Acara : SCKLM Media Category Challenge

Screen Shot 2017-06-21 at 11.38.54 PM

Semalam saya ke Pacific Regency Hotel Suites. Ada jemputan dari Dirigo Events bagi majlis berbuka puasa dan penyampaian hadiah untuk kategori lain dari kategori umum race. Saya sampai dalam pukul 7:30 lepas berbuka dengan isteri dan El Lukh. Ini semua sebab saya ada meeting di KL jam 3:30 dan upaya keluar dari KL untuk balik rumah pukul 4:30. Jem 2 jam dari KL nak sampai Kinrara dan lepas tu patah balik ke KL semula.

unnamed

Basically ini pertama kali bagi saya untuk menghadiri majlis berbuka puasa kategori larian, makanya jantung tu rasa agak berdebar-debar dan seram sejuk macam majlis kahwin. Rasa awkward pun ada. Suthan, bro kacak dari Dirigo dah bagi email invitation 2 minggu sebelum rasanya dan dia dah pun maklumkan kepada saya bahawa saya adalah pemenang untuk kategori 10K Media. Ingat tak posting sebelum ni masa saya di tokyo dan receive email dari Suthan?

Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 2 – 23 Hari lagi

Bila Suthan bagitau yang saya winner, dia punya rasa gembira tu tak tau nak kata apa. Dah la training tak cukup hari, tetiba dapat no 1…. fuh…. pulak tu seumur hidup tak pernah dapat no 1…. no last pernah la dapat.

Race : Larian Alam Sekitar Padang Merbok 2013 yang sepi
#10hariabiangcuba – Summary & Final

Makanya saya ingat, tahun ni saya kena bayar zakat lebih sikit sebab dalam kategori larian, nasib saya semakin berseri. So zakat saya tu kena ada tema larian nanti pikir canne nak relatekan. Minta gerak, mana tau nanti diberi ilham.

Anyway, untuk majlis tersebut, mula-mula tu berbuka puasa. Lepas tu terus pergi ke cabutan hadiah bertuah, dan akhirnya dengan penyampaian hadiah. Dibawah ini adalah list para pemenang, mungkin boleh dijadikan panduan untuk next year bagi yang berminat nak bertanding dalam kategori yang sama.

Basically untuk kategori Universiti, juara adalah Universiti TAR. Kategori Ministry, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia. Kategori Corporate, Petronas sapu. Dan kategori Media, ada 12 orang semuanya termasuk saya.

Standard Chartered KL Marathon | Kuala Lumpur | 21-05-2017

Results Media Challenge
Category Name Bib No. ChipTime
10 Men Open MOHD KHAIRUL AZIZI B MOHD RAZALI K1-30701 00:54:33.13
10 Men Veteran SEE HOCK LEONG RONNIE M1-31023 00:43:13.27
10 Women Open TEE LIN SAY N1-33182 00:57:58.96
10 Women Veteran NORZAINAH ZAINAL ABIDIN P2-40010 01:25:44.95
HM Men Open MOHD AL-HAFIZ BIN MAHAT EM-16244 02:09:43.92
HM Men Veteran JAMIE PANG KUAN YU FM-21094 01:54:49.00
HM Women Open SYLVIA MOEY GM-25129 02:04:54.60
HM Women Veteran CHIN LAY LEE HM-28651 03:01:13.81
FM Men Veteran MOEY WOOI SAN BM-07074 04:13:24.00
FM Men Open ROZMI BIN YUNUS A-00046 04:13:26.47
FM Women Open TAY AN QI CARMEL CM-11043 06:11:55.94
FM Women Veteran INDRAMALAR SATKUNASINGAM DM-13013 05:42:49.00

 

10 KM Corporate Challenge
1 Petroliam Nasional Berhad 2:21:12
Nr Bib No. Name ChipTime
1 CC-50033 MOHD ZUKI WAHAB 00:43:52
2 CC-50034 AZRULHISYAM HUSSIN 00:46:17
3 CC-50036 LIN WEI NYIN 00:51:05
2 Touch ‘n Go Sdn. Bhd. 2:39:31
Nr Bib No. Name ChipTime
1 CC-50020 ABDUL MUTALIB ISMAIL 00:49:21
2 CC-50017 MOHD FARHAN HAZIQ BIN HASNAN 00:52:40
3 CC-50019 MOHD KHAIRIL BIN SAIDI 00:57:31
3 MicroEngine Technology Sdn Bhd 3:05:10
Nr Bib No. Name ChipTime
1 CC-50008 UMAR AYEOP BIN AZIZUDDIN 00:58:53
2 CC-50024 ONG KAH YIN 00:59:01
3 CC-50007 WEE CHONG HOONG 01:07:17

 

10 KM Ministries Challenge
1 Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2:24:27
Nr Bib No. Name ChipTime
1 MC-70147 SYED HIDZIR SYED MOHAMAD IKRAM 00:46:56
2 MC-70022 RASHID MAT RANI 00:47:34
3 MC-70019 ABU BAKR MOHD HANIM 00:49:57
2 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 2:25:52
Nr Bib No. Name ChipTime
1 MC-70129 MOHD KASIM BIN ABDULLAH 00:46:21
2 MC-70040 MARUTHAMUTHU SANKAR A/L ANGAPPAN 00:47:13
3 MC-70128 OOI SOON LEE 00:52:20
3 PPUKM 2:25:54
Nr Bib No. Name ChipTime
1 MC-70118 ABDUL RAHMAN BIN BULLAH 00:43:45
2 MC-70139 MOHD NASRI BIN MANJA 00:49:31
3 MC-70117 NAHIZ WARIDI BIN ADNAN 00:52:39

 

10 KM Universities Challenge
1 University College Tunku Abdul Rahman 2:08:15
Nr Bib No. Name ChipTime
1 UC-60063 CHEE EU GENE 00:40:27
2 UC-60057 GOH WEI JIAN 00:41:20
3 UC-60056 YONG EE CHUAN 00:46:29
2 INFRASTRUCTURE UNIVERSITY KUALA LUMPUR 2:11:24
Nr Bib No. Name ChipTime
1 UC-60002 SULEIMAN YOUSUF SULEIMEN IDRIS 00:39:33
2 UC-60007 NAZRUL BIN ZOLKIFLI 00:45:55
3 UC-60001 MOHAMED BARIER MOHAMED ABDALLA 00:45:56
3 Universiti Tenaga Nasional 2:13:26
Nr Bib No. Name ChipTime
1 UC-60053 MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD ZANANI 00:40:59
2 UC-60051 MOHAMAD AMIRUDIN BIN RAZALI 00:46:03
3 UC-60052 NELVINDRAN S/O GOVINDASAMY 00:46:25

Ini pula gambar saya masa amik hadiah. Muka nak senyum tapi macam serius. Confuse tu. First time dapat hadiah sebab lari sampai menang.

19390807_10155544934295798_1239472914272624048_o
Gambar oleh Bro Kin K Yum

Kiri tu Mr. Rainer Biemans, race director untuk SCKLM. Dulu pernah dengar talk dia di BFM masa SCKLM tahun yang cancel sebab jerubu.  Menarik jugak session ni sebab biasa orang sembang pasal nak buat event, ini pula sembang pasal nak kill event. Memang gila la dia nak decide. Worth untuk dengar bagi yang nak belajar cara membuat keputusan level hardcore dalam keadaan crisis sejagat.

Screen Shot 2017-06-22 at 12.16.16 AM
Dengar

Ada satu lagi boleh dengar talk beliau di BFM pasal life as a Event Director. In case ada yang nak organise event in the future.

Screen Shot 2017-06-22 at 12.07.57 AM
Dengar

So, hadiah yang saya dapat, pertama, medal. Banyak-banyak race, ini race yang first time saya dapat 2 medal dan first medal yang transparent glass. Sebelum ni semua besi.

IMG_8290

Saya dapat kasut Brooks Ghost 9. Ini first kasut Brooks saya seumur hidup. So tak sabar nak cuba. Orang kata Brooks ni kasut otai…. budak sekolah je pakai kasut Nike ngan Adidas. Orang kata. Bukan saya. Kasut ni dapat dengan set stokin Brooks. Terima kasih. Tak sempat nak amik gambar sebab dalam kotak, ni gambar dari internet.

Brooks-Ghost-9-Lateral-Side-957x538

Lain, dapat botol air ngan payung.

Masa majlis tu Deo pun ada (menang corporate challenge) so ni gambar dengan Deo. EL tu senyum macam paham je pak dia dapat hadiah.

zIMG_8266

zz
“Pak saya nombor 1 kih kih kih”

Ada gambar Deo dengan EL. Biasa EL dengan orang tak kenal dia tanak tapi dengan Deo ok. Tapi baru puji cam tu EL terus nak melarikan diri. Takut kena tinggai la tu.

zIMG_8271

Masa makan tu saya duduk sebelah dengan Mr. Gus Ghani. Baru berkenalan. Mr. Gus ni blogger juga dan dari blog dia nyata dia memang blogger otai.

https://gusghani.com/

Sembang-sembang dia bagitau dia start lari dari 2011. Favourite dia 42K. Orangnya ceria dan ilmu lariannya memang penuh teknikal dan detail. Dia ada bagitau saya tentang kasut dan tapak, kenapa kasut Brooks biasa tapak tebal manakala Nike tapak nipis. Boleh maju segera ke blog dia untuk baca pengalaman hidup pelarian Mr. Gus.

zIMG_8261

***
Sebab tahun depan atau masa bila-bila esok tak tau boleh dapat podium lagi, so alang-alang saya nak sampaikan ucapan dan ucapan mesti mau ala Oscar. Once in a life time, ntah bila lagi nak merasa no 1, wallahualam.

Saya nak ambil kesempatan ini first sekali nak terima kasih kat orang rumah saya. Sebab kalau dia tak support saya, tak pernah nak buat makanan carbo load untuk saya, tak pernah nak simpankan air iso yang saya beli dalam peti ais, tak pernah masukkan baju dan seluar sukan saya dalam washing machine, tak pernah tanya saya bila nak start training, tak pernah apa lagi? Banyak la nak tulis mau jadi novel….. saya ingat, pencapaian dalam arena larian saya tak macam apa yang saya dapat capai hari ini. Maka untuk Rozalina Rosli, terima kasih kerana anda support saya tak berbelah bagi. Unconditional love yang anda beri adalah beyond segala aktiviti larian yang saya alami. 😛

Dan juga untuk rakan sepelarian, Mr. Remin yang selalu sembang macam mana nak hack larian bagi efficient, serta Kapitan Udiey yang memperkenalkan saya teknik larian lebih laju untuk 10K (masa kat Bali dulu) dan ahli-ahli Conquer yang selalu kasi info pasal larian dalam whatsapp group. Juga geng larian shahpekan Lina Jai dan mmu Irfan Satria, commitment hangpa dalam larian buat saya respect dan kagum.

Juga, kepada anda semua yang selalu mengikuti dan membaca blog saya yang tak seberapa ini tak kira dah lama baca atau dah baru baca, atau dah baca tapi stop. Kalau tidak ada pembaca, apa gunanya saya menjadi penulis.

Kepada team Dirigo Events serta ahli SCKLM semua, Mr. Suthan especially, kerana memberi saya peluang dan jemputan untuk mencuba nasib dalam Media Challenge ini. Communication dengan Mr. Suthan memang top class depa ni.

Dan terakhir, untuk partner bisnes saya John Zulazri. Last year u ada cakap kat I kan, apa kata focus pada 10K sampai dapat podium, so… ini adalah challenge accepted untuk janji tahun lepas. Jangan lupa belanja sebab nak tebus betting. Kalau tanak belanja sebab bulan puasa pun takpe. Boleh tebus dengan 20 BTC. Kah kah kah kah.

Ryan-Stiles-ryan-stiles-15122873-628-480
John Zulazri #sekadargambarhiasan.

Akhir kata, “Larian, bukan adalah tentang kalah atau menang, tempat pertama atau tempat terakhir. Larian adalah tentang menjadikan diri lebih baik dari yang sebelumnya. Kerana jika gagal memperbaiki diri, apa gunanya mengambil keputusan untuk melangkah lagi.”

Tahniah kepada semua pemenang. Tahun depan jumpa lagi kalau ada rezeki. Untuk gegambar events, boleh ke FB SCKLM. Lihat

Ini video yang dah 2 minggu nak post tapi tahan. Full song boleh dengar sini.

Kongsi di :

Comments 4

  1. irfan June 22, 2017

    Tahniah abiang, untuk 2 perkara.
    Satu – sebab menang lumba lari.
    Dua – sebab berjaya buat dua sukan dalam 1 masa; main catur dan lari.

    Tahniah sekali lagi sebab percaturan menjadi!

  2. Remin June 22, 2017

    Tahniah abiang sebab dapat no 1. Setuju la dengan fakta saudara Irfan kat atas. Nak buat percaturan dalam larian ni memang payah nak kena. Tapi kali ni percaturan strategi mengena. Jackpott.!!!

    Mohon dipertunjukan jalan dan ilmu.Aminnn…

Leave a Reply to khairulazizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *