Apa beza, Gun Time vs Net time

Biasa kalau kita masuk race, depa akan bagi dua result. Pertama adalah Gun Time, dan kedua, adalah Net Time. Boleh rujuk screen shot result 10K SCKLM saya sebelum kita proceed detail.

Screen Shot 2017-05-26 at 10.50.23 AM

Gun Time
Gun time adalah masa yang dikira dari flag off sampai kita habis lari di garisan penamat. Atau dalam ayat lain, masa yang mula diambil pada race clock untuk semua runner ketika pistol pelepasan ditembak, sampai anda melepasi garis penamat. Selain dari pistol, boleh jadi bunyi semboyan atau jeritan MC (voice command). Masa permulaan universal untuk semua runner ini dipanggil juga ScratchTime.

Biasanya ada jam dekat finishing line tu so itu adalah official time untuk race. Nama lain bagi gun time adalah Clock Gun Time / Gun Timing.

Gun Time bagi semua runner adalah sama, tapi finishing time adalah berbeza ikut sapa sampai dulu.

Net Time
Net time pula adalah masa yang dikira dari anda mula melepasi garisan mula / starting mats (StartTime) sampai anda habis lari melepasi garis akhir / finish mats di penamat (FinishTime). Juga dinamakan Chip Timing. Kiraan masa ini adalah berdasarkan timing chip yang ada belakang bib dan biasanya timing chip ni guna teknologi RFID.

Net time bagi semua runner tidak sama, sebab bukan semua orang lalu dekat start line tu serentak.

Lain-lain hal tentang Gun Time dan Net Time

1. Formula kiraan
Makanya setiap runner akan ada 3 masa sebenarnya. ScratchTime, StartTime dan FinishTime. 3 variables ini diambil dan kiraan formula untuk Gun Time dan Net Time adalah seperti berikut.

GunTime = FinishTime – ScratchTime (Masa selepas tembakan flagoff)
NetTime = FinishTime – StartTime (Masa melepasi garis penamat)

2. Event ramai runners
Kalau ramai runners participate dalam race tu, ada kemungkinan Gun Time dan Net Time anda mempunyai julat masa yang sangat jauh. Sebagai contoh, masa saya di Tokyo Marathon. Ada 35,824 runners yang masuk, so lepas tembak flag off, saya masih ada di belakang jalan kaki sebab tak boleh mula lari pun runner ramai gila. Hasil dia, Gun Time saya adalah 5:13:29 manakala Net time saya adalah 5:06:01.  Ada beza 6 ke 7 minit. Maksudnya itu masa yang saya ambil dari race mula, sampai saya boleh mula lari.

3. Event sikit runners
Kalau runners yang masuk tu sikit, julat beza antara Gun Time dengan Net Time sangat kecil. Misalnya satu race yang masuk 10 orang sahaja, so boleh jadi Gun Time dan Net Time sama. Tapi mana ada race yang masuk tu 10 orang sahaja kecuali Sukan Sea punya marathon la kut.

4. Sampai dulu tak semestinya lagi laju
Oleh kerana ada faktor dimana ramai runners dan start lari untuk semua runners sebenarnya tak sama, so boleh jadi yang sampai finishing dulu tu tak semestinya lari laju daripada runner belakang dia. Kalau ikut Gun Time dia menang tapi kalau ikut Net Time, dia mungkin kalah.

5. Official Time
Yang mana satu sebenarnya masa yang official? Sebab kalau ada 2 time, ada kemungkinan runner yang habis dulu kat depan boleh jadi nombor dua sebab mungkin runner belakang dia amik masa lebih singkat dan pendek. Ini masalah besar kalau race tu nak bagi hadiah podium no satu pada runner yang habis dulu di finishing atau runner yang lari lagi cepat time dia?

Jawapan dia adalah, Official Time mengikut Gun Time. Kalau kita lari lagi laju dari runner yang podium no 1 mengikut Net Time, kita masih dikira nombor 2 sebab runner yang no satu tu sampai dulu. Kalau tanya kat Dajal pun Dajal akan beritahu, “Aku nampak si Polan ni yang sampai dulu sebab reben yang awek pegang kiri kanan tu jatuh kat pinggang dia”
Screen Shot 2017-05-29 at 5.03.38 PMContoh sijil Tokyo Marathon 2017, Gun Time punya font size lagi besar dari Net Time

6. Kalau gitu apa guna Net Time? Baik pakai satu je Gun Time = Official Time
Untuk set set podium memang la Official Time dia Gun Time. Sebabnya depa ni Elite Runner. Depa nak start lari duduk PEN ELITE, depan sekali. Kita yang runner level Sang Kancil ni mana ada peluang nak duduk PEN ELITE. Mau kena kutuk sebab lembab halang orang nak lari.

So untuk kita runner rakyat ni Net Time tu kira adil la untuk semua runner rakyat. Sebab tak kira bila kita start, kita actually start sama dengan semua runner rakyat lain berdasarkan jarak. Fair and square la tu, semua orang lari 42KM jarak yang sama tapi tak semua orang mula lari 42KM tu sama masa start dia. So canne nak buat ranking? Kalau gitu sapa yang start belakang sekali la rugi. Ada betul?

7. Kalau macam tu, time mana satu yang saya nak buat sembang kat mak pak saya bila balik raya nak bagitau anak depa laghi power?
Net Time la labu. Sebab tu paling pendek. Melainkan hang juara sedap level elite, hang sembang la Gun Time.

*** Diharap artikel ini mencerahkan kekeliruan Gun Time dan Net Time. Sekian.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *