Aizat Marathonshop

Saya sedang dalam cubaan untuk meletakkan Running Poster Log saya ke dalam The Marathon Shop. So saya minta bantuan isteri saya untuk call The Marathon Shop untuk buat appointment dan brief apa benda Running Poster Log ini.

So bila dah dapat call tu maka isteri saya pun call saya bagitau details.

Isteri saya : Kita dah call marathonshop tu so diorang nak jumpa pukul 10 ni kalau free.

Saya : Oklah tu. Tapi pukul 10 tak sempat sebab kita ada meeting. Bak mai nombor dia biar kita call buat appointment baru. Pukul 4 ni boleh rasanya. So ni nak deal dengan sapa?

Isteri saya : Anda call Aizat.

Saya : Aizat? Ok.

Isteri saya : Tapi kita rasa Aizat ni macam cina. Sebab gaya dia cakap tak macam melayu pun.

Saya : Oh… maybe dia sekolah cina masa kecik dulu tu yang cakap english macam cina.

Isteri saya : Ok. Nanti kita text nombor Aizat.

Bila saya call Aizat ternyata slang dia memang macam cina. Kami berbual dan seterusnya confirm untuk appointment. Maka jam 3:30 petang saya ke Kelana Jaya dan by 4 petang saya dah sampai sana. Bila dah parking, saya masuk kedai dan tanya pada Bro di dalam kedai marathon tu.

Saya : Hi bro. I have appointment with Mr. Aizat. Can I see him ?

Bro : Oh ya… that’s him (sambil menunjukkan kepada seorang lelaki Cina yang sedang sibuk bungkus baju Melawati Run warna ungu )

Saya macam blur-blur sebab saya ingatkan Aizat melayu, namun kami bersalaman dan saling memperkenalkan diri. Aizat pun mengajak saya untuk masuk ke dalam dan kami kemudian duduk di meja untuk perbincangan seterusnya. Sementara saya mengeluarkan contoh poster saya, Aizat memberikan namecardnya kepada saya.

Saya lalu mengambil dan mengeluarkan namecard saya dan memberikan kepada Aizat. Apabila saya meneliti namecard Aizat, saya kemudian terketawa lalu Aizat melihat saya dengan penuh tandanya.

Saya : Sorry bro. My wife said ur name is Aizat, but actually it was “Issac”

Kongsi di :