Ada apa dengan cinta 2

unnamed-1

Malam tadi, isteri dan adik beradik saya serta bakal adik ipar saya pergi menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Untuk yang tidak tahu, filem ini adalah bagaikan episod cinta Romeo & Juliet rumpun disini. Ia mengisahkan cinta antara Rangga dan Cinta, yang bercinta sejak sekolah menengah, hinggalah mereka dewasa bercinta jarak jauh. Walaubagaimanapun, Rangga, secara tiba-tiba, entah kenapa, melarikan diri dari Cinta, break off tanpa penjelasan, dan membiarkan Cinta kecewa.

Ada apa dengan cinta 2 adalah kesinambungan Ada apa dengan cinta 1 dimana penonton akan tahu kenapa Rangga membaculkan diri. Anyway, banyak pelajaran Cinta boleh dipelajari dari filem ini jika mahu belajar. Bagi saya Rangga memang ayat power. Walaupun clash 9 tahun, Rangga cuma perlukan 1 hari sahaja untuk buat Cinta jatuh cinta balik pada Rangga, walaupun Cinta di ambang perkahwinan dengan teman lelakinya. Teman lelaki dia yang paling lega. Kata pepatah melayu, “ayam di reban dilarikan musang”.

***

Esok saya akan ke Jakarta selama seminggu atas urusan kerja. Ketika saya menulis ini, saya sedang mencari route-route larian di Jakarta agar paling tidak, saya boleh juga lari barang sekali dua di sana nanti.

Mengikut kata kawan saya yang menetap di sana, kalau lari di Jakarta, kena pakai topeng perang nuklear. Jerubunya tahap gaban. Saya akan menyiasat sama ada ini benar atau tidak. Kalau tidak dapat lari pun, paling tidak saya fikir, mungkin saya akan menonton semula AADC2 di bioskop sana, sebab di Malaysia, ada beberapa scene ciumolot awal-awal lagi sudah kena potong!

Mana nak datang cintanya??????

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *