Adakah selamat lari dalam jerebu?

haze_running

Melalui pembacaan saya, ini yang saya simpulkan.

1. Kalau PSI bawah 100, selamat jika kita tidak ada masalah pernafasan dan masalah jantung.

2. Bila lari, kita akan bernafas lebih kencang.

3. Kalau udara tercemar, maka lebih banyak udara tercemar akan kita sedut.

4. Kalau ada masalah pernafasan atau jantung, udara yang tercemar akan menjadi mangkin kepada lelah atau sakit jantung.

5. Kalau PSI lebih 100, ada kemungkinan lari dalam jerebu menyebabkan sakit mata, bersin dan batuk. Orang yang sihat akan kena ini semua.

6. Kalau PSI lebih 200, udara itu sangat bahaya dan boleh menjejaskan keselamatan dan mengancam nyawa bagi orang tua, kanak-kanak, dan pesakit nafas / jantung.

7. Orang sihat juga dinasihatkan duduk di dalam rumah duduk diam-diam.

8. Jerebu juga bahaya kepada pelari kerana jarak penglihatan bagi orang yang memandu kurang. Maka pelari terdedah kepada kemalangan lebih-lebih lagi yang lari di jalan raya.

9. Selain jerebu, asap dari kereta juga bahaya pada pelari jalan raya.

10. Maka, lari pakai topeng muka pun tidak selamat juga sebenarnya.

11. Untuk alternatif, pelari dinasihatkan lari di dalam gym atas treadmill.

Screen Shot 2015-09-15 at 12.28.08 AM






Kongsi di :