Apa nak buat bila kena kejar anjing? Pt 2

Melalui bacaan saya, ini adalah cara-cara nak buat kalau kena kejar anjing. Pertama, adalah tentang psikologi anjing.

1. Anjing suka benda yang bergerak pantas
Ini rupanya perangai anjing sebenar. Suka pada kepantasan. Suka pada benda yang bergerak.

2. Anjing bersifat teritory
Anjing memang cara hidup dia abang kawasan. Macam kucing juga, dia akan tanda kawasan dia.

3. Anjing lagi kuat lari dari manusia
Anjing lari pakai 4 kaki kut, manusia pakai 2 kaki. So kiralah matematiknya.

4. Anjing mudah rasa terancam
Kalau kita nampak anjing dan anjing ini mula menyalak kepada kita, itu tandanya dia suruh kita go away.

Maka,

1. First step of all : Bertenang
Bawa bertenang dan stay calm. Anjing provoke anda supaya cemas. Bila anda cemas, anjing rasa lagi hebat dan waktu itu dia cuba nak move dari fasa menyalak ke fasa mengejar lalu ke fasa mengigit. So instead of cemas, anda relaks dan control keadaan. Ketenangan dan ketidaktakutan anda akan buat anjing rasa tidak ada cabaran nak kejar anda.

2. Berjalan ke tepi
Berjalan ke tepi dan keluar dari pandangan mata anjing membuatkan anda bukan lagi target. Anjing mempunyai pandangan peripheral vision  so keluar dari radius pandangan anjing menjadikan anda bukan prime target.

3. Kalau kena kejar anjing
Instead of lari, berjalan perlahan menjauhi anjing. Memperlahankan keadaan menyebabkan anjing bosan dan kita tidak menjadi subjek utama dia. Tapi usha sipi-sipi anjing ni in case dia datang terkam. Menjauhkan diri dari anjing itu juga adalah tanda yang kita tanak masuk dalam teritory dia.

4. Avoid pertentangan mata
Jangan stare mata anjing itu. Instead, tunduk atau tengok tempat lain. Jangan buat eye contact. Kalau stare pada anjing, anjing akan rasa terancam dan ini akan membangkitkan semangat keanjingannya.

5. Berdiri tegak dan angkat tangan tunjuk kepada anjing
Jika anjing menghampiri kita dan dah tak sempat nak buat apa, berdiri tegak dan jangan bergerak. Anjing tak suka benda yang bosan. Angkat tangan dan tunjuk pada anjing itu tanda kita lebih berkuasa. Kalau ada tongkat atau payung ok tapi since dah tak da, tangan pun berguna.

6. Jangan cangkung atau duduk
Ini akan memberikan mesej kepada anjing yang kita lemah. Instead, berdiri tegak untuk memberi mesej authority kepada anjing. Akulah master dan kau hanya pengikut ku… err..

7. Guna suara dalam, deep, garau yang tenang
Jangan menjerit high pitch kepada anjing sebab ini akan trigger alarm kepada anjing. Gunakan suara yang dalam dan tenang jika perlu berkomunikasi dengan anjing ini

8. Jerit duduk!! atau STOP!! 
Jerit kepada anjing itu dengan konfiden. Walaupun dia mungkin tak faham bahasa kita tapi aksi kita menjerit mungkin menyebabkan anjing rasa nervous dan takut pulak dengan kita.

9. Kalau anjing baru nak dekat dengan anda 
Pura-pura amik batu dan pura-pura buat balingan kepada anjing. Ini akan menakutkan dia. Tapi kalau ada batu betul pun bagus juga. Baling tu jangan baling ke kepala dia kesian dia. Dia tu anjing je. Baling agar jatuh depan dia dan bagi mesej u dont try to mess with me.

10. Kalau anjing dah dekat sangat dengan anda rasa anda memang kena confront anjing itu sebab dah takda cara lain dan demi keselamatan anda
Aim pada kepala dia dan buat tendangan padu maut. Tendangan kepada kepala anjing membuatkan anjing rasa useless dan loser lalu akan lari meninggalkan anda kerana sakit dan takut

11. Hempap anjing tu
Anjing memang kuat gigit tapi nak wrestling dengan manusia tak mungkin. Instead, kalau sempat, hempap bdana anjing tu dengan lutut kita. Gunakan badan kita yang lebih berat untuk control situation.

12. Kalau anda tak sempat nak tendang dan anjing menyerang anda dan dah tak sempat buat apa-apa
Terus jatuhkan diri anda ke tanah dan membulatkan diri anda. Cover muka dan tengkuk atau perut anda untuk me-minimakan kecederaan. Kemudian, mula menjerit untuk minta tolong.

13. Kalau nak bagi anjing gigit, area mana nak bagi dia gigit?
Kalau dah kecemasan dan memang anda nak kena bagi anjing gigit anda, bagi tangan anda supaya dia gigit kawasan dari siku ke pergelangan tangan (macam orang pegang burung tu) atau kalau kaki, bagi betis bahagian depan bawah lutut. Kawasan ini kurang cedera.

Gengam tangan anda macam penumbuk sebab jangan bagi dia gigit jari. Kalau dia gigit takut putus. Jangan bagi peha sebab kalau gigit kat peha boleh bawa pendarahan teruk.

Kesimpulan
Senang cerita, avoid contact dengan anjing kalau anda rasa anjing tu gila dan cuba mengancam anda. Anda boleh rasa anjing tu nak apa sebenarnya. Kalau takat anjing tu lemah lepak tak bermaya oklah tapi kalau anda tengok gigi dia pun dah seram so jangan cuba nak jadi Bruce Lee.


Langkah Seterusnya
Apa nak buat bila kena kejar anjing?
Apa nak buat bila kena kejar anjing? Pt 2
Apa nak buat bila kena kejar anjing? Pt 3

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_