Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava

Kalau Runkeeper dengan Strava, boleh pakai Tapiirik (baca sini dan sini). Tapi Tapiirik tak support pun untuk Suunto dengan Strava.

So guano nak sync Suunto dengan Strava? Saya login ke Strava dan tak jumpa pulak cara nak sync, so saya google jap dan saya jumpa ini.

Screen Shot 2016-01-13 at 10.56.44 PM
Ok, saya nak ke movescount dan cuba sync. Kalau berjaya, maksudnya saya tak payah lari bawak iPhone sebaliknya bergantung 100% pada Suunto saya. Siut sebelum ni harap je beli Suunto tapi tak pernah nak pakai pun features2 dia.

1. Login Movescount.
2. Menu > Connect > 3rd Party Applications
Screen Shot 2016-01-13 at 10.59.00 PM

3. Select Strava
4. Page detail on Strava akan keluar, klik pada button “Connect with Strava”
connect_with_strava

5. Kemudian, setting dia keluar, so settinglah ikut suka hangpa. Cam saya pilih hanya larian sahaja yang nak connect ke Strava. Yang lain macam panjat dinding gua hira’ saya tak letak.

Screen Shot 2016-01-13 at 11.02.38 PM

6. Klik Save.

Ok. Saya dah settle setting ni. Sekarang saya nak keluar lari untuk test jadi ke tak. Challo.


Lagi tentang artikel ini :

Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava
Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava Pt 2
Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava Pt 3
Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava Pt 4

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_