Apps : myTeksi Pt 2

Daripada temubual saya dengan 3 orang driver teksi, yang menggunakkan apps myTeksi untuk mengambil passenger, maka dapatlah saya simpulkan beberapa perkara seperti dibawah ini :

1. Apps memudahkan passenger dapat teksi
So zaman sekarang, passenger tak payah tunggu teksi, sebaliknya, panggil teksi dari jarak jauh. Dan jumlah panggilan yang satu, akan notify semua teksi yang berada disekitar. So tidak ada alasan teksi tidak ada.

2. Apps memudahkan teksi driver
So instead of teksi driver rambang mata asyik nak tengok customer tepi jalan, teksi driver sekarang lebih fokus pada screen handphone dan rambang mata nak pickup passenger

3. Tidak semua driver teksi join myTeksi
Asalnya tak ramai driver yang nak join gagasan myTeksi dan ada quota tertentu untuk jumlah driver. Ini mungkin untuk menjaga kualiti service yang diberikan

4. Hanya champion pakai kemeja-T myTeksi
Perasan tak ada driver yang pakai kemeja-T myTeksi? Yang ni adalah champion. Bila saya tanya macam mana boleh jadi champion, driver teksi cakap yang paling pulun dapat customer.

5. Security, terjamin
Oleh kerana myTeksi meng-displaykan profile teksi driver, dan juga wajah, dan juga plate kereta, dan juga no telefon, so agak selamat untuk passenger wanita. Unless kalau passenger wanita ni ternaik teksi lain yang dummy itu memang salah sendiri. Dan journey untuk passenger boleh dikongsi dengan orang lain so orang lain boleh monitor journey passenger dan kalau ada something wrong, boleh cepat-cepat call.

6. Harga tetap
Tidak ada lagi harga tipu atau overcharge sebabnya sebelum kita naik teksi kita dah tau harga yang bakal kita kena. Dalam erti kata lain, tak ikut pun meter dalam teksi so ikut meter dalam apps.

7. Boleh complaint
Kalau tak puas hati dengan servis yang diberikan, passenger boleh complaint dan buat report dalam apps tu. Namun begitu, tak pasti sejauh mana tindakan yang bakal diambil pula, tapi sekurang-kurangnya ada channel untuk meluahkan rasa…

So apa lagi yang boleh diupgrade oleh apps myTeksi ini?

Cadangan saya, bahagian complaint tu, atau rating, mungkin boleh rating negative so siapa yang marah boleh rating negative.

Dan saya terfikir juga, sebagai user atau passenger, kita tak boleh tengok feedback orang lain pada teksi driver tu sebabnya bila kita dah diambil atau dibid oleh teksi driver, semacam kita harus bersetuju terus dengan teksi driver tu. So, defeat the purpose untuk feedback yang orang lain dah beri pada driver itu.

At least, kita boleh baca feedback dan lebih yakin dengan driver yang datang itu.

Anyway, as a runner, menggunakan apps ini memang terbaik sebab 3 benda yang utama :

1. Tak payah penat nak drive ke route larian, dalam erti kata lain : simpan tenaga untuk larian.
2. Tak payah fikir pasal parking
3. Bila balik lari, tak payah fikir nak bawak kereta, dalam erti kata lain, tenaga dah tak banyak.

Kongsi di :