Apps : How to automatically sync between Runkeeper and Strava – Tapiriik

Jika anda berpoligami dengan Runkeeper dan Strava, anda pasti letih untuk export activity dari Runkeeper dan upload semula ke Strava setiap kali lepas larian. Sudahlah letih berlari, ditambah pula letih untuk sync. So ada tak cara senang untuk sync kedua madu ini?

sync sträva and runkeeper
Ada. Sila pergi ke website ini. Tapiriik.

So apa yang Tapiriik offer?

1. Sync antara semua apps-apps larian / pembasikalan yang major.
2. Servis percuma so setiap kali lepas lari kena buka web tapir ni dan tekan sync.
3. Servis bayaran serendah USD2 untuk setahun membolehkan tapir auto sync aktiviti anda.
4. Lain-lain baca sendiri kat FAQ dia.

COMA !

Masa nak sync tu setkan date dulu agar Tapir ambil aktiviti dari bila ke bila. Ini sangat penting sebab kalau sebelum ini anda dah manual sync, so Tapir akan mensynckan balik sesuka hati yang menyebabkan larian anda bertambah seganda. Sangat tidak pakar untuk hal ini. So, nasihat saya, setkan date yang terkini dulu baru sync. So Tapir hanya mengambil data yang baru yang belum pernah tersync di mana-mana ruang dan waktu.

Selamat mencoba. Apalah sangat USD2 dibandingkan dengan kekayaan budi bahasa dan sopan santun kita semua?

Screen Shot 2014-10-14 at 8.08.15 PM



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_