Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava Pt 3

Saya rasa macam ada setting yang saya tak buatlah. Sebabnya saya terfikir. Kalau kita start setting dengan Movescount Suunto, tapi Strava tak ada setting apa pun, so macam mana Strava nak connect dengan Movescount Suunto?

Cam, kalau mamat ni suka ngan awek ni, tapi awek ni tak suka dekat mamat ni sebab busuk, so camna mamat busuk ni connect dengan awek yang konon wangi ni?

Ok. Sekarang, apa saya buat :

1. Movescount Suunto > Disconnect dengan Strava. Pergi kat Setting > Other Sports and Services.
2. Bahagian Strava tu, click disconnect.
3. Saya pergi kat My Moves > Latest Moves, saya delete larian tadi
4. Saya pergi balik Setting > Other Sports and Services.
5. Click kat button Connect Strava tu.
6. Sekali ada pop up keluar. OK. Barulah nampak sikit harapan cinta tak bertepuk sebelah tangan.
Screen Shot 2016-01-14 at 12.03.55 AM

7. Klik Authorize.
8. Kemudian, pergi Strava > Settings > My Apps, saya tengok baru ada icon Movescount. Nampaknya cinta dah diterima, harap tak kena kencing lagi.

Screen Shot 2016-01-14 at 12.26.22 AM
9. OK, next step. Nak sync balik larian tadi dari jam Suunto, masuk ke Movescount sebab tadi kan dah delete. Tengok kat 13 Jan tu. Kosong.

Screen Shot 2016-01-14 at 12.27.46 AM

10. Connect jam Suunto ke Macbook. Biar sync.
11. Hmm macam pelik. Apsal pulak 0 moves stored. Nampaknya larian saya tadi tak sync. Ini rasa nak anger management ni.
Screen Shot 2016-01-14 at 12.31.27 AM

12. Ok saya dah try 314 kali nampaknya tak berjaya juga nak sync. Sekarang saya nak pergi menyiasat jap.

13. Saya ingat saya nak kena update Suunto sayalah kut2 ada benda tak update dalam jam. Ok. Sekarang bila saya dah Force firmware update nampak macam dia delete semua log dalam jam Suunto. Saya hanya tersenyum. Tiba-tiba di telinga saya terdengar suara Ahmad Dhani berkata, “Haaaadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi…..”
Screen Shot 2016-01-14 at 12.37.29 AM

14. Tu dia panjang macam cerpen whatsapp dia punya update. Punya la lama tak update. Huh!

Screen Shot 2016-01-14 at 12.41.47 AM
15. OK, now saya nak tengok sama ada log larian yang saya lari tadi ada ke takde.

16. Yessslah! Terbaik!

12547105_718202508280676_710654348_n

Kesimpulan hari ini :

1. Gagal melihat autosync dari Suunto ke Strava.
2. Berjaya link dari Movescount Suunto ke Strava dan vice versa.
3. Esok lari lagi untuk test benda yang sama.

HAH SAYA SUKA!!!!!

Langkah seterusnya :
1. Buka Netflix.
2. Layan TV Series apa yang patut.


Lagi tentang artikel ini :

Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava
Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava Pt 2
Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava Pt 3
Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava Pt 4

Kongsi di :

Comments 2

  1. remin January 14, 2016

    Kalo hg Force firmware update mmg dia akan delete logbook di Jam Suunto. Itulah saja cara dia kalo hg nak clearkan memory logbook di Suunto. make sure hang backup semua data di logbook dulu sebelum Force firmware update. The force is so strong in this one!!

Comments are closed.