App : Nike Plus Pt 2 – Nike Coach, Marathon Training Program

Sepanjang saya tercari-cari training program yang kena dengan saya, last sekali buat pertama kalinya saya mengambil keputusan untuk commit dengan training program yang ada dalam Nike Plus Apps walaupun setelah beberapa kali gagal cubaan untuk commit dengan training program lain.

So, kenapa saya commit pada training program Nike Plus ni?

1. Sebab dah register dengan WerunKL
Last weekend saya berjaya register WerunKL 2016. So semangat keNike-an itu menebal lalu orang kata dah masuk race Nike, kena la ikut training Nike (walhal takde kena mengena).

12552767_890596724380911_8299025610817949694_n

unnamed-2

2. Training Program dia ngam-ngam 12 minggu ke race day 10 Apr 2016
Ada training program yang 24 minggu. Panjang sangat. Ada yang 18 minggu. Ok, masih panjang. Ada 16 minggu. Hmmm okla 4 bulan lari nak prepare agak jugak tu nak hadap. Yang ini 12 minggu. 3 bulan. Ok just nice. Bawah 10 minggu gila a saya nubis bang.

unnamed

3. Setiap kategori ada 3 level
So boleh pilih sama ada level basic, medium atau hardcore. So Nike design training program dia untuk :

a. Beginner – Upaya untuk habiskan race dengan ku punya senyuman menawan
b. Intermediate – PB level Watson Nyambek
c. Advanced – PB gila-gila level Usain Bolt

unnamed-1

4. Sangat clear dengan apa yang kita kena commit
Sometimes training program tak cerita sangat apa yang kita kena buat. Yang kita tau, kena lari ikut arahan dia dan kena buat manual kiraan berapa total distance yang kita lari. Depa cuma bagi duration berapa banyak minggu nak kena lari. Tapi Nike dah bagi terus berapa banyak kali kena lari, berapa jauh total distance kita lari. Malah, setiap minggu kita tahu dengan clear berapa jauh kena lari.

Sebagai contoh, kalau pilih Intermediate, dah tau kena lari 65 kali, sejauh 650 KM dalam masa 12 minggu.

unnamed-4

Pecahan mingguan juga jelas nampak berapa KM nak kena lari.

unnamed-5

Compare dengan training plan Runkeeper :
Screen Shot 2016-01-19 at 12.06.35 AM

5. Cara larian
Setiap larian ada cara-cara nak lari dan nasihat macam mana nak finish larian tu. Ada juga screen tambahan untuk explain apa larian tu atau jenis misal fartlek etc.

unnamed-7 unnamed-8
Lain-lain,

6. Semua larian rekod dalam apps
Yang ni standard, bila guna training program dari apps, mestilah dia rekod dalam apps. Macam runkeeper juga. Cuma saya perasan yang route larian ni ada warna kuning hijau. Saya rasa itu speed ke slow. Nanti saya kaji detail lagi.

unnamed-9

7. Ada suara Shalane Flanagan sembang dengan kita bila habis training.
Bila kita complete training, tetiba ada suara Shalane Flanagan ucap something. Tadi apa ntah dia cakap kat saya lupa. Saya tanya balik terus sunyi je. :D. Anyway, dia ni duta Nike runner USA.

Apa signifikan dia? Tade apa. Just feel good je. Rasa cam training dengan  professional runner. Rasa je la.
shalane-f-banner

Ok tu cite yang best. Ni cite yang tak best.

1. Training data tak boleh nak direct export keluar untuk simpan tempat lain
As runner, memang ada 18 juta apps kita boleh pakai untuk training. Tapi mesti ada satu tempat yang kita simpan untuk masa depan. Macam saya, saya simpan di google Spreadsheet dan Strava. Tapi bila pakai Nike Plus ni tak boleh nak export keluar ke Strava direct dari Nike Plus apps. Dengar cerita kena pakai 3rd party apps pulak. So leceh sikit la. Itu kita sembang time lain.

2. Serious runner tak pakai handphone untuk rekod tapi pakai jam
Ni macam logik jugak tapi tak tau la ye ke tidak. Pakai phone macam kurang tepat GPS dia berbanding jam. So kalau nak guna apps ni, kena ada iWatch dan download apps Nike Plus iWatch kalau tanak bawak iPhone masa lari.

nike-plus-running-app-apple-watch-sport

Macam saya dah ada Suunto dan sekarang baru transition nak fokus pada jam instead of phone. So agak leceh nak ada 2 device serentak sebenarnya. Semua nak track sangat larinya tak jugak.

EH JAP.

Rasa macam dah melalut ni sebab posting ni patutnya cerita hal Training Plan. Anyway, saya ingat itu sahaja kut. Nak tulis lebih-lebih pun saya baru sehari ikut training program untuk first time dalam hidup saya. So nantilah bila habis training program ni kita tengok macam mana.

Kongsi di :