper dan bagi pada organiser. Saya tak pasti 30 poster yang saya sponsor itu dia beri pada top 30 runner atau tidak.

Tunggu punya tunggu last sekali barulah meja sampai untuk vendor yang buka booth. Actually cuma ada 2 vendor saja saya dan satu lagi company simulator flight agaknya kalau tak silap saya. Sebelah mereka adalah Emergency Unit team macam tapi bukan PBSM atau St.John.

12362210_280196168979252_976439223_n
Shafique dan Alya yang tengah tulis harga poster. Shafique ni programmer saya manakala Alya is my designer. Dua-dua bujang trang-tang-tang

So kami pun setup booth dan buat apa yang patut. Oleh kerana decision buka booth ini sangat last minute maka preparationnya sangatlah ala kadar. Tak sempat nak buat banner atau bunting cuma saya sempat rembat satu frame dari office saya dan masukkan poster dalam tu sebagai penarik untuk runner datang ke booth nanti.

1598537_880158908766434_945563952_n
Suasana pagi sebelum race

914630_570319226450544_1912213417_n
Kenapa saya amik gambar ni ha? Hmmmm

12394051_226839807647186_930524318_n
Belakang tu stage tempat nak amik hadiah

Bila hari dah nak siang dan race dah nak mula, ramai runner yang buat senaman bawah khemah lalu lalang booth kami dan tanya apekebenda yang kami jual. Alya yang ditugaskan untuk explain product ini kepada runner nampaknya begitu peramah dan bersemangat lagi.

1173244_903491846431385_448661658_n
Hujan renyai-renyai. Hari cuti pulak tu. Gila respectlah pada semua runner yang bangun pagi dan keluar untuk berlari. #kipidap

Nasib kami juga sangat baik apabila sebenarnya kami duduk sebelah crew yang akan beri goodie bag kepada runner. So kiranya, setiap runner yang finish race hari itu akan lalu booth saya. Saya tanya pada kakak ketua crew goodie bag, ada berapa runner yang turun hari ini. Menurut beliau, ada 3000 runner sign up untuk new year race ini. Dalam hati saya alhamdulillah, harap-harap dari 3000 runner ni paling tidak 30 orang akan beli Poster Running Log saya ( kira conversation rate 1%). Kami pun menanti dengan penuh debar.

unnamed-2
Antara runner yang sampai awal. Muka ada siyum

Bila runner dah start sampai saya tengok semakin lama semakin meriah. Shafique yang saya tugaskan untuk beri phamplet kepada runner nampaknya begitu bersemangat waja sekali. Saya pesan pada Shafique, bila nak bagi phamplet tu jangan lupa wish Congrats pada runners. Depa dah lari jauh tu so kasi semangat sikit. Shafique akur siap tersasul kadang-kadang wish congratulation kadang-kadang wish tahniah dan bila ada runner awek cun, Shafique ter-wish Connyah (Congratulation + Tahniah).

So, agak ramai juga runners yang habis race tu datang singgah untuk tengok Poster Running Log saya. Awal-awal mereka semua macam pelik dan sangat nak tahu, apa kebenda poster bulat-bulat kosong ni. Bila dah explain, baru mereka faham dan get the idea. Ada yang mengucapkan sangat kreatif. Ada yang suka. Ada yang macam, kenapa nak kena tanda pada poster kalau dah ada apps?

12393620_1392222064418249_79986458_n
Tengok abam, jangan tak tengok

Anway, semua pertanyaan saya dah explain pada Alya dan Shafique dan bila ramai sangat yang ada di booth saya turut serta untuk explain apa yang patut. Namun, kehadiran Alya sebagai bunga di booth nampaknya agak mendatangan hasil apabila ramai runner-runner berbadan sado dan kacak cuba merapati dan membeli poster. Taktik boh… taktik.

unnamed-3
Sama ada Alya punya explaination macam syarahan agama atau pun runner sangat letih lari hari itu sampai tertidur berdiri 😀

Ada juga runner yang keliru kerana mereka ingatkan poster ini free . Ada juga runner yang ingatkan phamplet yang Shafique bagi itu kupon untuk redeem poster. Ada runner yang datang dan berkata, “Ohhh i’ve seen this in Facebook.”

10375872_798772453567906_658039488_n
3 bungkus 

Jujur saya katakan bahawa challenge kami pada hari itu adalah untuk memberi awareness tentang product yang tak da lagi dalam dunia running, direka khas untuk runner. Anyway, alhamdulilah sales pun masuk walaupun tak banyak, tapi orang kata tu bolehla untuk start.

Dalam pukul 10 lebih event pun macam dah reda. Ramai runner yang dah start nak balik, so kami pun mula packing untuk balik.

Anyway, ini pengalaman pertama saya buka booth untuk larian. Saya kira banyak yang nak kena improve dan banyak benda saya belajar hari itu.  Paling saya terharu ada seorang runner yang sangat supportive membeli beberapa keping tanpa banyak soal sejurus sahaja dia faham apa gunanya Poster Running Log ini.

Tahun baru saya tahun ini bermula dengan sesuatu yang saya tak pernah duga atau cuba sepanjang hidup saya. Saya kira ini adalah salah satu benda yang saya buat jatuh dalam kategori “When was the last time you did something for the first time”.

10584570_1651224778493928_1227973967_n
Crew booth lariansebuahkitab. Yang baju hijau tu saya panggil Wolverine sebab saya tak tau nama dia apa, tapi yang saya tahu dia ni bodyguard Alya. 

Terima kasih kepada organiser kerana memberi slot kepada kami. Dan terima kasih kepada semua runner yang singgah ke booth kami dan juga kepada runners yang membeli. Kepada yang nak beli tapi tak bawa duit hari tu jangan risau, anda boleh beli di Online Store yang ada dalam blog ini. Cuma, tak dapatlah harga promotion RM25. :D

Kongsi di :