Apps : myTeksi

Hari tu masa di PBIM 2014 kami 3 orang naik teksi instead of drive atau naik bas ke route larian. So dibawah ini adalah screenshot step by step yang ada pada myTeksi jika anda ragu-ragu untuk menggunakannya, atau masih lagi belum guna.

1. Mula2, sila download apps ini di app store atau google play.
2. Kemudian, masukkan desitinasi anda. Dalam kes saya, saya masukkan Penang Bridge Marathon 2014.
3. Bila dah masuk destination tu, harga ride akan keluar dan kelihatan kedudukan driver yang berdekatan dengan kita. Dalam kes saya, harga keluar sebanyak RM47 dan seramai 26 driver berdekatan dengan kedudukan saya.

IMG_0089

4. So bila confirm sanggup bayar RM47, click next, dan apps sekarang sedang memanggil driver. So daripada 26 driver tadi, sesiapa yang mahu hantar kami ke Penang Brigde, akan “Accept” offer kami.

IMG_0090

5. Seterusnya, setelah bidaan berjaya oleh driver, apps akan notify kita yang driver dengan no plate dan telefonnya on the way ke kita. Dan kadang-kadang driver akan buat call juga ke kita nak confirm kita kat mana sebab kadang kala kedudukan gps telefon kita tak seperti dalam map.

IMG_0091

6. So bila kita click “Show”, kita akan dapat lihat wajah driver, no plate kereta dan nama driver itu. Kita juga dapat tahu yang driver akan sampai dalam berapa minit lagi, dan boleh tengok kedudukan terkini driver di mana. Kalau kita rindu driver tu, kita boleh call terus driver tu.

IMG_0092

7. Sambil tunggu driver sampai, kita boleh share journey kita kepada kawan kita atau sedara mara di kampung. Boleh pilih nak share di Twiter, Facebook, text message atau email.

IMG_0095

8. Contohnya saya sharekan ke twitter saya, so ini screen sharing telah dilakukan.

IMG_0096

9. Bila saya buka twitter saya, keluar tweet macam kat bawah ni.

IMG_0097

10. Bila saya click kat twitter tu, dia akan buka web application yang memaparkan journey taxi driver tu dan juga kedudukan saya menanti teksi. Saya kira kalau terus follow, orang boleh nampak journey kita sampai kita tiba di destinasi yang kita tuju.

IMG_0098

11. Sementara tunggu teksi sampai, so saya checkidaud apps ini dan tengok apa lagi yang ada. So ini menu yang ada dalam apps.

IMG_0099

12. About page dia.

IMG_0101

13. Support page.

IMG_0102

14. Review page di App Store.

IMG_0103

15. So teksi dah sampai, saya pun naik teksi. Dalam teksi borak-borak dengan uncle ni pasal myTeksi punya apps. Sembangan saya boleh baca kat bawah page ni nanti.

16. Ok, masa pun berlalu, bila dah sampai Penang bridge, saya click End Trip.

IMG_0109

17. Then, kita boleh rate kita punya experience bersama driver tadi.

IMG_0110

18. Atau nak komen ke nak tulis novel ke pun boleh.

IMG_0111

19. Setelah semua selesai, dah bayar duit kat driver, apps akan bawa ke screen asal yang mula-mula tadi.

IMG_0112

20. So, overall itu adalah cara penggunaan apps myTeksi dan sepanjang berada di Penang, saya menggunakan apps ini untuk panggil teksi dalam 3 kali. First masa mula2 sampai penang dan dah drop barang semua kat apartment, dah letih nak drive keluar makan saya pakai sekali. 2nd masa subuh tu nak pergi ke Penang Bridge. Dan terakhir, saya pakai dari Penang Bridge nak balik ke apartment. Next posting adalah info tambahan yang saya rasa boleh dikongsi bersama, dan info-info ini adalah daripada temubual saya dengan 3 driver teksi tadi.



Kongsi di :