Alasan tidak lari di bulan puasa

Ada 3 posting sebelum ni yang sebenarnya draft zaman jepun dulu. Ntah macam mana saya lupa, rupanya ada setting tarikh keluar 30 Jun. Sebenarnya artikel tu tak valid. Sorry. Patutnya draft yang saya tulis tak siap saya delete saja. Anyway, ini artikel baru sebagai pengganti.

***

Ada dalam 5-6 kali juga isteri saya tanya, bulan puasa ni anda tak lari ke? Dan saya memberi jawapan kepada beliau dengan suara yang halus (suara kartun kecil) “Nanti kita larilah”. Sejujurnya, saya cuba untuk lari tetapi apakan daya, saya tiada daya upaya.

Berikut adalah 10 alasan yang saya beri kepada isteri saya kenapa saya tidak lari di bulan puasa  walaupun selepas puasa ini saya akan masuk first Full Marathon buat pertama kali.

1. Tidak cukup masa
Ini alasan yang paling penting dan paling signifikan dalam dunia sempena puasa. Mana cukup masa nak lari? Seperti saya yang suka lari petang hari, mana sempat. Gila. Balik ofis dah pukul 5:00 (walhal saya balik pukul 7 sebab ofis dengan rumah saya dekat je). Lepas tu nak pergi pasar ramadhan lagi beli barang berbuka (walhal seumur puasa ini baru sekali saya pergi pasar ramadhan sebab mak ayah saya datang so saya pergi beli kuih fav. depa). Makanya, mana ada masa nak lari petang hari?

2. Tidak cukup tenaga
Kalau tadi alasan paling penting, ini pula alasan paling standard. Bila puasa, of course kurang tenaga sebab tak makan atau minum. Makanya, mana ada energy untuk lari. Energy yang ada nak kena kumpul untuk standby berbuka sebab kalau guna energy untuk lari, dibuatnya pengsan macam mana saya nak berbuka?

3. Takut dituduh tak puasa
Sebagai ahli masyarakat yang dididik dari kecil bahawa betapa pentingnya pandangan orang lain terhadap kita, makanya kalau saya pergi lari petang-petang hari karang nanti menimbulkan fitnah. Nanti orang ingat saya tak puasa. Bila orang anggap saya tak puasa, orang tu dah bersangka buruk dengan saya. Saya tak mahu menjadi punca orang mendapat dosa kering.

4. Takut terbuka puasa
Biasanya kalau lari di bulan biasa, saya memang bawa botol air. Bila habis lari, saya akan minum air. Saya takut kalau-kalau kebiasaan ini menjadi amalan di bulan puasa. Buatnya saya terbawa botol air, dan lepas lari saya terminum air, bukankah itu akan membatalkan puasa saya? Saya sangat takut terbatal puasa!

5. Menguji teori tak training boleh masuk race tak
Alang-alang berhenti lari sebulan, bukankah ia indah untuk mengetahui bahawa sejauh mana kebenaran tak payah training, tapi still boleh masuk race?

6. Hantu kena ikat bulan puasa
Ini alasan mistik. Kadang-kadang saya lari malam hari. Dan bila ada satu spot kat area rumah saya ni bila saya lalu bau wangi. Saya agak itu kampung hantu yang pakai banyak perfume. Biasanya bila sampai spot itu, saya akan buat latihan pecutan. Tapi bila orang kata hantu kena ikat bulan puasa, agak tak tempo run lah training saya tu. So saya decide untuk tidak lari sebab kalau saya lari waktu malam, orang kata tidak ada faktor push to the limit.

7. Tidak mahu gemuk berhari raya
Alasan ni kena main minda sikit. Kalau saya lari bulan puasa, so saya akan bakar lebih banyak energy dan lemak. So bila berbuka, saya kena makan banyak untuk cover apa yang lost. Namun bila makan banyak, perut akan jadi besar. Dan bila sangat banyak makan kerana masa berbuka banyak juadah, saya akan jadi gemuk. Ini bahaya kerana dikhuatiri hari raya kelak saya akan lebih gemuk dari biasa. Nanti nak tangkap gambar raya takut tak muat saya dalam picture.

8. Menjaga pahala puasa agar level tip top
Kalau lari petang-petang, biasanya runner aweks esp. amoi-amoi dressing dia memang saya suka nak layan. Masalahnya bila puasa, nanti kalau layan tak tentu hala boleh mengurangkan atau malah menghilangkan terus pahala puasa. Isteri saya tahu yang betapa saya admire kejadian kaum Hawa. So oleh kerana ini, saya pilih untuk tidak lari di bulan puasa dan duduk dirumah saja sambil baca komik. Saya inikan lemah dan mudah sangat goyah iman. Orang lain adalah faktor terbesar kepada kegagalan iman saya dan boleh menyebabkan saya terkeluar dari landasan agama kerana melihat aurat wanita.

9. Tak mahu tertidur masa terawih
Bulan puasakan biasanya nak upkan level pahala sampai infiniti and beyond, so kenalah tak tinggal terawih. Kalau terawih tu, ada ustadz kat youtube tu kata nabi buat 21 instead of 8 dan surah yang nabi baca panjang-panjang seperti al Baqarah (ini buat saya terfikir agaknya ustadz ni hidup zaman nabi sebab tau semua cerita ni dan lepas tu pulak bukankah quran disurahkan selepas nabi wafat?). Bulan puasa ni biasa lepas berbuka mudah letih. Kalau petang lari, lagilah letih dan kalaupun pergi sembahyang terawih, dikhuatiri tertidur masa terawih. Untuk itu saya tidak lari di bulan puasa. Dan agar saya tidak tertidur masa terawih, saya terus tak terawih sebab ustadz saya kata sunat je. 😀

10. Nak (cuba) bangun qiamulail
Kalau siang dah lari atau pun lari lepas berbuka, mesti letihkan? Sama dengan alasan no 9 cuma dalam konteks yang berbeza, instead of takut tertidur, saya takut tertak bangun terus untuk qiamulail. Letih la katanya. Dalam whatsapp ada 18 juta mesej bagitau yang lailatulqadar nak turun 10 malam terakhir so better bangun qiamulail.

Basically ini semua alasan yang saya beri kepada isteri saya setiap kali dia tanya bila saya nak mula lari semula dalam bulan puasa ini. Harap dia boleh percaya dengan semua alasan ini walaupun kadang kala isteri saya ada sifat sang kancil. Jangan ambil serius sangat sebab ini semua alasan yang saya reka untuk dia dan kalau isteri anda tanya hal yang sama, anda boleh guna alasan yang sama.

Anyway, ustadz kata bulan puasa tak boleh tipu so sebab utama saya tak lari dalam bulan puasa ada satu je sebenarnya iaitu sebab saya malas.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *