Apa nak buat bila kena kejar anjing?

Seingat saya, saya pernah kena kejar anjing. Sekali. Waktu itu di MMU. Saya dan kawan saya 2 orang. Malam. Ntah kenapa kami jalan tempat yang sunyi jalan belakang yang dekat dengan builiding Guard itu. Saya pun dah lupa kenapa. Tapi kami berada di situ.

Apabila jalan menuruni bukit itu, dalam samar-sama saya nampak 2 ekor anjing yang besar macam grandfather kambing. Maksudnya kambing tua, besarlah. Anjing ini mula tengah lepak dan baring macam sedang berbincang sesuatu. Bila mereka nampak kami, mereka mula bangun, menyalak dan berlari ke arah kami.

Saya toleh belakang dan saya lihat 2 kawan saya sudah melarikan diri meninggalkan saya. Dem!

Saya mula angkat kaki dan cuba sprint sekuat hati. 2 ekor anjing gila ini bagaikan super-dog dan dalam sekelip mata sahaja sudah ada di belakang saya. Tiba-tiba, saya nampak kawan saya yang lari depan saya tadi pusing sekelip mata dan berdiri dengan pasang kaki kuda-kuda. Waktu itu saya nampak mukanya yang biasanya kelakar menjadi bengis. Lalu dia menjerit sekuat hati kearah anjing itu.

Bagaikan ada aura suara yang kuat dan mendesak, membuatkan anjing 2 ekor itu terhenti kaku. Dan saya ketika ini sudah jauh berada atas bukit kelelahan bersama seorang lagi kawan saya yang lari tadi. Kawan saya yang menjerit ke arah anjing tadi sekarang dalam posisi ahli silat yang sedang bersedia menempuh musuh. Saya rasa mungkin saka atau jin nenek moyang dia sudah turun dalam diri dia sebab itu anjing gila 2 ekor tadi terkaku sebentar.

Suasana yang macam vacumm itu berubah bising semula bila anjing 2 ekor itu cuba menyalak-nyalak dari jauh tapi macam takut nak datang dekat. Dari jauh saya nampak sebuah kereta datang dan menyuluh anjing tersebut. Kereta ini membunyikan hon yang panjang lalu anjing-anjing gila ini lari dan hilang dalam gelap.

Kami kemudian balik ke asrama dalam keadaan ketawa cemas. Ini pengalaman yang sangat anjing. Jika kawan saya tidak pusing dan menjerkah anjing gila itu, pasti saya mempunyai parut gigitan anjing di kaki saya hingga ke hari ini.

Dan, hari ini, kawan saya ini seorang sudah mencapai financial freedom tidak bekerja dan menghabiskan masa dengan keluarga (yang jerkah tadi) dan seorang lagi sedang mengrevolusi industri dobi negara.

***

Oleh kerana semalam saya hampir berkonfrontasi dengan anjing, ada baiknya saya kaji, bagaimana untuk berdepan dengan anjing jika dalam keadaan terdesak.


Langkah Seterusnya
Apa nak buat bila kena kejar anjing?
Apa nak buat bila kena kejar anjing? Pt 2
Apa nak buat bila kena kejar anjing? Pt 3

Kongsi di :