Cara untuk dapat SUB 1 bagi 10K Pt 1

BUY NOW

tokyomarathon_promo_trunvelogue

Ada satu hari saya lari di mana ntah, tapi bila habis lari tu saya ada jumpa satu runner. Runner ni muka dia sangat gembira sebab dia first time masuk Full Marathon 42K (sebab saya tengok IG dia). Dia tanya saya macam mana race. Saya kata saya masuk 10K sahaja. Dia tanya dapat SUB 1 tak? Saya kata alhamdulillah dapat. Saya tanya dia macam mana race dia. Dia sangat gembira sebab berjaya first time FM. Saya ucap tahniah pada dia dan dia pun ucap tahniah pada saya. First time 42K mesti PB sebab sebelum tu tak pernah. Dan memang betul, keseronokan menghabiskan FM adalah seperti keseronokan malam pertama (bagi yang dah kahwin).

Sejujurnya waktu itu saya dah pun buat FM 2 kali, dan untuk 10K cita-cita saya nak pecahkan PB saya iaitu 00:53:51 malangnya gagal kalau ikut 10K race distance. Kalau ikut distance 10K tepat-tepat, saya dah berjaya, so STRAVA best effort saya untuk 10K adalah 00:53:10. Result rasmi race, lebih iaitu 00:54:33 dimana distance race adalah 10.2x KM.

Imbasan

Untuk rekod, saya telah lari 10K di dalam race sebanyak 10 kali dalam masa 3 tahun. Daripada 10 kali ini, saya cuma betul-betul dapat SUB 1 buat kali pertama adalah pada race yang ke 7. Sebelum race ke 7, saya ada dapat SUB1, tapi race tu under distance. So saya tak kira yang tu sebab bukan cukup 10K pun walaupun ada race under distance yang kalau saya terus sahaja lari melebihi finishing line untuk completekan 10K, secara matematik macam boleh SUB 1 juga.

Dan jika mengikut turutan tahun, berikut adalah pecahan race mengikut tahun.

2014, 3 Race :
1. 01:01:19, First 10K race
2. 01:04:57
3. 00:50:02 ( under distance tak cukup 10K, so tak puas hati, )

2015, 3 Race :
4. 00:54:17 (under distance jugak, so masih tak puas hati)
5. 01:01:56
6. 01:30:24 ( ini race trail di Ranau )

2016, 2 Race :
—> 7. 00:53:51 ( first official SUB 1, di Melbourne, Australia )
8. 00:57:05 SUB 1

2017, 2 Race :
9. 00:54:33 SUB 1
10. 00:58:05 SUB 1

Kesimpulan yang saya buat, cuba banyak kali untuk dapat SUB 1, dan berjaya pada cubaan kali ke 7, sempurnally.

Faktor kejayaan

Seingat saya, rasanya macam tidak ada proper training untuk saya dapatkan 10K SUB 1 ni. Seingat sayalah. Sebab rasanya first time saya pulun training plan adalah untuk 21K. Tapi bukanlah nak kata saya dapat SUB 1 tu nasib atau sebab kaki saya ada magic. Saya ada buat training cuma training tu agak ikut suka hati. Asal petang, keluar lari. Masa tu tak ada cerita nak lari Tempo ke Fartlek ke apa ke. So basically saya main lari sahaja dan cuba untuk SUB 1 dengan doa dan semayang hajat tiap-tiap malam.

Berbanding kawan-kawan saya yang lain, saya rasa mereka ada cara mereka tersendiri. Kita tak boleh nak ikut orang sangat. Tapi kadangkala, kita kena juga tanya orang tu macam mana nak buat sebab orang tu dah buat sedangkan kita belum.

So, kalau tanya saya, apakah faktor kejayaan SUB 1 saya, basically gambar dibawah ini adalah inspirasi untuk SUB 1 saya.

Screen Shot 2017-10-11 at 12.07.05 AM

Jangan salah faham saya sokong UMNO lak. Saya sokong sapa tu rahsia tapi Tun Mahathir memang idola saya. Apa yang saya nak sampaikan adalah, KJ sebagai seorang menteri, yang sibuk gila bagai, lahir tahun 1976, pun boleh buat SUB 1 untuk 10K. Respect. Ini bukan walk the talk, ini run the talk namanya.

So, saya fikir, saya yang keluar lari hampir 3-4 kali seminggu, takkan saya tak boleh? KJ tade blog pasal larian tau, saya ada blog pasal larian. Malu la saya camni.

Matlamat Posting Ini

Now. Saya rasa, basically saya dah DONE untuk 10K SUB 1. Sebenarnya bukan sahaja race, lately dalam training pun kadang-kadang ada SUB 1 kalau pulun. Episod larian saya adalah sekarang tengah struggle #memecahkebuntuan2 dimana tengah menangis dan sakit perut nak cuba SUB2 untuk HM pulak.

Ada beberapa rakan IG yang selalu mesej saya tanya pasal larian bagai. Ada juga yang tanya pasal SUB 1 untuk 10K. So saya ingat, ada baiknya saya kongsi sedikit pengalaman saya bagaimana untuk dapat SUB 1 dalam race 10K.

Saya harap jika anda minat nak cuba dapatkan SUB 1 untuk 10K anda, boleh follow posting ni. Dan saya doakan anda berjaya dapat SUB 1 10K nanti. Semoga apa yang saya kongsi, kalau ada la…. boleh bantu anda mencapai impian SUB 1 10K anda kelak.

Apapun, sila follow IG saya @khairulazizi. Atau, respons pada setiap posting ini.

bersambung…

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *